Sabtu, 8 Oktober 2011

Antara Pendakwah dan Pendakyah

Bismillah... ini merupakan terjemah teks yang diberi oleh PMRAM pada MKKK dan bagi pada Al-Faqir.. dalam kesempatan yang sebok dengan hal-hal lain Alhamdulillah dapat selelaikan sebelum waktunya.. Segala puji bagi Allah.. inilah terjemahan Qitaah teks yang diberi.. Sekadar pekongsian.. dan tidak dilupa ucapan terimah kasih pada Saudara ZulFahmi Zam Zam Exco Badan Ilmiah dan Pengetahuan MKKK atas kepercayaan ini..

Bukti Panduan. (kajian awal perihal Dakwah dan Pendakyah)

Jelas kepada kita dengan apa yang telah dijelaskan dari bukti-bukti dan keterangan, Sesungguhnya pendakwah yang sebenar ialah mereka yang memberi kesedaran dengan perbuatan sebelum ucapan, mendahulukan perihal yang baik pada dirinya sebelum meminta orang lain mencontohi kebaikan tersebut.

Akan tetapi dakwah kadang-kadang perlu berhadapan dengan Pendakyah, mereka menguasai seni ucapan dan hanya melibatkan kaedah-kaedah yang paling mudah.
Para pendakyah sangat bahaya pada agama dan mengaibkannya, mereka merosakan iman dan memburukan kehidupan, mereka jatuh dari puncak bukit yang tinggi ke lembah kehinaan, mencemarkan keadaan, berani tampil kemaksiatan dan berdosa berterusan dalam kebatilan, mereka berusaha menyusuri bersama para pendakyah sebagai dorongan untuk melakukan dosa dan melakukan kesalahan.

Berkata Al-Imam Ibnu Qayyim radiallahu anhu : "Ulama jahat mereka dudukdi pintu syurga, menyeru manusia ke syurga dengan ucapan mereka, menyeru manusia ke neraka dengan perbuatan mereka, setiap kali mereka berbicara pada manusia 'kemarilah kamu semua', berkatalah perbuatan mereka jangan kamu semua dengar dari mereka, kalaulah kebenaran yang mereka seru, maka merekalah yang akan menyahutnya dahulu, pada gambaran mereka adalah penunjuk jalan tapi pada hakikatnya perompak jalanan". Dinaqalkan dari kitab "Hidayah Al-Mursyidin", ms 92 – As-Syeikh 'Ali Mahfuz.

Dan berkata Al-Ustaz Sayyid Qutb rahimahullah : "Dakwah kepada kebaikan dan dakwah yang bertentangan dari kebaikan jika ada pada setiap watak para pendakwah ia merupakan penyakit yang menimpa setiap jiwa-jiwa dengan keraguan, bukan sahaja pada pendakwah semata akan tetapi pada dakwaan itu sendiri, dakwaan itulah yang menyebabkan kegelisahan pada hati manusia dan pemikiran mereka, kerana mereka mendengar ucapan yang indah, pada masa yang sama mereka menyaksikan perbuatan yang buruk, maka mereka diselubungi kebingungan antara ucapan dan perbuatan, menyembunyikannya dalam ruh-ruh mereka umpama bara api yang akan membakar ruh-ruh aqidah, memadam cahaya hati mereka dari pancaran iman, dan mereka tidak kembali mempercayai agama selepas hilangnya kepercayaan terhadap rijal-rijal agama (ulama) "Fi Zilalil Quran, (Jilid 1 ms 68)

Di sini kita dapati Allah subhanahu wa taala sangat mengingkari cara yang mereka lalui ini. Allah subhanahu wa taala berfirman :

Yang bermaksud :

Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? Surah Al-Baqarah – Ayat 44.

Allah subhanahu wa taala juga berfirman :

Yang bermaksud :

Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya. Surah As-Soff ayat 2 & 3


Sunnah menjelaskan bahawa empunya kelakuan bodoh ini termasuk dalam golongan orang yang bakal menerima akibat yang besar, sebagaimana sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam :

قَال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : يُجَاءُ بِالرَّجُلِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيُلْقَى فِي النَّارِ فَتَنْدَلِقُ أَقْتَابُهُ فِي النَّارِ فَيَدُورُ كَمَا يَدُورُ الْحِمَارُ بِرَحَاهُ فَيَجْتَمِعُ أَهْلُ النَّارِ عَلَيْهِ فَيَقُولُونَ أَيْ فُلَانُ مَا شَأْنُكَ أَلَيْسَ كُنْتَ تَأْمُرُنَا بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَانَا عَنْ الْمُنْكَرِ قَالَ كُنْتُ آمُرُكُمْ بِالْمَعْرُوفِ وَلَا آتِيهِ وَأَنْهَاكُمْ عَنْ الْمُنْكَرِ وَآتِيهِ رَوَاهُ غُنْدَرٌ عَنْ شُعْبَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ

Pada hari qiyamat akan dihadirkan seseorang yang kemudian dia dilempar ke dalam neraka, isi perutnya keluar dan terburai hingga dia berputar-putar bagaikan seekor keledai yang berputar-putar menarik mesin gilingnya. Maka penduduk neraka berkumpul mengelilinginya seraya berkata; "Wahai fulan, apa yang terjadi denganmu?. Bukankah kamu dahulu orang yang memerintahkan kami berbuat ma'ruf dan melarang kami berbuat munkar?". Orang itu berkata; "Aku memang memerintahkan kalian agar berbuat ma'ruf tapi aku sendiri tidak melaksanakannya dan melarang kalian berbuat munkar, malah aku mengerjakannya" Dikeluarkan oleh Al-Bukhari (Jilid 2 ms220), Muslim (Jilid 4 ms 2291), Ahmad (Jilid 5 ms 205).

Untuk mengukuhkan lagi penyimpangan watak yang sangat bahaya ini Abu 'Itahiyah mengatakan :

يا واعظ الناس قد أصبحت متهما # اذ عبت منهم أمورا أنت تأتيها
تعيب دنيا وناسا راغبين لها # وأنت أشد منهم رغبة فيها
كالملبس الثوب من عرى وعورته # للناس بادية ماان يواريها
وأعظم الاثم بعد الشرك نعلمه # فى كل نفس عماها عن مساويها
عرفانها بعيوب الناس تبصرها # منهم ولا تبصر العيب الذى فيها

Wahai penasihat manusia sesungguhnya kamu tertuduh # dik kerana kamu bebankan mereka pada beberapa perkara yang kamu datangkannya,
Kamu mengaibkan dunia dan manusia yang gemar padanya # dan kamulah yang paling suka padanya dari mereka,
Umpama memakaikan pakaian dari telanjang dan auratnya # untuk manusia pendalaman terpencil dapat disembunyikannya,
Kami mengetahuinyasebagai dosa yang terbesar setelah syirik # pada setiap jiwa yang umum perkara itu merasakan sebagai sama,
Mengetahuinya dengan ke'aiban manusia kamu yang menampakkannya # Sebahagian mereka tidak nampak ke'aiban yang ada padanya

Cukuplah pada kita celaan yang diberikan pada watak sebegini dengan apa yang Allah umpamakan dalam al-quran, sesengguhnya mereka mempunyai sikap satu ketika seperti keldai dan satu ketika yang lain seperti anjing, taklain tak bukan (semata-mata) kerana telinga mereka pekak dari kebenaran, mata mereka buta darinya, sekalipun mereka tahu, pengetahuan mereka keseluruhannya tidak tahu.

Allah subhanahu wa taala berfirman :

Yang bermaksud :

(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan Dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) Yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai Yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). buruk sungguh bandingan kaum Yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum Yang zalim. Surah Al-Jumu'ah ayat 5


Dan firman Allah subhanahu wa taala lagi :


Yang bermaksud :

Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang Yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang Yang sesat.

Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya Dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika Engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika Engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. Surah Al-'Araf ayat 175 & 176

Di sini islam menitikberatkan ciri-ciri qudwah hasanah (teladan yang baik) dalam bidang dakwah, tidak wajar kamu jadikan pembelajarannya hanya semata-mata memandang, terjemahkannya ke dunia realiti Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam akhlaknya ialah Al-Quran, Firman Allah dalam Al-Quran :

Yang bermaksud :

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) Surah Al-Ahzab ayat 21

Dan atas landasan yang dilalui oleh khulafa arrasyidin dan para imam almahdiyyin selepasnya, kita lihat mereka menegaskan berkali-kali dan mengulangi-ulangi terhadap kepentingan ambil berhati-hati dengan teladan dalam bidang dakwah.

Al-Imam 'Ali bin Abi Talib radiallahu anhu berkata : "siapa yang dirinya jadi Imam (panduan) pada manusia maka mulakanlah dengan mendidik dirinya sebelum mendidik orang lain, jadikanlah didikan pada perjalanan hidupnya sebelum didikanya pada lidah, pengajaran dan pendidikan pada dirinya lebih berhak (perlu di dahulukan) dari diangkat sebagai pengajar dan pendidik pada manusia".Dinaqalkan dari kitab Al-Isti'aab fi Hayatid Da'wah wad Du'aah Al-Ustaz Fathi Yakan.

Dan Al-Imam As-Syafie rahimahullah berkata : "siapa yang member pengajaran pada saudaranya dengan perbuatannya maka dia adalah seorang petunjuk", dan ada kata-kata hikmah yang masyhur pada maqam ini kata mereka : maqam (martabat) lelaki dalam ribuan lelaki, lebih baik dari kalam (bicara) seribu lelaki didalam lelaki ".

Alangkah indahnya lakaran seorang pendakwah itu mengorak langkah ini, supaya dijadikan sebagai latihan pada para muslihin (orang yang perbaik pulih) dari hatinya dengan mengambil pengajaran dari Nabi-nabi dan Rasul-rasul sebagaimana yang Allah subhanahu wa taala menceritakan perihal mereka di dalam Al-Quran :

Yang bermaksud :

Dan kalau (Rasul) itu Kami jadikan malaikat, tentulah Kami jadikan Dia berupa seorang lelaki (supaya mereka dapat melihatnya), dan tentulah Kami (dengan Yang demikian) menyebabkan mereka kesamaran sebagaimana mereka sengaja membuat-buat kesamaran (tentang kebenaran Nabi Muhammad s.a.w).Surah Al-An'am ayat9

Jika ada kesalahan haraplah dikongsi ilmu dengan Al-Faqir yang serba kekurangan ini..

Abdul Hadi Ishak
Wallahu A'lam bissowaab
Jumaat 7/10/11 Muqattam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails