Sabtu, 25 September 2010

Islam Dan Liberal (Dua Isu Terbesar)



Kesimpulan ulama muhaqqiqun kita menyatakan bahawa :

‘Akal kita merupakan asas kepada naqal’

; ini bermakna kita menegakkan naqal dari menggunakan asas akal, kerana jika kita amati dengan teliti maka akallah yang menyabitkan (menguatkan kepercayaan) kepada kita maka akan dua isu terbesar dalam agama ini…. !

Isu Pertama : isu kewujudan Allah subhanahu wa taala , ini kita katakan tak perlulah kita kemukakan dalil untuk menjelaskan sama ada dari wahyu ataupun naqal… kerana jika kita berhujjah dengan golongan maadi dan komunis tegar menceritakan tentang dalil naqli dan wahyu jika kita kata dengan membawa dalil Allah subhanahu wa taala berfirman dan Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda tidak boleh kerana mereka tidak mempercayai Allah subhanahu wa taala dan Nabi sallallahu alaihi wasallam ..

Sebab itu saya tegaskan disini ….

Tidak dapat tidak kita berbahas dengan mereka tentang isu ini dengan cara mendalami perbahasan dengan Akal, kita berikan kepada mereka dalil akan adanya Allah subhanahu wa taala dengan apa yang disokong sedia ada dalam Al-Quran sendiri,

kerana Al-Quran yang Mulia menyebutkan dalil-dalil Akal secara terang-terangan bagi menghadapi mereka dengan dalil wujudnya Allah subhanahu wa taala dalam perbincangannya mengenai golongan yang menyekutukan Allah subhanahu wa taala dan golongan yang tidak reti bersyukur ,

contohnya firman Allah subhanahu wa taala :


35. Apakah mereka diciptakan tanpa sesuatupun ataukah mereka yang menciptakan (diri mereka sendiri)?
36. Ataukah mereka Telah menciptakan langit dan bumi itu?; Sebenarnya mereka tidak meyakini (apa yang mereka katakan).
الطور 36-35

maka isu melibatkan wujudnya Allah subhanahu wa taala ini merupakan isu akal.. dan boleh dikatakan sebagai isu fitrah dalam kehidupan manusia..

غريزة فطرية و ضرورة عقلية

yang dikatakan sebagai naluri fitrah dan penting pada akal yang mana setiap yang berakal tidak dapat tidak pasti menyelami liku-liku naluri yang ditiupi persoalan dan kefahaman untuk membentuk keimanan.

Kita tidak mampu untuk menafsirkan setiap benda dan apa yang berlaku dalam kehidupan kita sama ada benda baru (moden) dan perundangan yang mengawal .

Apa sahaja yang terlintas di benak pemikiran kita jadikannya hujjah sebagaimana yang berlaku di zaman Nabi Allah Ibarahim alaihissalam seperti yang diceritakan dalam Al-Quran ang mulia :




76. Ketika malam Telah gelap, dia melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata: “Inilah Tuhanku”, tetapi tatkala bintang itu tenggelam dia berkata: “Saya tidak suka kepada yang tenggelam.”

77. Kemudian tatkala dia melihat bulan terbit dia berkata: “Inilah Tuhanku”. Tetapi setelah bulan itu terbenam, dia berkata: “Sesungguhnya jika Tuhanku tidak diberikan petunjuk kepadaku, Pastilah Aku termasuk orang yang sesat.”

78. Kemudian tatkala ia melihat matahari terbit, dia berkata: “Inilah Tuhanku, Ini yang lebih besar”. Maka tatkala matahari itu terbenam, dia berkata: “Hai kaumku, Sesungguhnya Aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan.
الأنعام 68-66

kita tidak katakan adanya Allah subhanahu wa taala sebagai pencipta menciptakan ciptaan dan mengatur segala urusan mentadbir undang-undang tertinggi kerana kita tidak tahu, dan sebab-sebab yang berlaku mesti ada pembuat , setiap pegerakkan mesti ada yang menggerakkan,

Sebagaimana perumpamaan yang dibicarakan oleh seorang arab badawi الأعرابdengan untanya dengan menyatakan :

العبرة تدل على البعير وأثر السير يدل على المسير ، فكيف بسماء ذات أبراج و أرض ذات فجاج و بحار ذات أمواج ؟
أ فلا يدل ذلك على العلى القدير


Kotoran unta menandakan mesti ada unta dan kesan tapak kaki menunjukkan mesti ada pejalan kaki, maka bagaimana dengan langit yang mempunyai bintang-bintang,bumi yang mempunyai tanah terbentang dan laut yang begelora apakah tidak menunjukkan kepada suatu kuasa yang tertinggi .

Oleh kerana yang demikian kita katakana disini Wujudnya Allah subhanahu wa taala dalilnya adalah Akal…

Perubahan alam ini
kejadian yang berlaku
siang dan malam
peredaran cakrawala
hidupan sekecil-kecil hingga sebesar-besar
binatang dan tumbuh-tumbuhan
hutan gunung-ganang hinggalah lembah sahara berpasiran
sepanas-panas cuaca dan sesejuknya
banjir, kemarau, bencana dan nikmat
utara, selatan, timur dan barat
apa lagi yang kamu fikirkan
jika bukan bahawasanya
ini semua ada pengaturnya !!
didalam ilmuNYA
Maha Pencipta dan Maha Pengatur segala sesuatu


Isu Kedua : Kenabian

Kemudian kita dapat lihat disana selepas dari isu penjelasan tentang tuhan yang bersifat kesempurnaan tuhan maha agung lagi maha tinggi yang menciptakan langit dan bumi, member rahmat kepada semua ciptaannya yang tidak pernah menciptakan sesuatu pun dengan sia-sia .. bahkan dialah yang mengutuskan rasul untuk memberi berita gembira dan peringatan pada manusia dari kalangan mereka..

Bagaimana kita nak mnyabitkan (mempercayai) wahyu dan realitinya dan wujudnya para rasul dan kita katakana pula : seorang lelaki ini ialah seorang rasul dan mendapat sokong dari Tuhan… ini merupakan isu Akal dan kita tidak boleh membenarkan wahyu dengan dirinya sendiri .. ini salah… dan kerana itulah tidak dapat tidak kita tegakkan dalil menyabitkan wahyu ini dengan akal.. maka thabitlah juga disana kenabian … risalah yang dibawa dan rasul-rasul yang telah diutus…

Bagaimana kita menyabitkannya?

Bagaimana kita menyabitkan kenabian Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam?

Kita thabitkannya dengan Akal..

Sebagaimana Ulama kita menyatakan :

دلائل المعجزة على صدق الرسول دلائل عقلية،
فالقران دلالته على محمد دلالة عقلية.

Dalil-dalil Mukjizat yang menunjukkan kebenaran Utusan Allah adalah dalil-dalil Akal,

maka Al-Quranlah juga merupakan dalil kepada Muhammad sallallahu alaihi wasallam adalah dalil-dalil Akal.

Tenyata Mukjizat dan Al-Quran itu merupakan dalil Akal kepada kebenaran Rasulullah . Mukjizat yang diberikan Allah pada nabi dizamannya bagi meyakinkan Risalah yang dibawa, dan Al-Quranlah Mukjizat yang paling agung dari baginda dikaji isi kandungannya di semua bidang ilmu sehingga hari ini…

Adakah yang lain selengkap biodatanya
sejarah ditulis setiap zaman
tidak pernah berhenti
dan terus dikaji hidupnya hingga kini,
Risalah yang dibawanya dengan
suruhan pertama iaitu membaca
yang membuka seluas-luasnya ilmu
dari fizik kimia biologi matematik sains
sastera sejarah
dari apa yang telah ditemui dan akan ditemui
tidak sama sekali bercanggah
menandakan kesesuaiannya setiap zaman
dan dunia telah pun membuktikannya
bahawa risalah itu bukan dari kalam manusia
kalam yang luar biasa
bukan jangkauan Akal menghukumnya dengan mudah
kerana dia dari pencipta lebih agung dari Akal ciptaanNYA

Inilah dua isu paling besar dibincangkan oleh golongan liberal ini terhadap agama Islam : Isu kewujudan Allah dan Isu Kenabian yang didatangkan dengan Akal yang mana Ulama kita menyatakan bahawa :

العقل أساس النقل
‘Akal merupakan asas kepada naqal’

catatan santai penting
Muhammad Abdul Hadi Ishak
manthiqah8,19'imaroh,syaqqah31
Mahatta Toob El-ramly Medina nasr
Cairo egypt nantikan selepas ini .. Al-quran Memuliakan Alkal

Selasa, 21 September 2010

Islam Dan Liberal (Isu Dan Prinsip)



Isu liberal ni selalu menjadi topik perbincangan yang hangat dikalangan cendiakawan islam abad ke 21 ni,dimesir ni pon ada golongan mufakkir yang terjerumus kearah pemikiran yang sebegini sebagai amalan dan hadaf kehidupan mereka .

Mereka terkesan dengan konsep yang dibawa oleh tokoh besar falsafah bukan islam, tak terkecuali juga tokoh falsafah Islam seperti Al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Al-Ghazali rahimahullah dan Al-Imam Abu Al-Walid Ibnu Rusd Al-Hafid rahimahullah. Mereka menggunakan pemikiran tokoh Islam tersebut bukan pada landasan yang disarankan kedua-dua tokoh itu tetapi lebih terjerumus kepada keterbukaan yang terlarang.

Kita bertanya apakah (kaitannya Islam dengan Akal) … sehingga lahirnya aliran-aliran pemikiran yang berpegang teguh dengan liberal mereka.. mempertahankannya dan menjadikan Akal sebagai penghukum dan tidak boleh menyangkal hukum yang mereka keluarkan !

Dari penilikkan pemikiran liberal ini adanya dua aliran yang lahir ditengah agama secara umum … dan Islam secara khusus :

- Aliran pertama : mereka yang menolak Agama secara total iaitu pemikiran Dimajoji dari masyarkat Greek kuno.. yang merosakkan akal dan menegakkan cerita karut…

- Aliran kedua : mereka berinteraksi dengan Agama akan tetapi menegaskan bahawa Akal sebagai Al-Hakam (memerintah) dan memecahkan Agama dari segenap sudut.. kerana apabila Nas bertentangan dengan Akal, Wajib menolak Nas dan mendahulukan Akal ! … sekalipun Nas itu dari Dalil-dalil yang Qate’i dan thabit.

Tak ubah seperti asap sampah
Kepulannya menyesakkan dada
Walau sumber dari kehendak kita,
Takkan basah apa pun
semuanya kering
dan akan hangus terbakar,
ya! Mustahil ada yang terselamat
aku percaya inilah yang aku percaya
percaya terus ikut percaya,
Kerana suka difahamkan dengan akal
Penghukum kekal hak mutlak
Tanpa ada pesaingnya
Tanpa dilintasi pembayang yang lain,
Alkhalil dicampakkan kedalam api
Tapi api tidak memberbekaskannya
Ohh!! Ini pon tak dikira,
mustahilkan,
kamu menolak nas stabit,
bagaimana burung yang terbang
bolehkah kamu lakukan
jika berat badan dan sayapnya
sama seperti burung
mampukah kamu terbang seperti burung,
baiklah berpindah kajian pada diri kamu..
cuba gerakkan lenganmu, ya.. boleh
cuba genggam dan buka jarimu, ya.. boleh
cuba buka dan tutup matamu, ya..boleh
cuba letak tangan didada dengar bunyi jantungkan? Ya,
cuba hentikannya .. bagaimana masihkah begitu !!

Kita perlulah membuka lembaran ini seluas-luasnya agar generasi Malaysia tidak dihambat perasaan tidak tahu yang trajis dan menyesatkan dan meletakkan isu ini dalan situasi yang dianggap remeh kerana tidak diberi perhatian dan diperjelaskan.

Disini ada beberapa soalan yang dilontarkan terhadap isu ini :

= Kita tanya pada mereka apakah hubungan islam dengan akal dan liberal ?

= Apakah perinsip-prinsip yang menjadi pegangan penyeru liberal ini terhadap agama ?

= Tentang skop mana yang dikatakan wajib akal ini dan ia berkuasa sekehendaknya tanpa binasa ?

Tak patut kita kita tinggalkan terbiar soalan tanpa jawapan tanpa mendefinasikan dengan dalil-dalil yang dilontarkan setiap kelompok bagi menegakkan hujjah membawa apa yang disokong kelompoknya dengan berbagai skop perbahasan di lingkungi tidak kira sama ada ada dari pengamatan sendiri dari falsafah atau lainnya .

Apakah yang dikehendaki dengan golongan liberal ni ?

Ya , orang islam lah yang menggunakan akal dibidangnya seluas-luasnya, mendisiplinkannya, memberi sekatan dan undang –undang agar sentiasa raleven dengan kondisi dan posisinya sebagai Akal yang digabungkan bersama Nas agar tidak lari dari tujuan Penciptanya.

BerSambung..


catatan santai penting
Muhammad Abdul Hadi Ishak
manthiqah8,19'imaroh,syaqqah31
Mahatta Toob El-ramly Medina nasr
Cairo egypt nantikan perbahasan Dua isu besar

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails