Khamis, 24 Jun 2010

Serapan Sufi



Rukun cinta siapa yang tahu
Jatuh tertimpa indah baginya
Jiwanya asing dari yang nyata
Indah gelora rasa mendamba
Wujudnya ada melahirkan rasa
Sufi menari cinta bersama,

Syaratnya diamati dari pedoman
Kalam tuhan dijelas junjungan
Bayangan melodi fana digali
Arrumi murabbi hanya merungkaikan
suluk maqsuudi itulah dihajati
Penjejak hakiki ridhaka ya Allah matlubi,

Tuntutan jiwa bersama kembara
Tuntutan alunan bersama rentak
Tuntutan merdu bersama tarinya
Tuntutan sebenar kian Nampak
Tuntutan jasad bersama ruh
Tuntutan cinta bersama tuhannya,

Gemalai indah menafikan alkaun
Thabat ruhi bersama ilahi
Hidup rohaniku bersamanya
Ibadahku hanya semata kerananya
Akhirat tujuan berjumpa kekasih
Dari Alam fana ini yang akan binasa
menuju kekal abadi menetap disana.


Pena
Muhammad Abdul Hadi Ishak
manthiqah8,19'imaroh,syaqqah31
Mahatta Toob El-ramly Medina nasr
Cairo egypt

Isnin, 21 Jun 2010

Ikan Yu Sayang Robot Kayu





Cerita zaman tadika mengukir sejuta kenangan, jatuh, bangun,ketawa dan sedih menjadi lumrah setiap anak kecil yang bersekolah.Ingat lagi masa tahun baru nak masuk tadika, rasa takut, rasa resah dan ada beribu persoalan yang timbul.masa tu mak buat baju sendiri untuk aku, seronok sangat bila mak buat,kain dah disediakan pihak tadika tapi berbayar, masa pendaftaran haritu masa taklimat ada la seorang cakap kat depan pakai songkok senget mungkin orang baik-baik kami mengiakan saja apa yang dia kata.aku lihat muka mak kusyuknya mendengar apa yang disampaikan didepan kami, aku rasa mak mesti seronok, seronok tengok muka mak dan mak-mak kawan aku .kak not masa tu masih nagji kat Pondok Pak Man Bukit Besar atau lebih dikenali sekarang ni dengan Sekolah Menengah Agama Annahdzah Bukit Besar ,Kak not selalu bawak balik kawan-kawan dia depa kebanyakkan pakai purdah semua sejuk mata memandang kak pon sama sungguh kuat ukhwah sesama depa seperti adik beradik,bila petang saja bawak la pi tengok bot ronda-ronda kampung , jalan-jalan tepi laut bila dekat nak maghrib pakat balik, tapi kak not selalu dok asrama dengan rumah Abang Zul yang ada kat bukit Besar teringat satu ketika tu kak not balik dari sekolah dia , dia belikan senapang yang sangat aku impikan senapang tu ada peluru kayu lekat dengan benang pastu tembak la kuat jugak bunyi dia, rasa seronok sangat masa tu mana ada kerja lain selain seronok terima kasih kak.

Ngaji memang tak berminat pun ,tapi ingin tahu sangat tinggi, ingin mencuba sesuatu yang baru, masa tu ayah, paklong awang , paksu yazid tengah sebok buat reban burung puyuh bila industri mendapat sambutan hangat oleh penduduk,jiwa ni memberontak dek selalu tengok filem robot2 ni terus mengumpul serpihan kayu besar bahagian badan dan yang kecil-kecil diubah suai jadi robot gam yang digunakan hanya getah pokok mempelam kuat la jugak setakat sehari dua, mereka dengan dunia mereka aku dengan duniaku mencipta untuk mencapai apa yang dihajati kanak-kanak sebesar aku waktu tu, esok masa kat tadika bawak la robot kayu tu tunjuk kat kawan memang mendapat sambutan hangat masa tu ada yang balik buat jugak, ada yang kata nak suruh ayah depa buat lagi cantik,ikutlah mereka dayaku memikir dengan daya tersindiri ,sangkar burung puyuh dah menjadi sebahagian dari rutin hidupku selalu cina yang dok pesan, tukang khidmat thausilnya aku lah(penghantar oder) bila petang melabuhkan tirainya pasti aku akan ke reban burung puyuh untuk memastikan pintu terkunci rapat, takut ular dan binatang lain masuk biawak pun pernah. kat reban jugak ada alat penghawa panas untuk mengeram telur burung puyuh dalam masa yang singkat best jugak tengok anak-anak burung menetas dari telur betapa hebat ciptaan yang maha agung.

Ilusi membayangi diri

sikecil tersenyum manis menghiasai

dunia ibarat taman permainan baginya

tidak ada apa yang difikirkan

melainkan apa yang diberi,


ceria tawa luahan akalnya

senyuman sungguh mengusik dihati

kesedihan menggusarkan jiwa

hidup ini tanpa pura-pura,


Roda berputar sambil menyanyi

Kanak-kanak tersenyum mengukir memori

Zamanku berputar tanpa disedari

Indahnya waktu itu terasa ingin kembali.

Malam tiba, mak pon panggil masuk rumah mandi cepat-cepat sebab nak pi mengaji Al-Quran kat rumah Tok Cik Mahalin, jan anak pak daud belakang rumah teman sejatiku dia la yang selalu bawak aku pi ngaji hujung kampung , ramai ngaji quran masa tu ada la dalam hampir dua puluh orang ter masuk budak-budak perempuan.kalau ngaji kat tok cik mahalin best sangat dia tak suka marah tapi jarang sekali dapat ngaji dengan dia sebab dia selalu ada kerja, biasalah nelayan jika tak kelaut pasti sungai dan persisiran pantai menjadi sasarannya,makcik isteri tok cik mahalin yang dok mengajaq kami semua garang ni jangan cakap la rotan sedia ditangan dok pegang, mat rapp tolong kawal kami masa tu biasa lah kami aku,jan ,jan anak ndak ,mat anak usup kelam , atan anak lang ,bat abang dia dan budak-budak yang bukan reti duduk diam ada yang nak jadi superman terjung dari tingkap kebawah aku pun pernah(tunjuk hero) , bukannya tinggi pon lepas tu naik balik kot tangga, perempuan pulak buat bising cara depa lah ada yang sanggup bawak batu sambut dari rumah konon batu yang dia pilih adalah yang terbaik mesyuarat ,gosip kutuk-kutuk memang kerja depa la bingit macam pasar malam setiap malam rabu.mai saja mak cik kena “menerasdari alfatihah sampai waddhuha lepas seorang demi seorang diajarnya .selesai mengaji masa jalan balik mesti kena jalan pelan-pelan sebab balik mesti kena hantar semua yang jalan sekali sebab rumah aku lah yang paling last selepas rumah jan.tapi jan hantar aku dulu baru dia balik sebab dia tua dari aku dua tahun dia berani la sikit, aku bukan tak berani tapi kurang yakin.

Sedap mak masak malam tu, gulai ikan yu ayah lagi la banyak jugak tambah aku pon ikut sama, kak not balik petang tu makan sama-sama ayah kata ikan yu ada orang bagi.lahap sungguh malam tu mak pon tambah kaka not tambah semua merasainya dengan penuh nikmat, rasa isi ikan yu yang manis tambah sedikit rasa masam asam jawa membuka selera siapa sahaja yang menjamahnya mak memang pakar dalam masak-masak gulai ni semua cukup, mak selalu beli rempah kat kedai sebelah jejantas jalan nak pi Langgar, masih ada lagi kedai tu masa balik Malaysia hari tu,teringat masa pi beli dengan mak naik bas dari simpang sampai pekan rabu lepastu jalan kakilah mak selalu belanja aku makan bihunsup kat stesyen bas belakang Hankyou (lani dah pindah)sebelum balik , mak tau aku memang sangat suka bihun sup . bila balik mak adun sendiri rempah ratus,sebab tu gulai mak takkan sama dengan yang lain.ayah selalu tidur lambat dari yang lain, selaunya ayah dengan akar-akar kayunya dibilik kecil berdekatan ruangtamu macam-macam ayah tahu tentang ubatan-ubatan ni, akar-akar kayu dari gunung jerai diadun dengan teliti mengikut yang tercatat dalam buku besar berwarna biru pelbagai ramuan ubatan boleh didapati petua-petua orang tua dulu masih elok ditulis tersimpan rapi dalam jagaan ayah .malam tu aku tidur dengan kak not mak pesan "not nak lena adik hang tu ajaq la dia baca allahumma solli solatan ".(merujuk kepada Selawat Tafrijiah yang kalau tak silap diambil dari pada Tuan Guru Haji Aziz Pendang)Inilah Selawatnya :

Ya Allah Berikanlah rahmat yang sempurna dan kesejahteraan yang sempurna

kepada junjungan kami nabi Muhammad,

semoga dengan berkatnya terurai segala kesimpulan,

terlepas dari segala kesusahan,ditunai segala hajat,

tercapai segala keinginan,dan mendapat husnul khatimah (pengakhiran yang baik),

dan dicurahkan hujan rahmat,

dengan berkat peribadinya yang mulia demikian juga kepada keluarga dan sahabat baginda,

pada setiap kerdipan mata dan hembusan nafas bahkan sebanyak pengetahuan engkau.

kak not pon mengiakan suruhan mak.maka aku dapat rasa malam tu indahnya menghafal diwaktu kecil dan inilah selawat yang pertama aku hafal bersanad dari mak.setelah berulang berkali-kali sehinggalah aku menguasainya malam itu sempat lagi aku bertanya "kak bila kak ani nak balik"masa tu kak ani kat Mesir bersama suaminya.sambil melihat mataku yang layu kak pon kata "lambat lagi".aku pun terlena disebelah akak aku yang aku sayangi,tanpa menyedari apa lagi yang kak aku cerita.

Pena
Muhammad Abdul Hadi Ishak
manthiqah8,19'imaroh,syaqqah31
Mahatta Toob El-ramly Medina nasr
Cairo egypt

Isnin, 7 Jun 2010

Ajarkanku Sekolah






Sejarah nama kampung kuala sala menceritakan saat manis duka lara sultan yg memerintah kedah ketika itu.cerita ini sangat lama di ceritakan dari mulut ke mulut sehinggalah ke hari ini.kisah ini diceritakan oleh Allah yarhamuha Hajjah Habsah binti Saad iaitu ibu kandung saya sendiri. bahawa kampong kuala sala ini diberi nama hasil daripada lawatan sultan kedah untuk melihat pelabuhan(jeti )kuala kedah .tapi tesalah tempat , oleh kerana tersalah itulah org menggelar kuala sala dgn (nama kuala salah) di ucap jenerasi ke jenerasi terungkaplah nama kampong kuala itu disebut sebagai kuala sala sehingga ke hari ini.

Begitu taat dan berbangga rakyat terhadap sultan ketika itu dek kerana tersalah tempat sahaja dijaja rakyat ke seluruh pelusuk negeri.sultan salah pergi kuala, nak pergi kuala kedah tapi kuala yang lain pula dikunjunginya kata rakyat jelata menyukai ,sultan di sayangi makmur nikmat negeri. mungkin disaat ini kita melihat disekitar kuala sala tak macam dulu serba serbi kemudahan ada.dengan sekolah rendah serba lengkap xsama taraf dengan sekolah zaman arwah kak norlia, abg mael, abg jit,abg hamzah dan abg zul mengaji dulu di sekolah depan rumah sebelah dengan market ikan .pelajar hanya beberapa orang sahaja satu sekolah tak sampai 50orang.tapi kejayaan mereka amat membanggakan jenerasi hari ini.

Nama sekolah rendah kuala sala yang sekarang ni tidak dibubuh nama sekolah rendah kuala sala tapi di bubuh nama Sekolah Rendah Sri Mahawangsa nama yang menjadi lagenda sejarah Melayu kedah.sejarahnya ditulis dan diabadikan sehingga kini.sebagai mana yang kita tahu bahawa kedah yang sebenar ialah kawasan yang meliputi semenanjung termasuk tiga wilayah melayu yang ada di selatan Thailand sekarang.kawasan pemerintahan kedah begitu luas dan ketika zaman lampau kedah di perintah oleh seorang raja yang bernama Raja Merong Mahawangsa,yang mana menjadi nenek moyang raja-raja Kedah.

Ikuti kisahnya…

Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh geroda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka (nama langkasuka diadabikan untuk nama sekolah menengah kebangsaan langkasuka di yan besar sekarang) ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.

Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.

Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam.

Syeikh Abdullah Yamani (seorang pendakwah dari Negara arab yaman dikatakan orang pertama yg menyebarkan islam di kedah dan mengislamkan raja-raja melayu namanya diabadikan sebuah kawasan lapang yang di sebut padang tok syiekh gurun dekat dengan gunung jerai)menukarkan namanya kepada Sultan Muzaffar Syah (mengikut apa yang saya tahu Sultan Muzaffar Syah merupakan bapa kepada bangsa Melayu dimana perkataan melayu diambil dari perkataan arab dari perkataan ملىء wazan ملايو= ملايؤ= ملايء = مفاعل)dan ada pula yang menyatakan dari China.

Ada lagu yang berkaitan dengan kuala sala yang bermula dengan:
“tebang tebuk kuala sala, hujan di gunung mandi di kuala;, …… mati katun”.
tapi saya xmengingatinya.jika saya tahu saya akan pos kembali lagu tersebut.

Bertolak dari kota sarang semut terus menghala kearah barat laut akan jumpa kawasan perkampungan kampong pisang ,kawasan titi jemerlang dan lain-lain ada sejarah penah diceritakan juga bahawa tuk nuih (tok wan adik beradik jauh kata ibunda) penah tanam pokok mempelam yangmana akar menghala ke sungai sala dan pohonya ditanah.maka terhasillah buah yang sangat besar tidak pernah dijumpai sebelum ini di tanah melayu tersebarnya buah mempelam itu sehingga keseluruh pelusuk negeri dengan dua nama Pelam Sala dan Pelam tok nuih (yang asal bernama yunus) diperkatakan penduduk, ada juga yang mengatakan pelam ini benihnya asal dari India benihnya ditemui melalui sungai mungkin dari kapal pedagang atau dari India sendiri Wallahuaklam cerita ni asal dari Abang Aziz Ishak.

Lebih kurang 15 minit perjalanan meyusuri sebalah taman kuala sala , sekoah rendah sri mahawangsa paya kecil sebelah kiri pinggir jalan ,kilang padi dan masjid kuala sala jumpalah perkampungan nelayan perkampungan biasa, dipenuhi dengan bot-bot nelayan ada yang kata kampong yang tidak berubah dan dilihat seperti perkampungan cowboy itu suasana kedai-kedai yang tidak membawa berubahan yang banyak dari sebelumnya.dikampung inilah penulis dilahirkan dan dijaga oleh dua jasad yang amat menyayangi dalam amat menitik beratkan soal peri pentingnya ilmu agama , amal cara interaksi dgn masyarakat dan hidup toleransi yang tinggi bersama abg-abg dan kak-kak saudara mara sekeliling itulah kedua ibubapa Ishak bin Ahmad dan Habsah Saad Cinta Abadi bersemi dihati selamanya.

Kerendahan hati

tidak akan menjatuhkan

tawadhu’ terpuji menhias diri ,

sabar terhadap dugaan

hentahkan bila berakhirnya

kita manusia sentiasa diberi,

kesempurnaan rohani perlu dicari

sedaya mampu ruhi wal jasadi

iman dikawal pembawa syaksi

mengadap Allah maha tahu azali.


Suasana indah permai sejuk rasa dipagi hari dengan titisan embun. disapa beberapa ketika dengan bunyian bot-bot sebelum subuh,bunyi ombok memukul pantai,suara unggas yang mendamaikan anak-anak kecil kampung mandimanda ditepian muara,dinihari nelayan memunggah pukat di pengkalan dengan hasil tangkapan disusuli dengan berjalan-jalan santai petang ditepi sungai dan laut selat melaka menhirup suasana senja matahari terbenam biasa mengukirkan senyuman sesiapa saja yang menatapinya, Ni lah kampung asal saya,saya berbangga dengannya.Alhamdulillah ..Ya Allah Kau berikanlah kami hidayahmu dalam kehidupan kami,kau sinarilah hidup kami dengan mencintai ibubapa, ilmu dan ulama.Jadilah anak cucu kami dari golongan yang mentaati perintahmu Amin..

Pena
Muhammad Abdul Hadi Ishak
manthiqah8,19'imaroh,syaqqah31
Mahatta Toob El-ramly Medina nasr
Cairo egypt

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails