Selasa, 13 April 2010

Kesan Al-Imam Yusuf Al-Qaradhawi terhadap Pergerakkan Islam Al-Ikhwan dan Al-Jamaah




Pergerakkan Islam
Kesan Al-Imam Yusuf Al-Qaradhawi terhadap Pergerakkan Islam Al-Ikhwan dan Al-Jamaah Al-Islamiah di Mesir

بسم الله الرحمن الرحيم
Senandung bicara,
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam.Selawat dan salam keatas penghulu pejuang Risalah Allah dan Imam para Rasul Muhammad Ibnu Abdullah , kepada seluruh ahli keluarganya yang suci, para sahabatnya yang Adil dalam menyebarkan kebenaran , para ulama al-amilin dan seluruh pengikut mereka sehingga hari pehitungan.
Dewasa ini dunia sering memperkatakan tentang kebangkitan islam dan pergerakkan islam selepas beberapa kejadian yang menggemparkan dunia berlaku.Dan kita dapat menyaksikan para pemikir hebat, artis terkenal dan masyarakat dunia seluruhnya tergerak untuk mengkaji apa itu islam dan akhirnya bersama dengan islam.Ini membuktikan pentingnya memperlengkapkan harakah islamiah dalam usaha dakwah berterusan agar sohwah islamiyyah dan khilafah islam itu kembali tertegak.Risalah ini adalah ringkasan dari 47 muka surat yang dibahaskan oleh Syiekh Akram Kassab tentang Kesan Al-Imam Yusuf Al-Qaradhawi terhadap Pergerakkan Islam Al-Ikhwan dan Al-Jamaah Al-Islamiah di Mesir pada persidangan Al-Imam Al-Qaradhawi bersama para pelajar dan sahabatnya yang dibuat di Doha Qatar tahun 2007 yang lalu.Moga kertas kerja ini memberi sinar baru dalam cahaya Wasatiyyah yang semakin berkilauan tika ini.
Warna definasi

ط Kebangkitan -Bahasa : Bangun /Sedar.Kebangkitan -Istilah : Kebangkitan umat selepas kehilangannya iaitu hadirnya masyarakat umat islam berusaha untuk melenyapkan kegelapan dan berperanan membina tamadun untuk mentadbir bumi Allah ini.
ط Tak’rif Pergerakkan Islam : Kumpulan yang menyeru agar sistem masyarakat keseluruhannya kembali kepada Islam dari sudut perundangan dan semua aspek kehidupan.
ط Sebab-sebab lahirnya Kebangkitan Islam : Ada 4 faktor Utama= 1)Faktor Agama. 2)Faktor Ekonomi. 3) Faktor Politik. 4) Faktor gabungan dari apa yang disebutkan.
Al-Imam Yusuf Al-Qaradhawi dalam menjana pergerakkan dan kebangkitan.
-Menyumbang pemikiran dalam penulisan buku , artikel,syair dan lain-lain lagi.
-Mengadakan muhadharoh dan dialog bagi memudahkan pemahaman dan penjelasan.
Kesan Al-Imam Yusuf Al-Qaradhawi kepada Gerakkan Islam .
-Memberi kesan yang kuat kepada Gerakkan Islam dengan penulisan.
-Kata-katanya dijadikan sumber kekuatan.
-Keberanian dan Ketegasan dicontohi dalam menyampaikan kebenaran.
-Syair-syairnya menjadi perkara yang sentiasa didendangkan di kem pemuda-pemudi Gerakkan Islam.

Sebab-sebab tersebarnya permikiran Al-Imam Yusuf Al-Qaradhawi dan mendokong pembawakkannya.
-Melalui buku-buku dan yang dikatakan antara buku agama terlaris .
-Dijemput ke program tv untuk memberikan pendapat dan menjelaskan isu.
-forum , muktamar dan dialog
-menjadi anggota almajaamik alfiqhiyyah wal alamiyyah..
-Menjadi anggota majlis kebanyakkan kuliah-kuliah dan universiti-universiti Islam seluruh dunia.
-memghidupkan konsep taiysir dalam Fatwa dan tabsyiir pada dakwah.
-Menyertai Al-Ikhwan Al-Muslimun yang tersebar kepada lebih dari 70 buah Negara dan menjadikan bukunya asas rujukan.
-Tidak melupakan perhubungan medan dakwah moden diinternet dan sebab-sebab yang lain lagi.

Ianya menunjukkan kesungguhan Al-Imam Yusuf Al-Qaradhawi sendiri dalam menyebarkan islam. Buktinya Negara-negara arab , seluruh dunia sama ada ditimur mahupun yang dibarat mengkagumi dan meminta pandangan dan buah fikiran beliau.

Al-Ikhwan Al-Muslimun
Pengenalan Al-Ikhwan Al-Muslimun.Permulaan penubuhan jamaah Al-Ikhwan Al-Muslimun pada tahun 1928.Pengasasnya ialah Al-Imam As-Syahid Hasan Al-Banna.Wujud jamaah ini selepas kejatuhan khilafah islam diTurki pada tahun 1924 apabila melihat umat islam lemah dan ditindas.

v Al-Imam Yusuf Al-Qaradhawi dan Al-Ikhwan Al-Muslimun.
Al-Imam Yusuf Al-Qaradhawi menyertai pergerakkan islam Al-Ikhwan Al-Muslimun Ketika itu masih muda dan bergerak sebagai kader jema’ah.Peringkat mengenali Al-Ikhwan Al-Muslimun ialah semasa beliau berada di Maahad Al-Azhar tanta.dan Serius dalam menggerakkan kumpulan tersebut pada tahun ke 4 maahad walaupun mengenali pergerakkan Al-Ikhwan Al-Muslimun sebelum itu lagi.

v Perhubungan Al-Imam Yusuf Al-Qaradhawi dan Al-Ikhwan Al-Muslimun.
-Memberi teguran dan kritikkan membina ,dan Kesungguhan Al-Imam Yusuf Al-Qaradhawi ini sentiasa memberi semangat pada penggerak Al-Ikhwan Al-Muslimun.
-Pernah dipelawa menjadi mursyidul ‘am untuk Al-Ikhwan Al-Muslimun dan ini jawabannya: ”Sesungguhnya saya hendak menjadi mursyid kepada semua manusia dan orang Islam keseluruhannya bukan hanya pada satu kelompok sahaja dari kalangan mereka”.
v Al-Imam Yusuf Al-Qaradhawi mengambil istifadah dan terkesan dengan mereka.
Masyiekh Al-Ikhwan Al-Muslimun : As-Syiekh Al-Baha Al-Khuli . As-Syiekh Sayyid Saabiq . As-Syiekh Muhammad Al-Ghazali .Al-Imam As-Syahid Hasan Al-Banna .
v Faedah Al-Imam Yusuf Al-Qaradhawi kepada Al-Ikhwan Al-Muslimun.
1.Membuka percambahan pemikiran dikalangan anggota Al-Ikhwan Al-Muslimun.
2.Menzahirkan keebaikkan jama’ah dan mengkaji sesuatu dengan kesannya.
3.Menilai dan mengkaji kembali terhadap peristiwa-peristiwa yg menimpa Jamaah.

v Tiga individu penggerak Al-Ikhwan Al-Muslimun terhebat.
1.Al-Imam As-Syahid Hasan Al-Banna.
2.As-Syiekh Al-Qutb.
3.Al-Imam Yusuf Al-Qaradhawi.
Al-Imam Yusuf Al-Qaradhawi
1)Menyerapkan pemikiran kepentingan parti politik dalam gerak kerja Al-Ikhwan Al-Muslimin 2)Penglibatan wanita dalam Majlis Tertinggi.

AL-JAMAAH AL-ISLAMIYYAH
Pengenalan Al-Jamaah Al-Islamiyyah .Kemunculannya pada zaman 70an .Orang yang bertanggungjawab dengan jamaah ini ialah As-Syiekh Umar AbdulRahman.
Diawal penubuhan Al-Jamaah Al-Islamiyyah Terkenal dengan kekuatan dan keganasan dalam misi dakwah mereka.mencegah kemungkaran dengan tangan (kuasa) aspek paling ditekankan dalam Jamaah.jihad merupakan perkara utama pada mereka .
ط Al-Jamaah Al-Islamiyyah dan pendapat Al-Imam Yusuf Al-Qaradhawi
Al-Jamaah Al-Islamiyyah melalui pemikiran Al-Imam Yusuf Al-Qaradhawi ada dua marhalah:
Marhalah pertama Menyimpang dan Membahayakan: Al-Jamaah Al-Islamiyyah mengikut sahaja pandangan yang dilontarkan oleh syiekh mereka dan ada dikalangan mereka yag membid’ahkan dan menyesatkan orang lain dan ada juga yang menfasikkan dan mengkafirkan orang lain.
Marhalah kedua Mengkagumkan dan Menerima pandangan:Pada pertengahan 90an berlaku perubahan terhadap jamaah daripada bersikap ghulu dan bahaya kepada wasatiyyah dan seimbang. Daripada ganas dan syadid kepada kasih sayang dan tenang.
Sehinggalah beberapa resolusi dibuat pada januari 2000
-Menghentikan keganasan dengan berpandukan syarak dan pengamatan semasa.
-Mengambil tindakan tegas mengenai salah tafsiran tentang Jihad.
-Pengharaman ghulu dalam agama dan mengkafirkan orang islam dan beberapa perkara lain lagi.
Sekalipun diawal kemunculan Al-Imam Yusuf Al-Qaradhawi diharamkan buku, dilarang keras penyebaran, tidak ketinggalan juga dilontarkan dengan kata pembawa bid’ah dan ada juga yang mengkafirkannya namun kesudahannya Al-Jamaah Al-Islamiyyah merujuk pada Al-Imam Yusuf Al-Qaradhawi dan menjadikan karya-karyanya sebagai asas panduan penting kepada jamaah seperti:
1-Assohwah alislamiyyah bainal juhud wa tathorruf.
2.Awlawiyyaat alharakah alislamiyyah fi marhalatil qadimah.
3.Fi fiqhil aulawiyyat.
-Kita boleh lihat dalam kitab Pengharaman Ghulu dalam Agama ada tertulis : Al-Allamah As-Syiekh Ad-Duktur Yusuf Al-Qaradhawi.
-Dikalangan pakar rujuk Fiqh Al-Jamaah Al-Islamiyyah berkata:
“Wajib kepada setiap pergerakkan islam menilai sesuatu dari sudut kemaslahatan addururiyyah dahulu dari alhaajiah atau attahsiniyyah dan mestilah mengambil nasihat Al-Allamah Al-Kabiir Ad-duktur Yusuf Al-Qaradhawi”
-Dua pucuk surat diutuskan oleh Najih Ibrahim salah seorang Penyelidik Al-Jamaah Al-Islamiyyah megucapkan rasa terharu kepada pandangan dan buah fikiran yang diberikan Al-Imam Yusuf Al-Qaradhawi dan kasih sayang mereka yang amat sangat dikalangan ahli Al-Jamaah Al-Islamiyyah kepadanya.


Kesimpulannya, Kesan yang dibawa oleh Al-Imam Yusuf Al-Qaradhawi amat bermakna pada setiap peneraju gerakkan islam kini.Pendekatan yang mudah dan hikmah selari dengan keindahan yang dibawa oleh islam.Bagi pendapat saya kita selaku mahasiswa yang bertanggungjawab menterjemahkan gelombang ini kepada realiti haruslah bersama-sama untuk menyusun gerak kerja seiring dengan kebangkitan umat . Terima kasih kepada Syeikhuna Ustaz Fauwaz Fadhil diatas bimbingan dan menyedarkan warga melayu Mesir .


Muhammad Abdul Hadi Bin Ishak
Kuliah Lughah Al-Arabiah University Al-Azhar cairo
for Madrasah Wasatiyyah & Madrasah Al-Qaradhawi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails