Sabtu, 8 Januari 2011

Keldai bekeaq roda dua

Sebalik layar


Damai tenang jiwa bila termenung di balkoni syaqah rumah ku depan syarikat kahrabaa syamal qahirah melihat lalu lalang kereta yang melintasi jalan besar, kadang-kadang lori gergasi melintas membawa batu, bas pendek dan panjang, motor memecah suasana suram, walaupun bukan laluan utama dan lebih sesuai di sebut laluan belakang, tidak pernah diam dengan lalu lalang walau sering berlaku perlanggaran dan adanya kekecohan perkelahian sesama arab yang tidak mahu mengalah walau sah-sah itu salahnya tetap degil, aku menoleh pada satu papan tanda yang tegak berdiri 'milk ardi misr' yang tercacak berhampiran pondok kecil sebesar lebih kurang sebuah kereta itu seolah-olah tidak ubah seperti kehidupan arab dari pendalaman gurun sahara, kehidupan yang mereka lalui sangat mencuit rasa ketenangan dan kesyukuran dengan apa yang aku ada.

Alhamdulillah.. nikmat yang dikurniakan Allah ini sangat besar harganya.

rasa

bekeaq ! bekeaq !, bekeaq ! bekeaq ! (laungan pengutip barang-barang lama) datang dengan kaldai dan kereta sangkut bertayar dua mengejutkan suasana, jika dilihat dari rupa, pakaian, kebersihan anggota terutama gigi kita seolah-olah boleh katakan bahawa mereka tidak pernah mandi, bagaimana keadaan rumah mereka, makanan dan minuman mereka masyaAllah... tidak pernah aku terfikir hal yang sebegini sebelum ini.

video tentang mesir:


video diatas pemandangan cantik dan tempat-tempat menarik di Mesir (Al-Azhar Park)



pemandangan buruk kebanyakkan pengutip sampah bukan islam
Jika ini dunia

kadang-kadang terlintas aku memikirkan jika mereka muslim bagaimana tentang ibadat mereka terutamanya solat, jika kehidupan didunia ini susah biarlah diakhirat mereka mendapat sedikit kesenangan, jika didunia ini mereka susah diakhirat pun susah amat rugilah dengan kehidupan mereka yang ada hari ini. ya Allah jika mereka bukan islam kau berilah hidayah pada mereka dan jika mereka telah islam maka yang tambahlah iman mereka.semua itu qada dan qadar Allah, semua dia yang tentukan, aku bersyukur padamu Ya Allah atas dua nikmat terbesar ini Iman dan Islam.

'Ya Allah berilahlah pada diri-diri kami ahli keluarga kami anak cucu kami dari golongan yang engkau beri nikmat dan rahmat , menunaikan solat dan melakukan segala suruhanmu ya Allah ya rahman ya rahim ya zaljalaali wal ikram amitna ala dinil islam, amin...'.

nun lambaian sahrawi

disebalik pondok dan bukit itu, aku merenung betapa luasnya bumi Allah ini, gurun sahara yang seolah tiada pengjungnya sambil kedua belah tanganku diletakkan diatas balkoni, aku melihat debu-debu pasir halus mengena lenganku, sambil menyapunya aku terus terlihat nun disana ku rasakan betapa kerdilnya diri ini dan betapa besarnya nikmat yang kau berikan padaku dari dikejauhan itu juga aku merasai semakin aku mengenal ilmu semakin rasa kekurangan dan banyak lagi perkara yang perlu aku tahu, penat lelah mereka mencari barang terpakai berjalan setiap pelosok tempat dan lorong tempat kotor dan sampah semua diteliti demi mencari benda yang boleh menjadi sumber mereka mendapat rezeki. suasana ini membangkitkan ruhku bingkas kembara mencari ilmu.

Muhammad Abdul Hadi Ishak
manthiqah8,19'imaroh,syaqqah31
Mahatta Toob El-ramly Medina nasr

Khamis, 6 Januari 2011

London diliputi cahaya Islam


Kota Putih Bersinar

keadaan sejuk menyusuk tubuhku dek salji yang turun menutupi bumi. jalan raya, rumah-rumah, bangunan, pokok-pokok, kenderaan dan seluruh pemandangan mata yang dapat dilihat di kota London di penuhi gempulan putih yang mengubah permandangan biasa. kedengaran azan berkumandang dari masjid berdekatan menyerut umatnya supaya bersatu menuju jalan kejayaan. orang tua berwajah putih dan hitam, anak muda lelaki dan perempuan dan anak-anak berkejaran bermain sambil dikawal oleh ibu bapa yang membawa mereka ke Rumah Allah di tengah kota metro politan itu. nampak ceria berseri-seri setelah bersalaman menandakan usainya solat berjamaah. mereka menghubungkan silaturrahim sesama, bertukar pandangan dan sangat bertolak ansur. semakin hari semakin ramai manusia mengimarahkannya.

Apa yang berlaku?

masakan tidak, laporan yang dibuat oleh lembaga bancian penduduk mendapati bahawa penduduk England saban tahun berbondong-bondong masyarakat disana masuk agama Islam. lebih dari angka 5000 orang penduduk menerima hidayah Allah setiap tahun (sumber aljazeera).ini baru bancian pada penduduk Britain tidak termasik negara-negara eropah yang lain.

Dakwah yang bernas

mereka mempunyai ikatan dakwah yang kuat. Umat islam disana bijak menonjolkan islam pada mata masyarakat. contohnya mereka membersihkan kawasan bus stop dan kawasan awan yang lain, ya bagi kita mungkin satu benda yang pelik tetapi orang di sekeliling melihat dan orang bertanya tentang mereka, mungkin ini merupakan cara dakwah yang mendekati warga muslim dan masyarakat, disitulah mereka dikenali dari cakap-cakap orang. disamping itu mereka mengaadakan dialog untuk non muslim pada hari minggu di masjid-masjid untuk memberi pengenalan tentang islam.


Video Suasana Umat Islam Dan Wartawan Britain



Perasaan Manusia

Islam itu sangat dekat dengan naluri manusia, sesuai dengan prinsip islam yang tidak memaksa orang lain menerimanya. maka dari situlah naluri ingin tahu manusia bertambah dan menerima setulus hati. ada yang menerima hidayah, ada yang belum menerima dan ada yang menentang. walaupun apa jua keadaan dakwah mesti diteruskan dari sekecil-kecil cara pedekatan dibuat sehinggalah mengadakan pidato diluar. edaran risalah pengenalan tentang islam, buku-buku secara percuma, iklan-iklan sehinggalah menghantar risalah dakwah kepada para pemimpin.

Cabaran Dakwah

ramai juga ulama yang dilarang masuk dan pelbagai sekatan dikenakan, contohnya Dr Zakir Naik dihalang masuk Britain, Dr yusuf Qaradawi dilarang menerima rawatan dan pelbagai fitnah dilemparkan pada Ulama dan masyarakat islam disana. namun begitu islam agama fitrah manusia dengan kekuatan kebenarannya terus berkembang menabur benih keamanan dan keindahan. Dengan perkembangan itu, ada yang meramalkan bahawa negara Britain akan menjadi Negara Islam.


Dr Yusuf Qaradawi ada menulis sebuah buku yang bertajuk ( من فقه الدولة في الاسلام ) Fiqh Daulah Menuruh Perspektif Islam yang pada hemat saya sangat baik jika persoalan bagaimana kita memahami dan mendalami keadaan kedudukan Negara dalam Islam dan membinanya. Mewujudkan suasana politik yang matang, berperingkat dalam mengubah kemungkaran, apakah sikap kerajaan islam terhadap Demokrasi, berbilang parti, wanita, isu bukan muslim dan yang paling penting dijadikan panduan kepada umat islam yang tinggal di negara yang bukan muslim Dr Qaradawi ada menyentuh tetang bagaimana kelompok islam turut bergabung di dalam pemerintahan bukan islam. Pencerahan yang begitu baik untuk menjadikan umat islam itu sebagai rol model pada masyarakat lain.

