Jumaat, 12 Mac 2010

Muqaddimah


Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakaatuh..

Alhamdulillah wassolatu wassalamu ala rasulillah wa ala alihi wasohbihi
waman tabiahum bi ehsanin ila yaumiddin..

Amma ba'du,

Syukur yang tidak terhingga
pada Tuhan pentadbir semesta
pada nabi junjungan mulia
selawat dan salam pada baginda

Keringat pejuangan sahabat
mengalir umpama sungai kelaut
jasa yang dicurah betapa luasnya
bukan emas permata banding nilainya

Sayang mereka pada kita
meneroka mencari
menyebarkan risalah Allah
demi menyelamatkan penghuni maya

Gambar lama Kampung Kuala Sala

Ucapan cinta dan kasih tak terhingga
buat bonda Hajjah Habsah Saad
juga ayahanda Haji Ishak Ahmad
yang senantiasa menepuk belai anakanda ini

Sehingga jasad mengenal diri
mengenal Allah dan Rasulnya
melihat bumi,langit dan matahari
mengajar erti memberi

Menjelajah bumi Nabi
pada mereka ku rasa bangga
pada mereka ku hadiahkan Al-Fatihah
jasa mereka ku kenang selamanya...

Senandung dedikasi juga
pada ahli keluarga tersayang
yang tidak putus-putus memberi sokongan
pada diri ini untuk terus menuntut ilmu
memberi dorongan supaya terus maju

kalam-kalam azimat pada diri ini
tidak pernah lekang dari bibir semua
alfu syukran ungkapan dari hati
iklas ku lafazkan memuji ilahi...

Abg mail,abg aziz,abg hamzah,abg zul,kak ani,abg basri,kak not
terima kasih...

dari adik..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails