TIPS TURUN BERAT BADAN !!!!
Saya
memperolehi maklumat ini dari sebuah laman kesihatan.... untuk
mempercepatkankan berat badan kita turun, kita kenalah mempercepatkan
metabolisme badan. Apa itu metabolisme??? Metabolisme adalah proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga. Sebab
itu kadang-kadang kita tengok orang kurus kuat makan banyak tapi badan
still kurus ini adalah kerana metabolismenya tinggi.... jom tengok tips
ni....
10 petua untuk meningkatkan kadar metabolisme yang akan membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan anda….
1.Bina
otot-otot (build Muscle) – Badan kita sebenarnya berterusan membakar
kaloriwalaupun semasa kita berehat. Kadar metabolisma pada waktu kita
berehat adalah lebih tinggi pada mereka yang lebih berotot. Setiap pound
otot menggunakan 6 kalori sehari manakala setiap pound lemak hanya
membakar 2 kalori sehari.
2.Bersenam
aerobik atau berjogging – Bersenam aerobik/berjogging tidak membina
otot namun ia mampu meninggikan kadar metabolisme selepas kita
melakukannya.
3.Minum
banyak air – Badan kita memerlukan air untuk memproses kalori. Apabila
kita kekurangan air dalam badan (dehydrated), kadar metabolisme akan
menurun. Dalam sehari seorang dewasa memerlukan 8 gelas air masak (plain
water). Untuk kekalkan bekalan air dalam badan, kita hendaklah biasakan
meminum air masak sebelum makan. Sebagai tambahan boleh juga memakan
buah-buahan yang mana mengandungi kandungan air.
4.Campurkan
ais dalam air – Minuman berais akan menggalakkan badan membakar lebih
kalori semasa penghadaman tetapi dengan syarat air tersebut tiada
tambahan gula atau cream/susu pekat manis.
5.Makan
lebih kerap – Makan lebih kerap boleh membantu mengurangkan berat
badan.Ambil snack setiap 3-4 jam akan membantu meningkatkan kadar
metabolisme. Kajianmenunjukkan jika seseorang mengamalkan snack mereka
akan makan kurang sewaktu makan tengahari dan makan malam.
6.Pedaskan masakan anda – Makanan yang pedas mengandungi bahan kimia yang bolehmeninggikan kadar metabolisme.
7.Makan
lebih protein – Badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadamkan
protein berbanding lemak atau karbohidrat. Sumber protein yang sihat
adalah daging merah, ayam tanpa kulit, tauhu, kacang, telur dan susu
rendah lemak.
8.Minum kopi – Tapi pastikan kopi yang diminum tidak dicampur cream dan gula. (agak sukar untuk lakukan, betul tak…:))
9.Minum
teh hijau (Green Tea) – Kajian menunjukkan dengan meminum 2-4 cawan teh
hijau seharimembantu membakar 50 kalori sehari, ini bersamaan kurangkan
5 pounds berat setahun.
10.Elakkan
crash diet. Crash diet ialah mereka yang makan kurang daripada 1,000
kalorisehari. Walaupun diet ini membantu mengurangkan berat badan namun
sebenarnya pengurangan berat badan adalah daripada kemerosotan
otot-otot. Apabila otot-otot berkurang, maka kadar metabolisme akan
berkurangan. Akhirnya badan akan bakarkurang kalori malah akan lebih
cepat menaikkan berat badan berbanding sebelum diet jika individu itu
sudah tidak patuh pengambilan kalori 1,000 kalori sehari.
Selain daripada cadangan di atas, antara faktor yang meninggikan kadar metabolisme ialah:
1. Sesetengah individu mempunyai genetik metabolisme yang tinggi
2.Lelaki
lebih banyak akan membakar kalori berbanding perempuan semasa berehat.
(Ini disebabkan lelaki mempunyai lebih banyak otot, perempuan lebih
banyak lemak – faktor hormon)
3. Kadar metabolisme akan menurun apabila usia mencapai 40 tahun ke atas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan