Isnin, 28 November 2011

Sepuluh Wasiat Imam Al-Banna

Salam sahabat semua.. Syahid Hassan Al-Banna adalah salah seorang Ulama dan mujaddid yang paling aku kagumi teringat kata-kata Syeikh Muhammad al-Ghazali terhadap Assyahid Hasan al-Banna:

"Melalui lidahnya, Al-Quran kembali segar. Ciri pewaris Nabi terpancar pada perwataknnya. Manusia yang unggul ini bngkit ibarat tembok kukuh menahan gelombang materialisme yang melanda. Bangkit bersama genersi baru yang cintakan Islam & berpegang teguh dengan Islam."

Bacalah — Renungilah — Kemudian Terus Beramal

(1) Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

(2) Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun. Amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.

(3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul; kerana Bahasa Arab yang betul (itu, adalah satu-satunya syiar Islam).

(4 Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan.

(5) Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang.

(6) Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh sungguh dalam setiap perkara.

(7) Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

(8) Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

(9) Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.


(10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.

Murabbi itu sangat susah dicari pada zaman ini.. melalui karya mereka kita dapat melihat luasnya ilmu dan pengamatan mereka untuk islam dan kebaikan umat.


Abdul Hadi Ishak
Wallahu A'lam bissowaab
Muqattam Cairo

Sabtu, 26 November 2011

Golongan yang gugur di jalan dakwah (nota)

Fasa Pertama ; Bukti Keguguran yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w.

(1)Tidak menyertai Perang Tabuk : 3 Sahabat dalam pantauan Kaab Bin Malik, Murarah Bin Ar-Rabi', Hilal Bin Umayyah.

(2)Masjid Dhirar : Dibina oleh golongan munafik diketuai Abdullah bin Ubay.

(3)Hatib Bin Abi Balta'ah : Pembocoran rahsia Kerajaan Islam mendedahkan rahsia penting perancangan Rasulullah membuka Makkah.

(4)Peristiwa ifki : Fitnah yang mengancam gerakan islam Fitnah yang dilemparkan golongan munafik kepada Saidatina 'Aisyah.

(5)Peristiwa Abi Lubabah : Kisah bahasa isyarat yang boleh mendatangkan bahaya Bani Quraizah mengkhianati perjanjian.

(Nota) Pengajaran:

1.Bersangka baik sesama Muslim

2.Jangan memberi mudharat kepada orang lain

3.Sentiasa berkata benar dan bersederhana

4.Jangan Menguatkan golongan munafiq

5.Jangan bertangguh-tangguh dalam melaksanakan sebarang arahan pimpinan

6.Sabar dalam taat melaksanakan perintah Allah

7.Jangan Memecah belahkan umat Islam

8.Istiqamah dan berpegang teguh dengan Islam dan berdakwah

9.Jangan Menyediakan persiapan untuk melawan Allah dan Rasul-Nya

10.Bersungguh-sungguh bertaubat, Allah sangat kasih sayang dan menerima taubat hamba-hambanya.dll..

Fasa kedua ; Sebab-sebab Keguguran

Pertama: Gerakan

-Kelemahan sudut tarbiyyah

-Tidak meletakkan seseorang di tempat yang sesuai

-Tidak membahagi-bahagikan kerja kepada ahli : lambakan kerja

-Tidak mengambil berat hal ahli: jika ahli tidak najah tak mengapa

-Tidak selesaikan permasalahan yang timbul dengan segera: lambakan kerja

-Pertikaian dalaman

-Pimpinan tidak layak

Kedua: Individu

-Tabiat tidak tetap : berubah-rubah

-Takut sesuatu berlaku ke atas diri dan pendapatan

-Melampau: syadid dan ta'assub

-Bermudah-mudahan dan ambil ringan: lemah

-Tertipu dengan kedudukan dan sikap menonjol diri

-Cemburukan orang lain : fitnah

Ketiga: Unsur luar

-Tekanan Ujian

-Tekanan Keluarga

-Tekanan Persekitaran: bermuka-muka

-Tekanan Luar: terlalu besar

(Nota)Pengajaran:

1.Elakkan dari sebab-sebab keguguran ini

2.Fikirkan yang lebih besar: tentang kemaslahatan umat islam

3.Gunakan sebagai panduan untuk menguatkan organisasi (dari terjebak)

4.Kepada pemimpin elok dibaca untuk menguatkan jati diri dan keyakinan dalam dakwah

5.Sentiasa muhasabah diri dan organisasi.

Ringkasan 'Al-Mutasaaqitun 'Ala Toriq Ad-Dakwah' Al-Ustaz Fathi Yakan

Oleh : Ibnu Ishak Al-Yani

Abdul Hadi Ishak
Wallahu A'lam bissowaab
Muqattam Cairo

Perihal Usrah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Perihal Usrah :

Landasan Maksud Usrah

“Orang-orang yang menyampaikan risalah Tuhannya (Allah) dan takut hanya kepadanya tidak kepada lainnya, cukuplah Allah sebagai Pengira segala Amal dan makhluknya.” ( Al-Ahzab:39)

Katakanlah! Hanya sebuah wasiatku kepadamu, Hanyalah, kamu akan menghadap kepada Allah berdua-dua dan sendiri-sendiri. Kemudian renungkanlah dalam-dalam. Tidak ada sifat gila pada sahabat kamu itu (Muhammad). ía hanyalah seorang pembawa peringatan buat kamu dihadapan adzab yang pedih. (Saba’:46)

Katakanlah! Upah yang kuharapkan dari kamu adalah buat kamu. Balasan jasa buatku terserah kepada Allah, kerana ia menyaksikan segala sesuatu. (Saba’:47)

Katakanlah! Sesungguhnya Tuhanku yang Maha mengetahui perkara ghaib mewahyukan kebenaran kepadaku. (Saba’:48)

Katakanlah! Telah datang kebenaran, dan kebathilan tidak bisa memulai sesuatu buat mengalahkan kebenaran dan tidak bisa mengembalikannya. (Saba’:49)

Katakanlah! Jika aku sesat, maka kesesatan itu buat diriku sendiri, dan jika aku terpimpin, maka itulah wahyu dan Tuhanku, sesungguhnya Ia Maha Mendengar, yang dekat. (Saba’:50)

Enam Pegangan Prinsip Fikrah

1. Agama hanya akan dapat dirasakan oleh orang yang menegakkan dalam dirinya.

2. Bahagia dan sa’adah hanya akan dirasakan oleh orang yang membela keyakinan, kebenaran dan keadilan.

3. Kemenangan dan kejayaan hakiki hanya akan diberikan kepada para pejuang yang rela berkorban, kuat menahankan penderitaan dan kepapaan.

4. Kesabaran dan ketahanan berjuang hanya akan diberikan kepada Mukmin yang mendekatkan dirinya kepada Allah s.w.t.

5. Tegaklah dengan keyakinan dan perjuangan, kerana makna dan guna hidup terletak pada keyakinan dan perjuangan.

6. Belajarlah menfanakan diri untuk kepentingan Cita dan Agama.

Hasan Al-Banna berkata pada enam pegangan ini :

“Inilah perutusanku kepada saudara-saudara para Mujahidin didalam “Ikhwan Muslimin” yang beriman kepada kemuliaan Dakwah mereka, beriman kepada kesucian Fikrah (Falsafah Hidup) mereka, dan bersungguh sungguh berazam hendak sehidup dan semati dengan Dakwah serta Fikrah mereka”.

Mengenai “Usrah” Hassan al-Banna

Tiga rukun tersebut ialah: (1) Berkenalan; (2) Bersefahaman; dan (3) Berseimbangan.

(1) Berkenalan; Saudara-saudara hendaklah berkenal kenalan serta berkasih sayang dengan semangat cinta kepada Agama Allah, dan hendaklah saudara-saudara menyedari serta memahami pengertian hakikat “ukhuwah” (persaudaraan) sejati di antara sesama saudara saudara sendiri. Saudara-saudara hendaklah berusaha bersungguh-sungguh supaya jangan ada apa pun juga yang boleh mengerohkan perhubungan “ukhuwah” itu.

(2) Bersefahaman; Saudara-saudara hendaklah selama-lamanya berpegang dengan “Kebenaran” iaitu dengan jalan mengerjakan apa-apa yang diperintah Allah dan merentikan apa-apa yang dilarangnya dan saudara-saudara juga hendaklah memeriksa diri sendiri dengan sehalus-halusnya samada saudara saudara benar taat kepada perintah Allah atau pun terlibat ke dalam anna kederhakaan. Jika diberi nasihat hendaklah berterima kasih atas nasihatnya itu. Orang yang memberi nasihat janganlah menganggap dirinya lebih mulia bahkan ia hendaklah memberi nasihat dengan cara tidak melahirkan terang-terangan akan kesilapan saudaranya itu kira-kira selama sebulan dengan tidak pun menceritakan segala kecacatan yang telah pun diperhatinya pada “Ketuanya” (Ketua Usrah). Ia hendaklah menceritakan hal itu kepada “Ketua Usrah” jika ia rasa tidak berdaya memperbaikinya. Dalam apa hal sekalipun, iaitu janganlah sekali-kali merasai tawar hati terhadap saudaranya yang “silap” tadi malah hendaklah ia tetap memberi kasih sayang.

(3) Berseimbangan; “Berseimbangan” atau (ta-kaa ful) ialah dasar memelihara nasib sesama sendiri supaya jangan ada orang yang terbiar atau terlantar; oleh itu saudara-saudara hendaklah mengamalkan dasar “takaful” ini dengan cara yang bersungguh-sunggul untuk bersama-sama menolong memikul bebanan sesama sendiri. Dasar “Bersaimbangan” atau “takaful” ini merupakan tunjang iman dan inti-sari “ukhuwah” sejati. Untuk mengamalkan rukun “Bersaimbangan” ini, saudara- saudara hendaklah sentiasa bertanya khabar sesama sendiri, ziarah menziarah, dan berganti ganti membuat kebajikan dengan jalan segera menolong di antara satu sama lain sedaya upaya.

Peringatan ! Selain dan itu, hendaklah tiap-tiap “ikhwan” itu benar-benar menghadiri pertemuan yang telah dijadualkan walau bagaimana uzur sekalipun, kemudian hendaklah ia segera menunaikan kewajipannya untuk “Tabung Usrah” atau (Sun-duu-qul-Usrah) iaitu cawangan “Usrah” yang ia sendiri menjadi ahlinya sehingga dengan demikian hendaknya janganlah sampai ada ahli yang tidak menunainya. Sebenarnya, apabila saudara dapat menunaikan kewajipan-kewajipan yang bersifat perseorangan, kemasyarakatan, dan kewangan seperti yang tertera tadi maka tidak syak lagi rukun-rukun “Usrah” kita ini akan terlaksana dengan jayanya. Akan tetapi, sebaliknya, jika saudara-saudara mencuaikannya maka segala rukun dan peraturan tersebut sudah tentu akan beransur-ansur mundur dan akhirnya terus mati; dan dengan matinya “Peraturan Usrah” yang baik ini akan rugilah gerakan “Dakwah” ini kita serugi-ruginya. Perlu ditegaskanbahawa gerakan “Dakwah” kita ini amatlah dikehendaki dan menjadi tempat harapan bagi umat Islam seluruhnya.

Pertemuan Mingguan ; Banyak juga di antara saudara-saudara “Ikhwan” kita bertanya: “Apakah yang hendak dibuat di dalam pertemuan-pertemuan kita tiap-tiap minggu selaku sebuah “Usrah” menurut susunan dan peraturan ini?” Perkara ini mudah sahaja; kerana alangkah banyaknya kewajipan kita sedangkan masa kita terlalu sedikit; oleh itu pertemuan-pertemuan mingguan kita hendaklah dipenuhkan dengan perkara-perkara yang berikut:

Perkara (1): Membentangkan Kesulitan: Tiap-tiap seorang “ikhwan” hendaklah membentangkan kesulitan-kesulitannya, kemudian saudara-saudara yang lain turut mengambil berat untuk tolong mengatasi kesulitan-kesulitan itu; dan ini hendaklah dilakukan di dalam suasana “ukhuwah” yang sejati dan dengan niat yang sebenar-benar ikhlas kerana Allah. Dengan demikian dapatlah diperkuatkan lagi asas “saling percaya mempercayai” seperti mana juga dapat diperkukuhkan tali hubungan “ukhuwah”. Rasul bersabda:Ertinya:

(Orang mu’min itu cermin bagi saudaranya).

Dengan demikian kita berharap semoga tercapailah sedikit sebanyak hikmat yang tersaji di dalam hadith Rasul yang Ertinya:

(Perbandingan orang-orang mukmin dalam erti kata kasih sayang mereka, dalam ertikata belas kasihan mereka sesame mereka, dan dalam erti kata timbang rasa simpati mereka adalah laksana badan yang satu; iaitu apabila mana-mana anggota mengadukan hal maka turut menanggunglah seluruh badan dengan berjaga malam dan merasai demam).