Menjawab persoalan itu Dr menyatakan : “ jika pemerintahan itu bukan islam, dengan pengertian tidak mempunyai komitmen untuk menyerapkan syariat islam dalam perundangan , pendidikan, peradaban, media massa, ekonomi, politik, pentadbiran atau pemerintahan dan ia merujuk pada sumber-sumber selain dari islam, mengambil dari barat atau dari timur, dari kiri atau dari kanan, dari falsafah Liberalis atau Marxis, ataupun dari yang selainnya, atau ia merujuk kepada islam dan menggabungkannya dengan sumber-sumber selain islam, dimana kadang-kadang mereka lebih mementingkan sumber selain islam daripada sumber islam sendiri, maka semua (pemerintahan) ini tertolak pada pandangan islam”. (ringkasan) Walaupun kita tahu bahawa ( الأصل عدم المشاركة ) asal-asal tiada kerjasama,
tetapi ( الخروج عن الأصل لاعتبارات شرعية ) keluar dari hukum asal kerana beberapa pertimbangan syarak :
1) ( تقليل الشر والظلم مطلوب بقدر الاستطاعة )
Tuntutan meminimunkan kejahatan dan kezaliman menurut kemampuan.
2)( ارتكاب أخف الضررين )
Melakukan mudarat yang paling ringan.
3) ( النزول من المثل الأعلى إلي الواقع الأدنى )
Melepaskan nilai yang paling tinggi lalu turun ke reality yang paling rendah.
4)( سنة التدرج )
Berperingkat-peringkat.
Dan ada beberapa syarat yang mesti dipenuhi dalam kerjasama bersama pemerintah yang di letakan oleh Dr. Qaradawi. Kupasan memadai bagi orang-orang islam yang minoriti menghubungkan bekerjasama dengan kerajaan bukan islam. Jika ada yang dicalonkan masuk ke dewan mesyuarat bersama kerajaan England dan Negara-negara lainnya.


Senarai berita suka duka Umat Islam Britain (ehsan blog Satu Umat):

Kesedaran dan tindakan

Saya berpendapat bahawa setiap jiwa umat islam perlu memperkenalkan islam samada pada yang telah islam dan lebih-lebih lagi pada yang bukan islam. Tanyakan pada mereka adakah mereka tahu tentang islam? Sejauhmana mereka tahu tentangnya dan kita jelaskan apa yang kurang jelas. buka pintu dialog seluas-luasnya sebagai medium berta’aruf dan mendekati mereka. Imarahkan rumah Allah dengan aktiviti masyarakat, beriadah dan majlis keramaian sepertimana di Kota London hari ini. Kedai-kedai makanan halal semakin mendapat sambutan dari bukan islam, majlis ilmu sangat diminati, umat islam menjadi contoh pada yang lain. Dari sinilah orang akan mencari Apa Itu Islam? Inilah usaha yang perlu kita teruskan dan jangan hairan disuatu masa kedengaran laungan azan akan bersahutan diseluruh lorong di bandaraya Negara Britain khususnya dan negara-negara Eropah yang lain InsyaAllah.

( walaupun penulis sedang berada di Mesir ketika ini, tetapi setelah menyaksikan berita gembira dari Aljazeera channel sebentar tadi, gelora jiwa ini ditulis bagi menggambarkan keadaan dan perasaan penulis berjuang bersama sahabat seagama disana ) mari kita sebarkan risalah Allah. Jom !

Muhammad Abdul Hadi Ishak
manthiqah8,19'imaroh,syaqqah31
Mahatta Toob El-ramly Medina nasr

Rabu, 5 Januari 2011

Keagungan Bangsa Melayu



Jangan kembali kepada jahiliah

Anak muda bangsa ini perlu bangkit menyemarakkan kembali semangat yang kian tipis dan kian ditinggalkan, dianggap kolot dan ketinggalan zaman. jika kita lihat hari ini hakikat yang jelas kita menuju kearah meniru bangsa barat, cara hidup mereka dan berbangga dengannya yang jelas nilai murni dari bangsa Melayu ini kian dihakis oleh bangsa ini sendiri, kita bukan menuju kepada memajuan moral tapi kembali kepada jahiliah. bangsa barat menurut pembacaan saya dari media masa dunia, kian ingin mengenali islam dan nilai-nilainya mengkagumi islam dari setiap sudut tapi malangnya bangsa kita tidak mengikut yang baik (kesedaran mereka hari ini pada islam) tapi meninggalkannya dan mengikut keburukkan mereka. jika kita kembali kepada penjajah artinya kita masih dijajah dan belum Merdeka. mungkin zahirnya merdeka tapi hakikatnya tidak.

Sejarah perlu kuat di dada bangsa

kita perlu mendapat pencerahan dari sejarah bukan masih lagi ditipu dan di permainkan dengan periwayatan bohong dan merosakkan sejarah tentang bangsa ini kira menyingkapi pejuang bangsa melayu melawan penjajahan dari Negeri Pahang dengan Pahlawan Mat Kilau,Melaka dengan Dol Said, Sarawak dengan Rentap, Johor dengan Si Bongkok Tanjung Puteri, Negeri Sembilan dengan Pendekar Siamang Gagap.Perak Dato lela.terengganu dengan Tokku Paloh dan Kelantan dengan Tok Janggut.

kembali pada adat-istiadat mulia kita

jiwa bangsa ini dimuliakan dengan adat istiadat Melayu Islam dan nilai-nilainya. sopan santun, tertib, berbudi bahasa, ramah, berani dan saling menghormati adalah nilai agung bangsa ini. oleh itu pesanan pada bangsa melayu ini saya naqalkan dari kata-kata Saidina Umar AlKattab radiallahuanhu pada bangsanya :

نحن قوم أعزنا الله بالإسلام فإن إبتغينا العزة بغيره أذلنا الله

"kita semua adalah Bangsa yang dimuliakan Allah dengan Islam, Barangsiapa yang mencari kemuliaan (cara hidup) yang lain dari Islam maka kemurkaan Allah akan menimpanya"

Mari kita jelajahi mengenal bangsa ini meneliti gurindam seloka dibawah ini

GURINDAM HIKMAT MELAYU.

Bangsa Melayu pernah kuat,
Buka tanah guna tulang empat kerat,
Masih sempat berbini empat,
...Tongkat Ali jamu khasiat.

Bangsa Melayu pernah digentar,
Ular, harimau ditepuk tampar,
Kerisnya bisa, silatnya gempar,
Amuk Melayu, bumi bergegar.

Orang Melayu pernah gagah,
Berkaki ayam, hutan diredah,
Pernah cuba diganyang penjajah,
Melayu mengamuk, jihad sabilillah!!

Bangsa Melayu pernah berdaulat,
Terbilang merata, kesultanannya hebat,
Tujuh bangsa penjajah cuba menempat,
Dengan kudrat semua dihambat!!

Bangsa Melayu bangsa keramat,
Nabi (saw) pernah beri amanat,
Buat dakwah, nun di bumi berekat,
Di akhir masa, ramai wali hebat.

Bangsa Melayu bangsa hikmat,
Sejarah Melayu tertera riwayat,
Nabi (saw) pernah beri alamat,
Raja Melaka mendapat hidayat.

Bangsa Melayu tak makan saman,
Agama dijunjung zaman-berzaman,
Wali Melayu penuh kehebatan,
Karamah, barakah, jadi pakaian.

Bangsa Melayu penuh daulah,
Halusi sahaja kisah sejarah,
‘Wa’ad’ Melayu jangan disanggah,
Sanggah wa’ad, mendapat ‘tulah’.

Tanah Melayu pernah berekat,
Raja dan rakyat sentiasa muafakat,
Alim-ulamak mendapat tempat,
Bumi bertuah, terbilang sejagat.

Bumi Melayu pernah berekat,
Tempat tumpuan ulamak sejagat,
Madrasah & pondok merata tempat,
Menjana insan unggul dan hikmat.

Tanah Melayu intinya hebat,
Bumi zuriat Nabi, itulah kudrat,
Kesultanan Melayu hampir padat,
Pancaran Nabi (saw), penuh keramat.

Bumi Melayu pernah terbilang,
Sejarah rajanya penuh gemilang,
Turunan penjajah, entah mana menghilang,
Turunan Raja Melaka, tetap ditatang.

Melayu pernah berilmu dan berbudaya,
Beribu manuskripnya tersimpan merata,
Dikaji selidik sarjana sedunia,
Kalau sangsi, tanyalah Arkib Negara.

Bangsa Melayu halus seninya,
Hayati warisan persuratannya,
Syair seloka sungguh indahnya,
Pertukangan, sulaman, tiada taranya.

Berkurun Melayu junjung agama,
Adat dijaga bersama-sama,
Bangsa Melayu harum namanya,
Rahmat Allah dimana jua.

Bangsa Melayu usah alpa,
Warisan bangsa bukan sehari dua,
Pusaka Melayu enam kurun lamanya,
Menyimpan sejarah nenek moyang kita.

Orang Melayu usah goyah,
Propaganda bohong supaya kita melatah,
Ungkapan ‘Melayu lemah’ semata tohmah,
Strategi musuh menebar fitnah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Namun dicemar Inggeris keparat,
Propaganda bohong itulah hakikat,
Namun Melayu termasuk jerat.

Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bangsa Melayu sebenarnya berdaulat,
Silap Melayu membuang adat,
Silap rajanya membuang muafakat.

Bukan baru musibah Melayu,
Telah bermula sekurun nan lalu,
Serangan musuhnya bertalu-talu,
Sehingga bangsa menjadi terkedu.

Melayu mula ditimpa musibah,
Pabila Inggeris datang menjajah,
Adat dibuang, agama disanggah,
Akhirnya Melayu, mendapat ‘tulah’.

Sekian lama Melayu jadi sasaran,
Sejarah, jatidirinya jadi serangan,
Musuh luar dan musuh dalaman,
Mungkinkah tersirat suatu ramalan?

Melayu kini resah gelisah,
Namun jelas hakikat sejarah,
Mungkinkah tersirat, sebalik musibah,
Melayu pencetus kebangkitan ummah?

Ingatlah pesanan junjungan Rasulullah (saw),
Panji hitam dari timur, bumi karamah,
Bangsa Melayu usah menyerah,
Cari kekuatan dari sejarah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bumi ahlul-bait itulah kudrat,
Umarak ulamak kuncinya terletak!

Laksamana Hang Tuah gagah orangnya,
Berguru, bertarikat, berisi dirinya,
Jangan perlekeh riwayat firasatnya
‘Takkan Melayu hilang didunia’

Gurindam ini diambil dari : Tuan Shahbandar Bundy

Dato’ Dr Usman Awang pernah berdendang dalam sajaknya:

“Melayu Bangsaku… Tercinta”

Melayu itu orang yang bijaksana

Nakalnya bersulam jenaka

Budi bahasanya tidak terkira

Kurang ajarnya tetap santun

Jika menipu pun masih bersopan

Bila mengampu bijak beralas tangan.


Melayu itu berani jika bersalah

Kecut takut kerana benar

Janji simpan di perut

Selalu pecah di mulut

Biar mati adat

Jangan mati anak.


Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:


Jawa itu Melayu,

Bugis itu Melayu,

Banjar juga disebut Melayu,

Minangkabau memang Melayu,

Keturunan Acheh adalah Melayu,

Jakun dan Sakai asli Melayu,

Arab dan Pakistani,

semua Melayu.


Mamak dan Malbari serap ke Melayu,

Malah muaalaf bertakrif Melayu.


Dalam sejarahnya

Melayu itu pengembara lautan

Melorongkan jalur sejarah zaman

Begitu luas daerah sempadan.

Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya

Kias kata bidal pusaka

Akar budi bersulamkan daya

Gedung akal laut bicara.


Malangnya Melayu itu kuat bersorak

Terlalu ghairah pesta temasya

Sedangkan kampung telah tergadai

Sawah sejalur tinggal sejengkal

tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga

Tangan masih memegang tali

Sedang orang mencapai timba.


Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti

Masih berdagang di rumah sendiri.


Berkelahi cara Melayu

Menikam dengan pantun

Menyanggah dengan senyum

Marahnya dengan diam

Merendah bukan menyembah

Meninggi bukan melonjak.


Watak Melayu menolak permusuhan

Setia dan sabar tiada sempadan

Tapi jika marah tak nampak telinga

Musuh dicari ke lubang cacing

Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan

Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali

Silaturrahim hati yang murni

Maaf diungkap senantiasa bersahut

Tangan diulur sentiasa bersambut

Luka pun tidak lagi berparut.


Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan

Selagi yang ada sanggup diberikan

Sehingga tercipta sebuah kiasan:


“Dagang lalu nasi ditanakkan

Suami pulang lapar tak makan

Kera di hutan disusu-susukan

Anak di pangkuan mati kebuluran”


Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu

Masihkan tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang

Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan

Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan

Jika percaya kepada keadilan.


Jadilah bangsa yang bijaksana

Memegang tali memegang timba

Memiliki ekonomi mencipta budaya

Menjadi tuan di negara Merdeka!


krisis jiwa bangsa ini perlu menuju pada keagungannya. ruh bangsa ini perlu menuju zaman yang lebih bertamaddun dan mulia. identiti setiap jati diri bangsa ini perlu dicari kembali dan diserapkan pada setiap pelapis generasi.

Muhammad Abdul Hadi Ishak
manthiqah8,19'imaroh,syaqqah31
Mahatta Toob El-ramly Medina nasr

Selasa, 4 Januari 2011

liku-liku tulisan


kehidupan ini

pasti hari-hari yang dilalui penuh dengan memori yang indah dan pahit, menongkah hidup ini bukan satu perkara yang mudah cabaran, rintangan dan dugaan semua kena hadapi dengan tabah jika tidak kita akan jatuh dan terus jatuh. Allah menjadikan seseorang itu ada sebabnya untuk menjadi hambanya dan memikul tugas mentadbir muka bumi ini. bukan kejadian kita ini sia-sia dan tidak ada erti apa-apa. sekali terfikir jika diimbau sejarah silam mesti kita tersenyum dan menangis pengalaman itu semua mengajar arti hidup dan bertindak dengan lebih matang dari terjerumus ke arah yang terlarang.

subhanallah

Allah menciptakan kita sebaik-baik penciptaannya. syukur perlu dibasahi selalu di lidah kita jika kita lihat alam sekeliling pokok-pokok binatang-binatang dan semua disekeliling kita memuju Allah. Allahdulillah Allah masih memberi nafas kepadaku secara percuma, kerdipan mata yang tak terhingga nikmatnya. pendengaran yang baik pergerakkan seluruh anggota badan kita masih boleh bergerak semua merupakan nikmat yang paling istimewa dan paling berharga hadiah Allah pada hambanya yang mana kita selalu tercicir mengingati nikmat itu dari ingatan dan benak pemikiran kita.


aku mengkagumi mereka

dalam kehidupanku jiwa ini amat suka berkhayal ketika membaca buku-buku, selalu tergerak di hati mengkagumi bagaimana penulis menghasilkan kerja penulisannya kadang-kadang terasa teramat sangat teringin nak jadi seorang penulis. Ulama agung seperti syeikh yusuf qaradawi, syeikh abu fattah abu ghuddah, syeikh abul hasan ali annadwi, syeikh ali jumaah dan yang mengkagumkan aku Al-Imam Annawawi dan beratus-ratus ulama yang mencurahkan ilmu dalam karya penulisan mereka sehingga ke tahap dunia mengiktiraf nilaian pemikiran mereka.

aku berdoa pada Allah supaya pintu rahmatnya terbuka untuk aku menjadi seorang yang kuat membaca, beramal, menulis dan berdakwah dijalan Allah. berilah taufiq dan inayahmu ya Allah amin..

Muhammad Abdul Hadi Ishak
manthiqah8,19'imaroh,syaqqah31
Mahatta Toob El-ramly Medina nasr

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails