Isnin, 21 Jun 2010

Ikan Yu Sayang Robot Kayu





Cerita zaman tadika mengukir sejuta kenangan, jatuh, bangun,ketawa dan sedih menjadi lumrah setiap anak kecil yang bersekolah.Ingat lagi masa tahun baru nak masuk tadika, rasa takut, rasa resah dan ada beribu persoalan yang timbul.masa tu mak buat baju sendiri untuk aku, seronok sangat bila mak buat,kain dah disediakan pihak tadika tapi berbayar, masa pendaftaran haritu masa taklimat ada la seorang cakap kat depan pakai songkok senget mungkin orang baik-baik kami mengiakan saja apa yang dia kata.aku lihat muka mak kusyuknya mendengar apa yang disampaikan didepan kami, aku rasa mak mesti seronok, seronok tengok muka mak dan mak-mak kawan aku .kak not masa tu masih nagji kat Pondok Pak Man Bukit Besar atau lebih dikenali sekarang ni dengan Sekolah Menengah Agama Annahdzah Bukit Besar ,Kak not selalu bawak balik kawan-kawan dia depa kebanyakkan pakai purdah semua sejuk mata memandang kak pon sama sungguh kuat ukhwah sesama depa seperti adik beradik,bila petang saja bawak la pi tengok bot ronda-ronda kampung , jalan-jalan tepi laut bila dekat nak maghrib pakat balik, tapi kak not selalu dok asrama dengan rumah Abang Zul yang ada kat bukit Besar teringat satu ketika tu kak not balik dari sekolah dia , dia belikan senapang yang sangat aku impikan senapang tu ada peluru kayu lekat dengan benang pastu tembak la kuat jugak bunyi dia, rasa seronok sangat masa tu mana ada kerja lain selain seronok terima kasih kak.

Ngaji memang tak berminat pun ,tapi ingin tahu sangat tinggi, ingin mencuba sesuatu yang baru, masa tu ayah, paklong awang , paksu yazid tengah sebok buat reban burung puyuh bila industri mendapat sambutan hangat oleh penduduk,jiwa ni memberontak dek selalu tengok filem robot2 ni terus mengumpul serpihan kayu besar bahagian badan dan yang kecil-kecil diubah suai jadi robot gam yang digunakan hanya getah pokok mempelam kuat la jugak setakat sehari dua, mereka dengan dunia mereka aku dengan duniaku mencipta untuk mencapai apa yang dihajati kanak-kanak sebesar aku waktu tu, esok masa kat tadika bawak la robot kayu tu tunjuk kat kawan memang mendapat sambutan hangat masa tu ada yang balik buat jugak, ada yang kata nak suruh ayah depa buat lagi cantik,ikutlah mereka dayaku memikir dengan daya tersindiri ,sangkar burung puyuh dah menjadi sebahagian dari rutin hidupku selalu cina yang dok pesan, tukang khidmat thausilnya aku lah(penghantar oder) bila petang melabuhkan tirainya pasti aku akan ke reban burung puyuh untuk memastikan pintu terkunci rapat, takut ular dan binatang lain masuk biawak pun pernah. kat reban jugak ada alat penghawa panas untuk mengeram telur burung puyuh dalam masa yang singkat best jugak tengok anak-anak burung menetas dari telur betapa hebat ciptaan yang maha agung.

Ilusi membayangi diri

sikecil tersenyum manis menghiasai

dunia ibarat taman permainan baginya

tidak ada apa yang difikirkan

melainkan apa yang diberi,


ceria tawa luahan akalnya

senyuman sungguh mengusik dihati

kesedihan menggusarkan jiwa

hidup ini tanpa pura-pura,


Roda berputar sambil menyanyi

Kanak-kanak tersenyum mengukir memori

Zamanku berputar tanpa disedari

Indahnya waktu itu terasa ingin kembali.

Malam tiba, mak pon panggil masuk rumah mandi cepat-cepat sebab nak pi mengaji Al-Quran kat rumah Tok Cik Mahalin, jan anak pak daud belakang rumah teman sejatiku dia la yang selalu bawak aku pi ngaji hujung kampung , ramai ngaji quran masa tu ada la dalam hampir dua puluh orang ter masuk budak-budak perempuan.kalau ngaji kat tok cik mahalin best sangat dia tak suka marah tapi jarang sekali dapat ngaji dengan dia sebab dia selalu ada kerja, biasalah nelayan jika tak kelaut pasti sungai dan persisiran pantai menjadi sasarannya,makcik isteri tok cik mahalin yang dok mengajaq kami semua garang ni jangan cakap la rotan sedia ditangan dok pegang, mat rapp tolong kawal kami masa tu biasa lah kami aku,jan ,jan anak ndak ,mat anak usup kelam , atan anak lang ,bat abang dia dan budak-budak yang bukan reti duduk diam ada yang nak jadi superman terjung dari tingkap kebawah aku pun pernah(tunjuk hero) , bukannya tinggi pon lepas tu naik balik kot tangga, perempuan pulak buat bising cara depa lah ada yang sanggup bawak batu sambut dari rumah konon batu yang dia pilih adalah yang terbaik mesyuarat ,gosip kutuk-kutuk memang kerja depa la bingit macam pasar malam setiap malam rabu.mai saja mak cik kena “menerasdari alfatihah sampai waddhuha lepas seorang demi seorang diajarnya .selesai mengaji masa jalan balik mesti kena jalan pelan-pelan sebab balik mesti kena hantar semua yang jalan sekali sebab rumah aku lah yang paling last selepas rumah jan.tapi jan hantar aku dulu baru dia balik sebab dia tua dari aku dua tahun dia berani la sikit, aku bukan tak berani tapi kurang yakin.

Sedap mak masak malam tu, gulai ikan yu ayah lagi la banyak jugak tambah aku pon ikut sama, kak not balik petang tu makan sama-sama ayah kata ikan yu ada orang bagi.lahap sungguh malam tu mak pon tambah kaka not tambah semua merasainya dengan penuh nikmat, rasa isi ikan yu yang manis tambah sedikit rasa masam asam jawa membuka selera siapa sahaja yang menjamahnya mak memang pakar dalam masak-masak gulai ni semua cukup, mak selalu beli rempah kat kedai sebelah jejantas jalan nak pi Langgar, masih ada lagi kedai tu masa balik Malaysia hari tu,teringat masa pi beli dengan mak naik bas dari simpang sampai pekan rabu lepastu jalan kakilah mak selalu belanja aku makan bihunsup kat stesyen bas belakang Hankyou (lani dah pindah)sebelum balik , mak tau aku memang sangat suka bihun sup . bila balik mak adun sendiri rempah ratus,sebab tu gulai mak takkan sama dengan yang lain.ayah selalu tidur lambat dari yang lain, selaunya ayah dengan akar-akar kayunya dibilik kecil berdekatan ruangtamu macam-macam ayah tahu tentang ubatan-ubatan ni, akar-akar kayu dari gunung jerai diadun dengan teliti mengikut yang tercatat dalam buku besar berwarna biru pelbagai ramuan ubatan boleh didapati petua-petua orang tua dulu masih elok ditulis tersimpan rapi dalam jagaan ayah .malam tu aku tidur dengan kak not mak pesan "not nak lena adik hang tu ajaq la dia baca allahumma solli solatan ".(merujuk kepada Selawat Tafrijiah yang kalau tak silap diambil dari pada Tuan Guru Haji Aziz Pendang)Inilah Selawatnya :

Ya Allah Berikanlah rahmat yang sempurna dan kesejahteraan yang sempurna

kepada junjungan kami nabi Muhammad,

semoga dengan berkatnya terurai segala kesimpulan,

terlepas dari segala kesusahan,ditunai segala hajat,

tercapai segala keinginan,dan mendapat husnul khatimah (pengakhiran yang baik),

dan dicurahkan hujan rahmat,

dengan berkat peribadinya yang mulia demikian juga kepada keluarga dan sahabat baginda,

pada setiap kerdipan mata dan hembusan nafas bahkan sebanyak pengetahuan engkau.

kak not pon mengiakan suruhan mak.maka aku dapat rasa malam tu indahnya menghafal diwaktu kecil dan inilah selawat yang pertama aku hafal bersanad dari mak.setelah berulang berkali-kali sehinggalah aku menguasainya malam itu sempat lagi aku bertanya "kak bila kak ani nak balik"masa tu kak ani kat Mesir bersama suaminya.sambil melihat mataku yang layu kak pon kata "lambat lagi".aku pun terlena disebelah akak aku yang aku sayangi,tanpa menyedari apa lagi yang kak aku cerita.

Pena
Muhammad Abdul Hadi Ishak
manthiqah8,19'imaroh,syaqqah31
Mahatta Toob El-ramly Medina nasr
Cairo egypt

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails