Senandung bicara
Segala puji bagi allah tuhan semesta alam. selawat dan salam pada junjungan keluarga dan sahabat dan pengikut kebenaran hingga hari kiamat.
Setelah itu,
Seluruh individu muslim akur pengorbanan umat islam setelah rebah dan jatuh menyusuri risalah islam yang dilakarkan oleh sejarah itu, sebenarnya memainkan peranan yang penting di dalam membina kembali keperibadian jatidiri ummah. jika kita membahaskan tentang pengorbanan ummah dengan teliti setelah rebah dan jatuh, kita akan dapati ianya terbentuk adalah kerana penghayatan atau kita sebutkan sebagai 'ruh' umat islam tipis didalam dada umat islam itu sendiri, ini membolehkaan golongan lain mengalahkan dengan mudah disebalik perancangan dan strategi yang jitu oleh pihak luar sebagai mana kalam Saidina Ali Karramallahu Wajhah maksudnya : kebenaran tanpa sistem akan dikalahkan dengan kebatilan bersistem. jelaslah bahawa kesedaran setiap individu muslim merupakan satu marhalah yang penting ke arah menguatkan kembali ummah dan ianya memerlukan penghayatan dan pengorbanan yang kuat.
kejatuhan tamadun islam
Setelah wafatnya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, maka tampuk pemerintahan umat islam diambil alih oleh khalifah arrasyidin dan corak ketamadunan dunia berubah mendadak kepada sinaran kegemilangan pebentukan manusia yang di mulakan asas prinsipnya ditanam oleh baginda sallallahu alaihi wasallam sebagai rahmat ke seluruh alam. kemudian transaksi ini diteruskan oleh kerajaan bani umayyah dan disambung oleh kerajaan bani abbasiah yang membawa tamadun islam ini sampai ke kemuncak, pada masa itu dunia islam mengalami kemajuan yang pesat dalam bidang ilmu islam lahirlah tokoh-tokoh cendekiawan besar islam seperti :
Imam abu hanifah lahir pada 80 hijrah dan wafat 150 hijrah
Imam malik bin anas lahir pada 95 hijrah dan wafat 179 hijrah
Imam Muhammad bin Idris assyafie lahir pada 150H dan wafat 204H
Imam ahmad bin muhammad alhanbali lahir pada 164H dan wafat 241H
Prasarana Yang Dilakukan
Usaha pemerintahan islam ketika itu ialah melahirkan madrasah-madrasah dengan begitu pesat antara salah satu usaha yang dilakukan mereka adalah menterjemah karya-karya yunani,parsi dan hindi ke bahasa arab. maka lahirlah cendekiawan islam pelpagai bidang pada masa itu seperti :
Alfazari dalam bidang astronomi yang terkenal dengan nama Al-faragnus,arrazi dan ibn sina dalam bidang kedoktoran, abu ali alhasan ibn alhaythami yang terkenal dengan nama alhazen dalam bidang optik, jabir bin hayyam terkenal dalam bidang kimia,muhammad ibn musa alkhawarizmi terkenal dengan matematik yang menciptakan ilmu aljebra, almas'udi dalam bidang sejarah dan juga ahli geografi, dalam bidang falsafah pula tokoh-tokoh terkenal seperti alfarabi, ibn sina dan ibnu rusd.
Di baghdad sebagai pusat kerajaan islam abbasiyyah khususnya terdapat bergedung-gedung karya yang dihasilkan oleh para ulama telah dibukukan. maka semasa tentera monggol yang diketuai oleh hulagu khan menakluk baghdad, ramai dikalangan ulama dan cendekiawan islam dibunuh. hasil karya mereka dibakar, dibuang ke dalam sungai dan dijadikan jambatan sehingga air sungai dajlah menjadi hitam. semua kemajuan yang dibangunkan oleh bani abbasiyah hilang dan lenyap.bermula dari saat dan ketika itu, bermulalah zaman kemunduran dan kejatuhan tamadun umat islam.
kejatuhan khalifah islam
Menyingkapi pemerintahan islam mengikut kalender islam mulai diasaskan oleh baginda nabi muhammad 1H hingga 11H setelah itu diambil alih oleh khalifah arrasyidin sehingga 54H disambung dengan pemerintahan kerajaan bani umayyah hingga 132H disambung lagi oleh kerajaan bani abbasiyyah sehingga 656H kemudian pemerintahan khalifah islam diteruskan oleh kerajaan turki usthmaniah bermula pada 699 hinggalah berakhir pada 1343H.
kita dapat merasai kedukaan dengan satu penyaksian peristiwa besar yang memadamkan dari dada nurani umat islam di seluruh dunia iaitu dengan keruntuhan dan kejatuhan khalifah yang diagungkan pada tanggal 2 mac 1924 .Selepas lebih 600 tahun memakmurkan tiga benua dengan Islam, khalifah usthmaniah akhirnya runtuh oleh pertemuan 1001 sebab yang membawa kepada kemusnahannya. Mustafa Kemal Pasha (yang kemudiannya dikenali sebagai Ataturk – Bapa Turki) telah membubarkan Khilafah secara rasmi di Ankara. Pada masa itu, seluruh dunia melahirkan tindak balas yang mengejutkan kerana pertama kali dalam sejarah kaum muslimin tidak mempunyai khalifah dan hidup tanpa pemerintahan dan ditambah lagi derita umat islam dengan menyaksikan gelombang perpecahan kaum muslimin.
Akibat perpecahan
ketika itu perpecahan berlaku kebanyakkannya berputar disekitar isu khilafiah mazhab yang mengakibatkan pertumbahan darah yang paling teruk dirakamkan antara tahun 1905 - 1910, perang saudara antara negara-negara,peniupan semangat perkauman yang buat oleh musuh, pemecahan negara-negara oleh pihak luar, penjajahan negara-negara eropah terhadap negara-negara islam.
malaysia dan khalifah ustmaniah
Malaysia yang dikenali sebagai kepulauan melayu ketika itu tidak terkecuali, apabila penjajahan memasuki tanah melayu. sebelum penjajahan, kita dapati adanya hubungan kuat antara khalifah ustmaniah dengan tanah melayu yang kita ertikan daulah ustmaniah sebagai simbol kepada penyatuan ummah. pada suasana politik ketika itu , kuasa dan pengaruh othmaniah terus bertambah. walau pun apa yang berlaku diturki pada ketika itu tidak memungkinkannya untuk berhadapan dengan kuasa penjajahan yang mencengkam masyarakat Muslim di Kepulauan Melayu.
Di Kepulauan Melayu sendiri, kesan Revolusi Ataturk lahir di dalam pelbagai bentuk mengikut bacaan masing-masing.Secara umumnya umat Islam di Malaysia melahirkan rasa simpati mereka terhadap pembubaran Daulah uthmaniah. Bahkan setiap peristiwa yang berturutan ketika itu mendapat perhatian dan simpati umum masyarakat seperti Perang Turki – Rusia pada tahun 1877, Turki – Greece pada tahun 1897, Perang Balkan, Kempen Itali di Libya, Perang Dunia Pertama dan sebagainya.
Perjuangan Kaum Tua
Kaum Tua yang terdiri dari kalangan ulama di Tanah Melayu menganggap Ataturk sebagai pengkhianat agama. Tetapi dari sudut yang lain, pemikiran dan ideologinya telah dimanfaatkan oleh segolongan yang lain di Alam Melayu. Ramai pemimpin Malaya dan Indonesia seperti Sukarno telah mengkaji gerakan Kemalisma dan dasar reformasi sekularnya lantas mencorakkan kegiatan politik mereka berdasarkan corak Mustafa Kemal Ataturk. Sepanjang tahun 1920an dan 30an, beberapa buah buku di Malaya telah diterbitkan khusus membicarakan tentang Revolusi Ataturk.
ini amat meruncingkan keadaan umat islam di tanah air kita, penentangan demi penentangan dilakukan contohnya lahir pejuang melawan penjajahan dari Negeri Pahang dengan Pahlawan Mat Kilau,Melaka dengan Dol Said, Sarawak dengan Rentap, Johor dengan Si Bongkok Tanjung Puteri, Negeri Sembilan dengan Pendekar Siamang Gagap.perak dato maharaja lela.terengganu dengan Tokku Paloh dan Kelantan dengan Tok Janggut.
Prinsip Tok Janggut
Sebagai mana sejarah tok janggut yang dilakarkan dalam sejarah setelah Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya perang dunia pertama pada Ogos 1914 yang mana British berperang dengan Turki Uthmaniyyah. Kerajaan Kelantan berada dalam keadaan tersepit akibat perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dan dipaksa menyatakan sokongan mereka kepada British dalam peperangan itu.
Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya. Penindasan menerusi kutipan cukai yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan penduduk Kelantan.
Kesan Kepada Malaysia
Walau bagaimanapun kita membaca kesan ini dengan kaca mata yang berbeza. Agak menyedihkan apabila fahaman sekular menutup pertimbangan kebanyakan umat Islam ketika itu. Gerakan menentang penjajahan kuasa luar tidak digerakkan secara sihat dan apa yang berlaku hanyalah kemusnahan roh Islam di kalangan umat Islam yang lupa kepada agamanya. Sebagaimana yang telah disebutkan sebentar tadi, Revolusi Ataturk telah membungakan semangat nasionalisma di kalangan orang Melayu – Turki.
Turutan daripada itu, pada tahun 1946, pengaruh ini telah mendorong kepada pembentukan sebuah ‘parti sekular dan progresif’ yang bersifat ala-Turki iaitu UMNO di bawah kepimpinan Dato’ Onn yang juga berketurunan Turki(Lihat Milner, A.C. (1986) m.s 124 - 127 ).Peranan yang dimainkan oleh kepimpinan Dato’ Onn di dalam gerakan nasionalisma Malaya telah membuka satu lagi lembaran baru kepada hubungan Melayu – Turki. Seperti yang kita sedia maklum, Sultan-sultan di Tanah Melayu mempunyai hubungan yang tersendiri dengan khilafah usthmaniah. Akan tetapi, pertalian yang ditunjukkan oleh gerakan nasionalisma Malaya lebih menonjol dan meninggalkan kesan hingga ke hari ini.
Pertembungan Dua Agenda
Setelah kejatuhan khalifah, umat islam diserapkan dengan pelbagai pemikiran yang bukan dari islam. golongan eropah telah melancarkan serangan dengan pelbagai stategi secara habis-habisan untuk mengkedepankan agenda mereka dan Ancaman utama yang dihadapi ialah pemindahan budaya daripada Barat,sekularisme, budaya hedonisme, Islam liberal, pluralisme dan lain-lain lagi.
mereka berusaha memasukkan pemikiran ini dalam dada umat islam dan kita lihat Sekularisme sebagaimana yang kita tahu ianya merupakan konsep untuk memisahkan manusia dengan agama kita lihat hari ini telah berjaya.kita perlu menghadapi agenda humanisme ianya merupakan satu agenda yang berasal dari Eropah. Ia mula berkembang pada zaman Renaissance pada abad ke-15 dan 16 Masihi -Harun Yahya-. dengan terlaksana agenda ini maka Baratlahyang sedang menguasai dunia hingga ke hari ini.
Agenda Barat
agenda barat berdasarkan kepada ideologi HUMANISME atau MATERIALISME yang mana meletakkan kehendak manusia sebagai matlamat dan pusat kehidupan antaranya ialah 1.Masonary 2.Liberalisme 3.Demokrasi 4.Kapitalisme : Riba dan monopoli menjadi asas yang tidak boleh ditolak oleh dunia 5.Sosialisme 6.Pluralisasi 7.Globalisasi : Ia membawa maksud dunia tanpa sempadan,Globalisasi telah mencabul kedaulatan sesebuah negara dan bangsa baik dari segi bahasa,budaya, undang-undang, tanah air dan agamanya. (Ghazali 1998). Bukan itu sahaja, globalisasi mengakibatkan masyarakat Islam hanyut dalam kehendak diri 8.Sekularisme 9.Saintisme 10.Pragmatisme.
Menghidupkan Kembali Ruh Yang Hilang
jika dinilai atas nurani jiwa pada pembawakan kita dapati bahawa adanya Perbezaan antara perasaan yang dibawa oleh Islam dengan perasaan yang dibawa oleh Barat ialah perasaan seorang Muslim tinggi sehingga bersambung dengan Allah s.w.t. sedangkan perasaan orang lain setakat percakapan sahaja. Dari aspek yang lain Islam menetapkan tujuan daripada penciptaan perasaan ini dan mengikatnya dengan batasan, bukan sekadar menerangkan bahawa ia bukan asobiah bangsa atau kebanggaan palsu sebaliknya memimpin dunia ke arah kebaikan dan jauh merentasi kehidupan selepas kematian.
oleh kerana itu peranan setiap jiwa muslim perlu mencari kembali intipati agama Islam, dengan satu formula, bagaimana dengan formula tersebut kita dapat mengembalikan kehidupan kepada jasad ummah yang sedang lumpuh. oleh itu Sesungguhnya perkara pertama yang perlu ditujui pendakwah ialah mentarbiah jiwa, memperbaharui ruh, memperkuatkan akhlak, membangunkan al-rujulah (kejantanan) yang betul pada diri umat. Mereka menganggap ia adalah asas pertama kepada kebangkitan mana-mana umat dan bangsa. Mereka perlulah membentangkan semua wasilah dan jalan untuk sampai kepadanya, mereka tidak boleh temui jalan yang paling hampir dengan mudah dan berkesan selain dari fikrah agama dan berpegang dengan prinsip-prinsipnya.
Masyarakat kita berhadapan dengan krisis ekonomi dan sosial.para pemimpin bangsa Timur pula menyimpang daripada Islam dan memilih untuk meniru Barat ialah hasil kajian yang dibuat oleh pemimpin mereka terhadap kemajuan Barat dan menganggap ianya sebagai kemajuan yang hakiki. Masalah ini berpunca daripada kepincangan akhlak, kehilangan role-model, mengutamakan kepentingan peribadi lebih daripada kepentingan umum, takut untuk berhadapan dengan kenyataandan tidak mahu memikul tanggungjawab. Bagi mengatasi masalah ini, para pendakwah perlu menggesa agar diri supaya kerosakan itu perlu dirawat dan berusaha membetulkan akhlak masyarakat.
Agenda Islam
oleh kerana itu kita perlulah mempunyai Model addin Islam yang Syumul 1. Akidah dan ibadat 2.Akhlak dan kekuatan 3.Jihad dan dakwah 4.Pendapatan dan kekayaan5.Ilmu dan kehakiman6.Rahmat dan keadilan 7.Pengetahuan dan undang-undang8.Tentera dan gagasan9.Benda dan harta 10.Negara dan tanah air 11.Kerajaan dan rakyat
kerana kita dapati bahawa : 'Ad-Din menghidupkan hati, membangkitkan perasaan. Ad-Din mengumpulkan nilai-nilai tinggi dan mulia. Ad-Din menyeru kepada pengorbanan demi kebenaran dan bermatian dalam memberi petunjuk kepada manusia. Ad-Din membeli dari seseorang habuan dunia dan kebendaan dengan kebahagian yang memenuhi hati dan jiwanya. Ad-Din dengan kesuciannya mengangkat seseorang menjadi lebih tinggi mengatasi semua jiwa, segala kepala dan bersih dari kepura-puraan dan ikut-ikut, lalu dengan itu ia menyatukan hati-hati. Ad-Din mengangkat kesetiaan sehingga ke peringkat mati syahid. Ad-Din adalah tempat bertemu segala idea yang benar, segala cabang harapan dan simbol aspirasi individu, masyarakat, bangsa dan dunia” (Hal Nahnu Qaumun Amaliyyun: 95).
Oleh itu perasaan ketuanan ini yang ada pada diri generasi awal Islam membawa kepada kemuncak keadilan dan kerahmatan. Padahal konsep ketuanan bangsa Barat tidak tertentu tujuannya selain asobiah yang palsu.Ini zaman multiracial dan kesamarataan mutlak, oleh itu kita tidak bolehbercakap atas nama Melayu. Lebih malang lagi ada juga yang cuba mengatakan bahawa jika di laksanakan perundangan islam maka umat islam akan mundur. oleh itu kita tegaskan bahawa Orang islam hanya ada dua pilihan; samada bangkit bersatu atas agenda sendiri atau terus berpecah dengan menlaksanakan agenda orang lain.
islam dan bangsa
Kita tahu allah menjadikan umat yang berbangsa-bangsa ini adalah untuk manusia itu saling kenal antara satu sama lain. dan disana kita dapati adanya kepentingan bangsa itu sendiri tentang keWujudan ini. untuk melahirkan satu bangsa yang kuat perlu ada pada satu bangsa yang kuat itu iaitu beriman dengan risalahnya dan ia merupakan langkah utama ke arah penegakan agenda Islam secara menyeluruh.
sejarah menunjukkan bahawa kuasa-kuasa islam ditunjangi oleh sebuah bangsa yang kuat pegangannya Tanpa bangsa yang kuat yang mendokong risalah Islam, agenda umat tidak mungkin akan dapat ditegakkan. pengajaran yang kita dapati apabila islam lemah adalah kerana bangsa itu sendiri yang lemah sejarah membuktikan bahawa :
Islam lemah di tanah Arab kerana Arab lemah.
Islam lemah di Turki kerana bangsa Turki lemah.
Islam lemah di tanah Melayu kerana Melayu lemah.
Dan begitulah seterusnya...
Islam kuat dengan penganut yang kuat
Sebelum kebangkitan Nabi Mohamad s.a.w. Allah s.w.t. telah memilih Bani Israel
sebagai kaum yang membawa risalah Islam. Kemudian Arab menjadi lemah, kepimpinan Islam beralih kepadabangsa Turki/Saljuk. kita tahu bahawa Bangsa Melayu pernah memimpin Islam di rantau ini selama 200 tahun sehingga merekadikalahkan oleh penjajah Portugis dan menerima untuk bernaung di bawah kuasa penjajah Barat.
Surah Muhammad: 38
(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian - kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.
Imam Hasan Rahimahullah menjelaskan pendirian terhadap nilai kebangsaan. Beliau membahagikan perkauman kepada beberapa jenis.
1. Perkauman yang berbangga dengan kehebatan dan keagungan datuk nenek
2. Perkauman umat yang setiap orang mengutamakan keluarga dan umatnya dalamkebajikan dan kebaikannya dan lebih berhak terhadap jihad dan ihsannya,
3. Perkauman tanzimi (organisasi) di mana semua orang merasai tanggunjawab
untuk beramal dan berjihad, maka setiap jamaah berjuang melaksanakan matlamat
bagi pihaknya sehingga Insya Allah kita bertemu di medan kemenangan, maka itu
adalah sebaik-baik semangat kebangsaan (qaumiyyah).
Ada pun qaumiyah yang menghidupkan nilai jahiliah, menghidupkan upacara-upacara yang dah lapuk atau luput, dan qaumiyyah yang menyalakan api permusuhan, satu kaum memandang rendah kepada kaum yang lain, maka itu konsep yang tercela dan tiada kebaikan untuk manusia (Dakwatuna: 138-139).
Ibn khaldun (1406) dalam Muqadimahnya menamakan tajuk untuk fasal ke-6 sebagai Dakwah agama tanpa asobiah tidak sempurna. Beliau berhujah dengan sebuah hadis sahih yang bermaksud Allah s.w.t tidak membangkitkan seorang nabi kecuali didokong oleh kaumnya.
Menurut beliau lagi, jika ini keadaan para Nabi a.s. yang merupakan manusia yang mendapat kedudukan khusus di sisi Allah s.w.t, maka lebih-lebih lagilah kita orang biasa. Dalam hadis yang bermaksud, “Barang siapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangan, jika ia tidak mampu maka dengan lisan dan jika ia tidak mampu maka dengan hatinya”. Menurut Ibn Khaldun : Nabi s.a.w mengaitkan mengubah kemungkaran dengan kemampuan. Oleh itu, untuk mengubah kerajaan yang kukuh tidak mungkin berlaku kecuali dengan satu tuntutan yang kuat yang dilindungi oleh asobiah (Mukaddimah 105).
Asobiah diterjemahkan kepada kekuatan untuk memaksa kehendak. Menurut Imam al-Juwaini dalam Ghiyathul Umam, mandat semata-mata tidak cukup untuk memberi keabsahan kepada kepimpinan Islam tanpa disokong oleh kekuatan.
Ibn Khaldun mentafsirkan syarat keturunan Quraisy pada seorang imam yang sah sebagai asobiah. Hukum syara’ seluruhnya mesti mengandungi maqasid dan hikmah, Kami mengkaji apakah hikmah disebalik pensyaratan keturunan Quraisy. Setelah memeriksa kaedah sabru wa taqsim segala andaian kami mendapati tiada maksud lain kecuali perkiraan asobiah yang dengan itu wujudnya dokongan dan perlindungan (Mukaddimah 195). Oleh itu kami syaratkan atas mereka yang menjalankan urusan muslimin, hendaklah daripada kaum yang memiliki asobiah yang kuat dan dominan (Mukaddimah: 197)
jika kita membuka mata pada sejarah maka kita akan mengenali bahawasanya Sejarah menunjukkan mana-mana bangsa di dunia berjuang demi pempertahankan;
1- Hak mereka untuk wujud (ithbat zati)
2- Hak mereka untuk survival (tahqiq zati)
3- Hak mereka untuk membuat keputusan terhadap masa depan
Bangsa yang merdeka memiliki hak-hak asasi ini tanpa boleh diganggu gugat atau di ancam oleh orang lain. Inilah juga tujuan yang dikehendaki oleh Islam. Kita menjadi bangsa yang memiliki kebebasan kehendak yang dapat melaksanakan tujuan hidupnyasebagai seorang Muslim.
jelaslah bahawa jika islam menjadi matlamat maka sesuatu bangsa akan menjadi kuat. generasi islam perlu Bersatu atas satu agenda yang berlunaskan islam dan Mebawa agenda Islam itu menyusuri umatnya secara menyeluruh bagi mendidik manusia.
Kesedaran Dan Pengorbanan
Kita harus memiliki keazaman untuk berkorban samada harta mahupun jiwa di jalan Allah. Dia juga mendatangani kontrak perjanjian yang menguntungkan dan Allah berfirman :
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. “
(At-Taubah :111)
Hari ini semua manusia menyaksikan bagaimana rakyat Palestin sanggup mengorbankan anakanak, suami-suami, isteri-isteri dan saudara mara mereka untuk mempertahankan masjid Al-Aqsa dan bumimereka dari dirampas oleh bangsa yahudi dan sekutu-sekutunya.umat Islam di sana mengikut jejak langkah Khalid alwalid, Salahudin alayyubi, Tariq bin ziad dan ramai lagi tokoh yang berkorban seluruh keringat dan tenaga untuk berjuang di jalan Allah.
Sedangkan kita di negara ini hanya perlu pengorbanan dari sudut tenaga (fizikal dan intelektual), masa, material (wang). Berhati-hatilah dari menyerupai orang-orang yang melaungkan slogan-slogan palsu, dakwaan-dakwaan kosong dan suka berangan-angan. Renugilah satu syair Arab “Jangan kamu menjadi hamba angan-angan. Sesungguhnya angan-angan itu adalah modal orang yang muflis.”
kesedaran Islam !
kita boleh katakan sejarah akan berulang kembali kegemilangan akan menyinari jika semua rijal-rijalnya memainkan peranan. untuk menyingkapi pandangan sejarah telah membuktikan bahawa keutuhan seluruh ummat adalah bermula dari satu peringkat kelemahan. Mereka yang melihat kepada kesatuan ini. mengkhayalkan bahawa pencapaian matlamat dari kesatuan ini adalah suatu perkara yang mustahil. Tetapi di samping khayalan ini sejarah telah membuktikan bahawa kesabaran dan ketabahan hati telah dapat menyampaikan kesatuan yang lemah pergerakannya dan sedikit wasilahnya kepada mendekati kemuncak yang diharapkan oleh pejuang-pejuang kesatuan ini dengan beroleh taufiq dan kejayaan.
Pengorbanan Generasi Ulama
pengobanan ulama amat penting bagi meneruskan jenerasi yang berilmu untuk membangunkan ummah Imam al Qarrafi menyatakan bahwa ulama itu seperti doktor ia akan menyembuhkan penyakit yang paling membahayakan keselamatan jiwa, sebelum penyakit yang ringan-ringan yang lain. peranan ulama sangat penting dalam Pembentukan kesatuan ummat, pendidikan sesuatu bangsa, pencapaian cita-cita juga pendokongan perinsip islam sangatmemerlukan kekuatan jiwa yang besar dari kajian ulama yang iklas, para pemikir dan kefahaman pemuda dari sesuatu urnmat atau bangsa yang ingin mencapai cita-citanya.
Jiwa Yang Perlu Diperbaharui
1.Kekuatan jiwa yang terjelma dalam iradah yang kuat tidak mengenal lemah dapat menangkis anasir-anasir luar dari masuk mempengaruhi kesucian pegangan islam.
2.kesetiaan yang kompak, tidak mudah terpengaruh dan tidak mengenal uzur untuk melakukan pengorbanan.
3. pengorbanan yang tinggi tidak dihalang oleh perasaan tamak, mengenal, mengimani dan memandang tinggi prinsip yang dipegangnya hingga dengan itu kita akan dapat memeliharanya dari tersalah atau menyeleweng.
4.mengawasi diri dari bertolak ansur atau terpedaya dengan prinsip-prinsip yang lain.
Di atas rukun-rukun asasi yang menjadi ciri-ciri khusus kepada jiwa dan di atas kekuatan ruh yang tinggi inilah sahaja prinsip dapat dibina, ummat yang membangun dapat dididik, bangsa-bangsa baru dapat dibentuk dan mereka yang telah disekat untuk hidup akan menemui satu penghidupan baru.
Bangsa yang kehilangan keempat-empat sifat ini atau paling kurang bangsa yang kehilangan pemimpin dan penda'wah yang dapat membawa islah adalah satu bangsa yang tidak keruan, miskin dan tidak akan mencapai kebaikan serta cita-cita mereka,
"Sesungguhnya perasangka itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran”.
Penutup
Saudaraku se-aqidah Mari kita mulai berfikir tentang umat dan masa depan Islam. kita perlu pengorbanan dari jiwa-jiwa generasi Islam dengan Dakwah.sejarah mengajar kita jatuh bangunnya islam dengan jiwa-jiwa yang mempunyai ruh dan kesedaran yang tinggi seruan ini untuk seluruhnya tanpa kecuali mari kita berjalan bersama, duduk bersama, membicarakan hal-hal yang diperlukan oleh ummah. Dakwah profesi harus mulai kita pelajari hari ini, karena memang itulah dunia yang sebenarnya hakikat dan realiti. Dimana islam harus membuktikan dirinya untuk menjadi rahmatin lil ‘alamin dipraktikkan pada seluruh sudut kehidupan.
Saudaraku, Ibnu Umar pernah marah kepada pemuda yang bertanya apa hukum membunuh lalat, padahal di negeri pemuda itu Husein cucu nabi dipenggal kepalanya? Artinya, ada masalah besar di depan pemuda itu justru tidak ditanyakan, sementara lalat dibunuh malah ditanya. Wajar Ibnu Umar marah.kita perlu peka dengan keadaan semasa dan perlu tolak ansur sesama kita sebagaimana Jika dinilai pada umat islam sekarang khususnya di Malaysia,kita sangat memerlukan rajulun mutamayyizun yang berilmu dan faqih dengan reality semasa. tidak tasarru’ fil fatwa dan beraklak tolerensi jika ada khilaf yang berlaku.
Disana ada satu qaedah yang dikenali dengan nama (Qaedah AlManaar AzZahabiyyah) yang diungkapkan oleh AsSayyid Rasyid Ridha rahimahullah, merupakan mesej yang amat penting bagi menerajui kesatuan islam ini iaitu ;
"نتعاون فيما اتفقنا عليه ويعذر بعضنا بعضا فيما اختلفنا فيه"
“Bekerjasama pada perkara yang disepakati dan menjauhi antara satu sama lain terhadap perbezaan yang berlaku”
Ini merupakan perkara yang wajib menjadi syiar setiap amilin islam masa kini dan akan datang. moga peranan yang dilakukan setiap generasi islam menyinari zaman.
abdul hadi ishak
siap : 4.46pm hari ahad 14.11.2010
Catatan : Ini merupakan edaran pada tazkirah subuh surau rumah kedah 2 asyier pada 15.11.2010. 9 zulhijjah 1431. Program Qiamullail dan Sahur Jamae ahli kedah sempena Hari Raya Qurban 1431H.
kritikkan sendiri : banyak sangat kelemahan bahasa penulis yang perlu penulis belajar lagi.
bagi yang tau kesalan tang mana tu : pakat gelak je lah penulis sengaja membiarkan pada teksnya yang asal supaya ada yang mengkritik.
terim kasih : semua yang hadir terikasih terutama ketua badan dakwah ustaz syahir yang sudi menjemput. YDP ustaz zubair exco mkkk dan sahabat-sahabat yang ada pada pagi itu.
Rujukan
1. Al-quran Al-karim
2. Hubungan Alam Melayu – Turki Merentasi Sejarah ustaz hasrizal
3. كيف ندعو الناس ustaz hasan
4.Pertembungan Dua Agenda Rusydi Alias2 & Nor Saleha Mohd. Salleh
5.dakwatuna ustaz hasan
6.khalifah-khalifah yang benar. abdul latip talib
8.harakah islam malaysia. ustaz nuri amin
7.muzakaraat sultan abdul hamid atthani Surat Sultan Abdul-Hamid ke2 Untuk Syeikh Tarekat Darqawi ShaziliNya Syeikh Muhammad Efendi Abu Shamat.oleh muhammad harb.
8.كيف سقطت الدولة العثمانية ustaz sulaiman soleh
10.tokoh-tokoh islam yang terkemuka. said abdul hadi
11. sejarah keagungan kerajaan islam. mokhtar syafei
12.Mukaddimah Ibn Khaldun
Wallhu a'lam bissowaab
Muhammad Abdul Hadi Ishak
manthiqah8,19'imaroh,syaqqah31
Mahatta Toob El-ramly Medina nasr
Tiada ulasan:
Catat Ulasan