
Kuda tunggangan ku kau selalu menemani perjalanan hidupku.
menjadi tempat aku melepaskan diri dari kesesakkan harian yang biasa.
Tidak sedikit menghampakan diri ini bila memerlukanmu.menjadi keperluan yang menceriakan di sepanjang liku perjalananku mengenal erti kehidupan dalan dakwah.
Apalah jasanya dalam menjejak misi perjuangan?
Namun

setiap hari, mesyukuri mengenal nikmat yang sangat bermakna ini, “hari ini dan mendatang, kuharap perjuanganku benar-benar ikhlas menerima & menggunakan nikmat itu kerana Allah dengan baik”.
Ungkapan yang baik bisa bertutur bila merlintas menyeberangi di benak naluriku , “nikmat perlu seiring perbuatan”macam dalam cerita Spiderman semasa Ammu dia kata "kehebatan yang diberi perlu digunakan dengan kemampuan yang ada"...
KE ATABAH
Benarlah sabar itu INDAH.aku menikmati jalan sesak dengan permandangan binaan Mesir lama di simpang siur jalan dari Hussien ke Atabah memang memerlukan kesabaran.
"Boleh tolong hantarkan saya kedepan tu,"sapa seorang polis trafik ketika berhenti disimpang menunggu giliran jalan.
"Boleh-boleh silakan"saya jawab dengan hati berdegup kencang,lesen tak ada.
"Kamu belajar di Al-Azharkan? tak pa dia budak baik"seorang sahabatnya memberi tekaan,saya mengiakannya tanpa berbalas.

Setiap kali polis trafik di tepi jalan, aku didatangi rasa bimbang dan gelisah.ni kan pula naik duduk dibelakang.Ya Allah yang Maha Tahu bahawa aku adalah manusia jangan lama membiarkan diriku dengan kerananya terjadi mungkinan-kemungkinan.
"Kamu dari Korea ka?"dia memulakan bicara setelah beberapa minit membisu, best jugak Korea tu.... Tak macam ammu kat pasar thamin hari tu kata aku orang China rasa bengkak ja hati ni.
"Bukanlah, saya Orang Malaysia,"jawabku gugup seketika setelah mengelak lopak dijalan.
"anta malizi,ahsannaas ahlan-ahlan"perkataan yang aku dah lali kat bumi mesir ni.
"Ahlan bik,entum ahsan minna"sapaanku sambil mengukirkan senyuman.
Rasa baik pulak polis Mesir ni... Mesti lama institusi polis kat Mesir lebih lama penubuhan dari Jabatan Polis kat Malaysia.
SEJARAH POLIS
Setahu Al-Faqr, Khalifah Umar al-Khattab berjaya mencipta sejarah keemasan negara Islam dengan mendapat penghormatan dan sanjungan sepanjang zaman. Jika dibidang keselamatan, beliau orang yang pertama mencipta sejarah penubuhkan pasukan polis. ya... Pasukan Polis bagi mengukuhkan sistem pertahanan dalam Negeri, beliau membina penempatan tentera serta pelabuhan bagi pembinaan kapal laut. Pahlawan yang berjaya menundukkan Parsi dan Rom ini turut mengasaskan bandar-bandar baru bagi mengembangkan kebudayaan Islam. Selain itu beliau juga memajukan bidang pertanian dan mengasaskan sistem pelajaran Islam.
Beliau bukan sesatakat sahabat yang mulia bahkan berbakat dan pintar dan menjadi lambang kejayaan bangsa Arab dan umat Islam.Semasa 10 tahun 6 bulan beliau memerintah, seluruh empayar Rom dan Parsi tunduk di bawah kuasa pemerintahan Islam. Selain sebagai penakluk, Khalifah Umar al-Khattab juga berjaya menyusun pentadbiran yang berkesan dan teratur. Dia pengasas sistem politik Islam, pelaksana undang-undang syariah dalam negara dan berjaya membentuk sebuah negara Islam yang baru.
Saidina Umar al-Khattab mahir dalam ilmu fikah dan seorang pemidato yang hebat. Beliau seorang ahli gusti dan penunggang kuda yang cekap. Walaupun berada di tampuk kekuasaan, pencetus zaman keemasan negara Islam ini hidupnya sederhana sahaja bagi mencontohi Rasulullah S.A.W.
penghormatan yang tinggi pada beliau radhiallahu anhu.
MAHATTAH UTUBIS ATABAH
"Aiwah anjzil huna!!",Polis tu menyedarkan aku dari lamunan seketika.Berhampiran Mahattah Atabah yang tak pernah tandus dengan hiruk pikuk manusia..
"Tafaddhal".Aku pun memperlahan tungganganku ditengah-tengah jalan bagi membolehkan dia lompat dengan baik,kalau berhenti skema mesti kedengaran bunyi-bunyi hon bising membingitkan telinga, ditengah kesebokkan kesesakan tu,polis tu pun dah biasa dengan keadaan seperti ini.
"Jazakallah kathira".Dia membalas senyum dan terus berjalan dicelahan-celahan kereta sehingga ke tebing seberang jalan sana.
Terima kasih Ya Allah... Mesir 1001 peristiwa penuh rahsia & misteri.Aku meneruskan pencarian mufakkah dan zuhur dusur depan Pejabat Murur Atabah petang tu.Firstime polis naik motor dengan aku kat Mesir ni Kalau kat Malaysia mesti mustahil Polis nak tumpang-tumpang ni.
Pena
Muhammad Abdul Hadi Ishak
manthiqah8,19'imaroh,syaqqah31
Mahatta Toob El-ramly Medina nasr
Cairo egypt
Tiada ulasan:
Catat Ulasan