Perkara (2): Bermuzakarah: Hendaklah saudara bermuzakarah iaitu bertukar tukar fikiran mengenai urusan-urusan Islam; hendaklah menatap risalah-risalah arahan dan taklimat yang diedarkan oleh Pucuk Pimpinan kepada seluruh cawangan “Usrah”. Dalam satu-satu pertemuan “Usrah” janganlah ada sebarang pertengkaran atau bertikam lidah atau sikap menengking herdik kerana semuanya adalah dikira “haram” menurut Undang-undang Usrah. Muzakarah hendaklah merupakan penerangan dan penjelasan dengan tidak melanggar batas-batas sopan santun yang sempurna dan dengan cara harga-menghargai fikiran yang datang semua pihak yang mengambil bahagian di dalam muzakarah itu. Apabila hendak ditutup satu-satu perbincangan, atau hendak dibuat keputusan mengenai apa-apa cadangan, atau hendak di penjelasan lanjut mengenai cadangan yang sedang ditimbangkan itu, maka perkara itu hendaklah diserahkan kepada “Ketua Usrah” supaya beliau sempat terlebih dahulu mengemukakannya kepada “Pucuk Pimpinan”. Jangan dibuat keputusan mengenai sesuatu perkara dengan cara terburu-buru. Tuhan mencela umat-umat manusia yang bersikap terburu dengan firmanNya Ertinya:

(Dan apabila datang kepada mereka sesuatu perkara mengenai keamanan atau ketakutan maka mereka pun terus mencanangkannya.) Surah Annisa : 83

Setelah Tuhan mencela mereka yang berperangai begitu maka Tuhan tunjukkan pula apa-apa yang semestinya dilakukan apabila tersua dengan suasana seperti itu. Tuhan berfirman:Ertinya:

(Kalaulah mereka kembalikannya kepada Rasul dan kepada Pihak Berkuasa dan antara mereka sendirii nescaya orang-orang yang menimbangnya itu menge tahui hakikatnya.) Surah Annisa : 83

Perkara (3): Kajian Buku: Hendaklah saudara mengadakan suatu kajian yang berfaedah mengenai sesebuah kitab yang bermutu. Apabila sudah membuat kajian begitu, maka hendaklah saudara angkatan Ikhwan beralih pula untuk menjayakan erti “Ukhuwah” hatta dalam perkara-tunjuk “muka manis” sekalipun; dan alangkah banyaknya perkara-perkara yang berfaedah seperti itu yang mana tentulah tidak termuat oleh terlalu banyaknya di dalam kitab-kitab dan buku-buku. Perkara-perkara ini tentulah tidak dapat disedia sekali gus di dalam “Taklimat-Takimat” dalam perkara perkara seperti ini; iaitu seperti menziarah orang sakit; menolong orang yang berhajat walaupun dengan hanya sekadar kata-kata yang baik; mencari dan bertanyakan hal tentang saudara yang tidak kelihatan bersama-sama kumpulan; dan menanggung bebanan saudara-saudara yang terputus rezeki. Semuanya itu dapat menambahkan lagi tali “Ukhuwah” dan dapat melipatgandakan perasaan kasih sayang di dalam hati masing-masing.

Rencana Tambahan:

Untuk mengukuhkan ikatan persaudaraan di antara saudara-saudara “Ikhwan Muslimin”, maka mereka

sendiri hendaklah memandang mustahak perkara-perkara yang berikut: -

(1) Mengadakan perkelahan yang bercorak kebudayaan untuk melawat ke tempat-tempat yang bersejarah, gudang-gudang perusahaan, dan sebagainya.

(2) Mengadakan perkelahan riadhah pada tiap tiap bulan.

(3) Mengadakan perkelahan sungai berdayung sampan.

(4) Mengadakan perkelahan ke bukit-bukit, ke padang-padang pasir dan ke ladang-ladang.

(5) Mengadakan bermacam-macam perkelahan dengan mengguna basikal.

(6) Berpuasa seminggu sekali atau dua minggu sekali.

(7) Sembahyang Subuh berjama’ah di masjid Sekurang-kurangnya seminggu sekali.

(8) Berikhtiar seboleh-bolehnya bermalam beramai ramai seminggu sekali atau dua minggu sekali.

Ringkasan ‘Usrah dari kitab Majmu'ah Rasaail AsSyahid AlBanna' ms 389

Oleh : Ibnu Ishak Al-Yani


Abdul Hadi Ishak
Wallahu A'lam bissowaab
Muqattam Cairo

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails