Sabtu, 8 Januari 2011

Keldai bekeaq roda dua

Sebalik layar


Damai tenang jiwa bila termenung di balkoni syaqah rumah ku depan syarikat kahrabaa syamal qahirah melihat lalu lalang kereta yang melintasi jalan besar, kadang-kadang lori gergasi melintas membawa batu, bas pendek dan panjang, motor memecah suasana suram, walaupun bukan laluan utama dan lebih sesuai di sebut laluan belakang, tidak pernah diam dengan lalu lalang walau sering berlaku perlanggaran dan adanya kekecohan perkelahian sesama arab yang tidak mahu mengalah walau sah-sah itu salahnya tetap degil, aku menoleh pada satu papan tanda yang tegak berdiri 'milk ardi misr' yang tercacak berhampiran pondok kecil sebesar lebih kurang sebuah kereta itu seolah-olah tidak ubah seperti kehidupan arab dari pendalaman gurun sahara, kehidupan yang mereka lalui sangat mencuit rasa ketenangan dan kesyukuran dengan apa yang aku ada.

Alhamdulillah.. nikmat yang dikurniakan Allah ini sangat besar harganya.

rasa

bekeaq ! bekeaq !, bekeaq ! bekeaq ! (laungan pengutip barang-barang lama) datang dengan kaldai dan kereta sangkut bertayar dua mengejutkan suasana, jika dilihat dari rupa, pakaian, kebersihan anggota terutama gigi kita seolah-olah boleh katakan bahawa mereka tidak pernah mandi, bagaimana keadaan rumah mereka, makanan dan minuman mereka masyaAllah... tidak pernah aku terfikir hal yang sebegini sebelum ini.

video tentang mesir:


video diatas pemandangan cantik dan tempat-tempat menarik di Mesir (Al-Azhar Park)



pemandangan buruk kebanyakkan pengutip sampah bukan islam
Jika ini dunia

kadang-kadang terlintas aku memikirkan jika mereka muslim bagaimana tentang ibadat mereka terutamanya solat, jika kehidupan didunia ini susah biarlah diakhirat mereka mendapat sedikit kesenangan, jika didunia ini mereka susah diakhirat pun susah amat rugilah dengan kehidupan mereka yang ada hari ini. ya Allah jika mereka bukan islam kau berilah hidayah pada mereka dan jika mereka telah islam maka yang tambahlah iman mereka.semua itu qada dan qadar Allah, semua dia yang tentukan, aku bersyukur padamu Ya Allah atas dua nikmat terbesar ini Iman dan Islam.

'Ya Allah berilahlah pada diri-diri kami ahli keluarga kami anak cucu kami dari golongan yang engkau beri nikmat dan rahmat , menunaikan solat dan melakukan segala suruhanmu ya Allah ya rahman ya rahim ya zaljalaali wal ikram amitna ala dinil islam, amin...'.

nun lambaian sahrawi

disebalik pondok dan bukit itu, aku merenung betapa luasnya bumi Allah ini, gurun sahara yang seolah tiada pengjungnya sambil kedua belah tanganku diletakkan diatas balkoni, aku melihat debu-debu pasir halus mengena lenganku, sambil menyapunya aku terus terlihat nun disana ku rasakan betapa kerdilnya diri ini dan betapa besarnya nikmat yang kau berikan padaku dari dikejauhan itu juga aku merasai semakin aku mengenal ilmu semakin rasa kekurangan dan banyak lagi perkara yang perlu aku tahu, penat lelah mereka mencari barang terpakai berjalan setiap pelosok tempat dan lorong tempat kotor dan sampah semua diteliti demi mencari benda yang boleh menjadi sumber mereka mendapat rezeki. suasana ini membangkitkan ruhku bingkas kembara mencari ilmu.

Muhammad Abdul Hadi Ishak
manthiqah8,19'imaroh,syaqqah31
Mahatta Toob El-ramly Medina nasr

Khamis, 6 Januari 2011

London diliputi cahaya Islam


Kota Putih Bersinar

keadaan sejuk menyusuk tubuhku dek salji yang turun menutupi bumi. jalan raya, rumah-rumah, bangunan, pokok-pokok, kenderaan dan seluruh pemandangan mata yang dapat dilihat di kota London di penuhi gempulan putih yang mengubah permandangan biasa. kedengaran azan berkumandang dari masjid berdekatan menyerut umatnya supaya bersatu menuju jalan kejayaan. orang tua berwajah putih dan hitam, anak muda lelaki dan perempuan dan anak-anak berkejaran bermain sambil dikawal oleh ibu bapa yang membawa mereka ke Rumah Allah di tengah kota metro politan itu. nampak ceria berseri-seri setelah bersalaman menandakan usainya solat berjamaah. mereka menghubungkan silaturrahim sesama, bertukar pandangan dan sangat bertolak ansur. semakin hari semakin ramai manusia mengimarahkannya.

Apa yang berlaku?

masakan tidak, laporan yang dibuat oleh lembaga bancian penduduk mendapati bahawa penduduk England saban tahun berbondong-bondong masyarakat disana masuk agama Islam. lebih dari angka 5000 orang penduduk menerima hidayah Allah setiap tahun (sumber aljazeera).ini baru bancian pada penduduk Britain tidak termasik negara-negara eropah yang lain.

Dakwah yang bernas

mereka mempunyai ikatan dakwah yang kuat. Umat islam disana bijak menonjolkan islam pada mata masyarakat. contohnya mereka membersihkan kawasan bus stop dan kawasan awan yang lain, ya bagi kita mungkin satu benda yang pelik tetapi orang di sekeliling melihat dan orang bertanya tentang mereka, mungkin ini merupakan cara dakwah yang mendekati warga muslim dan masyarakat, disitulah mereka dikenali dari cakap-cakap orang. disamping itu mereka mengaadakan dialog untuk non muslim pada hari minggu di masjid-masjid untuk memberi pengenalan tentang islam.


Video Suasana Umat Islam Dan Wartawan Britain



Perasaan Manusia

Islam itu sangat dekat dengan naluri manusia, sesuai dengan prinsip islam yang tidak memaksa orang lain menerimanya. maka dari situlah naluri ingin tahu manusia bertambah dan menerima setulus hati. ada yang menerima hidayah, ada yang belum menerima dan ada yang menentang. walaupun apa jua keadaan dakwah mesti diteruskan dari sekecil-kecil cara pedekatan dibuat sehinggalah mengadakan pidato diluar. edaran risalah pengenalan tentang islam, buku-buku secara percuma, iklan-iklan sehinggalah menghantar risalah dakwah kepada para pemimpin.

Cabaran Dakwah

ramai juga ulama yang dilarang masuk dan pelbagai sekatan dikenakan, contohnya Dr Zakir Naik dihalang masuk Britain, Dr yusuf Qaradawi dilarang menerima rawatan dan pelbagai fitnah dilemparkan pada Ulama dan masyarakat islam disana. namun begitu islam agama fitrah manusia dengan kekuatan kebenarannya terus berkembang menabur benih keamanan dan keindahan. Dengan perkembangan itu, ada yang meramalkan bahawa negara Britain akan menjadi Negara Islam.


Dr Yusuf Qaradawi ada menulis sebuah buku yang bertajuk ( من فقه الدولة في الاسلام ) Fiqh Daulah Menuruh Perspektif Islam yang pada hemat saya sangat baik jika persoalan bagaimana kita memahami dan mendalami keadaan kedudukan Negara dalam Islam dan membinanya. Mewujudkan suasana politik yang matang, berperingkat dalam mengubah kemungkaran, apakah sikap kerajaan islam terhadap Demokrasi, berbilang parti, wanita, isu bukan muslim dan yang paling penting dijadikan panduan kepada umat islam yang tinggal di negara yang bukan muslim Dr Qaradawi ada menyentuh tetang bagaimana kelompok islam turut bergabung di dalam pemerintahan bukan islam. Pencerahan yang begitu baik untuk menjadikan umat islam itu sebagai rol model pada masyarakat lain.

Menjawab persoalan itu Dr menyatakan : “ jika pemerintahan itu bukan islam, dengan pengertian tidak mempunyai komitmen untuk menyerapkan syariat islam dalam perundangan , pendidikan, peradaban, media massa, ekonomi, politik, pentadbiran atau pemerintahan dan ia merujuk pada sumber-sumber selain dari islam, mengambil dari barat atau dari timur, dari kiri atau dari kanan, dari falsafah Liberalis atau Marxis, ataupun dari yang selainnya, atau ia merujuk kepada islam dan menggabungkannya dengan sumber-sumber selain islam, dimana kadang-kadang mereka lebih mementingkan sumber selain islam daripada sumber islam sendiri, maka semua (pemerintahan) ini tertolak pada pandangan islam”. (ringkasan) Walaupun kita tahu bahawa ( الأصل عدم المشاركة ) asal-asal tiada kerjasama,
tetapi ( الخروج عن الأصل لاعتبارات شرعية ) keluar dari hukum asal kerana beberapa pertimbangan syarak :
1) ( تقليل الشر والظلم مطلوب بقدر الاستطاعة )
Tuntutan meminimunkan kejahatan dan kezaliman menurut kemampuan.
2)( ارتكاب أخف الضررين )
Melakukan mudarat yang paling ringan.
3) ( النزول من المثل الأعلى إلي الواقع الأدنى )
Melepaskan nilai yang paling tinggi lalu turun ke reality yang paling rendah.
4)( سنة التدرج )
Berperingkat-peringkat.
Dan ada beberapa syarat yang mesti dipenuhi dalam kerjasama bersama pemerintah yang di letakan oleh Dr. Qaradawi. Kupasan memadai bagi orang-orang islam yang minoriti menghubungkan bekerjasama dengan kerajaan bukan islam. Jika ada yang dicalonkan masuk ke dewan mesyuarat bersama kerajaan England dan Negara-negara lainnya.


Senarai berita suka duka Umat Islam Britain (ehsan blog Satu Umat):

Kesedaran dan tindakan

Saya berpendapat bahawa setiap jiwa umat islam perlu memperkenalkan islam samada pada yang telah islam dan lebih-lebih lagi pada yang bukan islam. Tanyakan pada mereka adakah mereka tahu tentang islam? Sejauhmana mereka tahu tentangnya dan kita jelaskan apa yang kurang jelas. buka pintu dialog seluas-luasnya sebagai medium berta’aruf dan mendekati mereka. Imarahkan rumah Allah dengan aktiviti masyarakat, beriadah dan majlis keramaian sepertimana di Kota London hari ini. Kedai-kedai makanan halal semakin mendapat sambutan dari bukan islam, majlis ilmu sangat diminati, umat islam menjadi contoh pada yang lain. Dari sinilah orang akan mencari Apa Itu Islam? Inilah usaha yang perlu kita teruskan dan jangan hairan disuatu masa kedengaran laungan azan akan bersahutan diseluruh lorong di bandaraya Negara Britain khususnya dan negara-negara Eropah yang lain InsyaAllah.

( walaupun penulis sedang berada di Mesir ketika ini, tetapi setelah menyaksikan berita gembira dari Aljazeera channel sebentar tadi, gelora jiwa ini ditulis bagi menggambarkan keadaan dan perasaan penulis berjuang bersama sahabat seagama disana ) mari kita sebarkan risalah Allah. Jom !

Muhammad Abdul Hadi Ishak
manthiqah8,19'imaroh,syaqqah31
Mahatta Toob El-ramly Medina nasr

Rabu, 5 Januari 2011

Keagungan Bangsa Melayu



Jangan kembali kepada jahiliah

Anak muda bangsa ini perlu bangkit menyemarakkan kembali semangat yang kian tipis dan kian ditinggalkan, dianggap kolot dan ketinggalan zaman. jika kita lihat hari ini hakikat yang jelas kita menuju kearah meniru bangsa barat, cara hidup mereka dan berbangga dengannya yang jelas nilai murni dari bangsa Melayu ini kian dihakis oleh bangsa ini sendiri, kita bukan menuju kepada memajuan moral tapi kembali kepada jahiliah. bangsa barat menurut pembacaan saya dari media masa dunia, kian ingin mengenali islam dan nilai-nilainya mengkagumi islam dari setiap sudut tapi malangnya bangsa kita tidak mengikut yang baik (kesedaran mereka hari ini pada islam) tapi meninggalkannya dan mengikut keburukkan mereka. jika kita kembali kepada penjajah artinya kita masih dijajah dan belum Merdeka. mungkin zahirnya merdeka tapi hakikatnya tidak.

Sejarah perlu kuat di dada bangsa

kita perlu mendapat pencerahan dari sejarah bukan masih lagi ditipu dan di permainkan dengan periwayatan bohong dan merosakkan sejarah tentang bangsa ini kira menyingkapi pejuang bangsa melayu melawan penjajahan dari Negeri Pahang dengan Pahlawan Mat Kilau,Melaka dengan Dol Said, Sarawak dengan Rentap, Johor dengan Si Bongkok Tanjung Puteri, Negeri Sembilan dengan Pendekar Siamang Gagap.Perak Dato lela.terengganu dengan Tokku Paloh dan Kelantan dengan Tok Janggut.

kembali pada adat-istiadat mulia kita

jiwa bangsa ini dimuliakan dengan adat istiadat Melayu Islam dan nilai-nilainya. sopan santun, tertib, berbudi bahasa, ramah, berani dan saling menghormati adalah nilai agung bangsa ini. oleh itu pesanan pada bangsa melayu ini saya naqalkan dari kata-kata Saidina Umar AlKattab radiallahuanhu pada bangsanya :

نحن قوم أعزنا الله بالإسلام فإن إبتغينا العزة بغيره أذلنا الله

"kita semua adalah Bangsa yang dimuliakan Allah dengan Islam, Barangsiapa yang mencari kemuliaan (cara hidup) yang lain dari Islam maka kemurkaan Allah akan menimpanya"

Mari kita jelajahi mengenal bangsa ini meneliti gurindam seloka dibawah ini

GURINDAM HIKMAT MELAYU.

Bangsa Melayu pernah kuat,
Buka tanah guna tulang empat kerat,
Masih sempat berbini empat,
...Tongkat Ali jamu khasiat.

Bangsa Melayu pernah digentar,
Ular, harimau ditepuk tampar,
Kerisnya bisa, silatnya gempar,
Amuk Melayu, bumi bergegar.

Orang Melayu pernah gagah,
Berkaki ayam, hutan diredah,
Pernah cuba diganyang penjajah,
Melayu mengamuk, jihad sabilillah!!

Bangsa Melayu pernah berdaulat,
Terbilang merata, kesultanannya hebat,
Tujuh bangsa penjajah cuba menempat,
Dengan kudrat semua dihambat!!

Bangsa Melayu bangsa keramat,
Nabi (saw) pernah beri amanat,
Buat dakwah, nun di bumi berekat,
Di akhir masa, ramai wali hebat.

Bangsa Melayu bangsa hikmat,
Sejarah Melayu tertera riwayat,
Nabi (saw) pernah beri alamat,
Raja Melaka mendapat hidayat.

Bangsa Melayu tak makan saman,
Agama dijunjung zaman-berzaman,
Wali Melayu penuh kehebatan,
Karamah, barakah, jadi pakaian.

Bangsa Melayu penuh daulah,
Halusi sahaja kisah sejarah,
‘Wa’ad’ Melayu jangan disanggah,
Sanggah wa’ad, mendapat ‘tulah’.

Tanah Melayu pernah berekat,
Raja dan rakyat sentiasa muafakat,
Alim-ulamak mendapat tempat,
Bumi bertuah, terbilang sejagat.

Bumi Melayu pernah berekat,
Tempat tumpuan ulamak sejagat,
Madrasah & pondok merata tempat,
Menjana insan unggul dan hikmat.

Tanah Melayu intinya hebat,
Bumi zuriat Nabi, itulah kudrat,
Kesultanan Melayu hampir padat,
Pancaran Nabi (saw), penuh keramat.

Bumi Melayu pernah terbilang,
Sejarah rajanya penuh gemilang,
Turunan penjajah, entah mana menghilang,
Turunan Raja Melaka, tetap ditatang.

Melayu pernah berilmu dan berbudaya,
Beribu manuskripnya tersimpan merata,
Dikaji selidik sarjana sedunia,
Kalau sangsi, tanyalah Arkib Negara.

Bangsa Melayu halus seninya,
Hayati warisan persuratannya,
Syair seloka sungguh indahnya,
Pertukangan, sulaman, tiada taranya.

Berkurun Melayu junjung agama,
Adat dijaga bersama-sama,
Bangsa Melayu harum namanya,
Rahmat Allah dimana jua.

Bangsa Melayu usah alpa,
Warisan bangsa bukan sehari dua,
Pusaka Melayu enam kurun lamanya,
Menyimpan sejarah nenek moyang kita.

Orang Melayu usah goyah,
Propaganda bohong supaya kita melatah,
Ungkapan ‘Melayu lemah’ semata tohmah,
Strategi musuh menebar fitnah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Namun dicemar Inggeris keparat,
Propaganda bohong itulah hakikat,
Namun Melayu termasuk jerat.

Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bangsa Melayu sebenarnya berdaulat,
Silap Melayu membuang adat,
Silap rajanya membuang muafakat.

Bukan baru musibah Melayu,
Telah bermula sekurun nan lalu,
Serangan musuhnya bertalu-talu,
Sehingga bangsa menjadi terkedu.

Melayu mula ditimpa musibah,
Pabila Inggeris datang menjajah,
Adat dibuang, agama disanggah,
Akhirnya Melayu, mendapat ‘tulah’.

Sekian lama Melayu jadi sasaran,
Sejarah, jatidirinya jadi serangan,
Musuh luar dan musuh dalaman,
Mungkinkah tersirat suatu ramalan?

Melayu kini resah gelisah,
Namun jelas hakikat sejarah,
Mungkinkah tersirat, sebalik musibah,
Melayu pencetus kebangkitan ummah?

Ingatlah pesanan junjungan Rasulullah (saw),
Panji hitam dari timur, bumi karamah,
Bangsa Melayu usah menyerah,
Cari kekuatan dari sejarah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bumi ahlul-bait itulah kudrat,
Umarak ulamak kuncinya terletak!

Laksamana Hang Tuah gagah orangnya,
Berguru, bertarikat, berisi dirinya,
Jangan perlekeh riwayat firasatnya
‘Takkan Melayu hilang didunia’

Gurindam ini diambil dari : Tuan Shahbandar Bundy

Dato’ Dr Usman Awang pernah berdendang dalam sajaknya:

“Melayu Bangsaku… Tercinta”

Melayu itu orang yang bijaksana

Nakalnya bersulam jenaka

Budi bahasanya tidak terkira

Kurang ajarnya tetap santun

Jika menipu pun masih bersopan

Bila mengampu bijak beralas tangan.


Melayu itu berani jika bersalah

Kecut takut kerana benar

Janji simpan di perut

Selalu pecah di mulut

Biar mati adat

Jangan mati anak.


Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:


Jawa itu Melayu,

Bugis itu Melayu,

Banjar juga disebut Melayu,

Minangkabau memang Melayu,

Keturunan Acheh adalah Melayu,

Jakun dan Sakai asli Melayu,

Arab dan Pakistani,

semua Melayu.


Mamak dan Malbari serap ke Melayu,

Malah muaalaf bertakrif Melayu.


Dalam sejarahnya

Melayu itu pengembara lautan

Melorongkan jalur sejarah zaman

Begitu luas daerah sempadan.

Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya

Kias kata bidal pusaka

Akar budi bersulamkan daya

Gedung akal laut bicara.


Malangnya Melayu itu kuat bersorak

Terlalu ghairah pesta temasya

Sedangkan kampung telah tergadai

Sawah sejalur tinggal sejengkal

tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga

Tangan masih memegang tali

Sedang orang mencapai timba.


Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti

Masih berdagang di rumah sendiri.


Berkelahi cara Melayu

Menikam dengan pantun

Menyanggah dengan senyum

Marahnya dengan diam

Merendah bukan menyembah

Meninggi bukan melonjak.


Watak Melayu menolak permusuhan

Setia dan sabar tiada sempadan

Tapi jika marah tak nampak telinga

Musuh dicari ke lubang cacing

Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan

Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali

Silaturrahim hati yang murni

Maaf diungkap senantiasa bersahut

Tangan diulur sentiasa bersambut

Luka pun tidak lagi berparut.


Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan

Selagi yang ada sanggup diberikan

Sehingga tercipta sebuah kiasan:


“Dagang lalu nasi ditanakkan

Suami pulang lapar tak makan

Kera di hutan disusu-susukan

Anak di pangkuan mati kebuluran”


Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu

Masihkan tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang

Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan

Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan

Jika percaya kepada keadilan.


Jadilah bangsa yang bijaksana

Memegang tali memegang timba

Memiliki ekonomi mencipta budaya

Menjadi tuan di negara Merdeka!


krisis jiwa bangsa ini perlu menuju pada keagungannya. ruh bangsa ini perlu menuju zaman yang lebih bertamaddun dan mulia. identiti setiap jati diri bangsa ini perlu dicari kembali dan diserapkan pada setiap pelapis generasi.

Muhammad Abdul Hadi Ishak
manthiqah8,19'imaroh,syaqqah31
Mahatta Toob El-ramly Medina nasr

Selasa, 4 Januari 2011

liku-liku tulisan


kehidupan ini

pasti hari-hari yang dilalui penuh dengan memori yang indah dan pahit, menongkah hidup ini bukan satu perkara yang mudah cabaran, rintangan dan dugaan semua kena hadapi dengan tabah jika tidak kita akan jatuh dan terus jatuh. Allah menjadikan seseorang itu ada sebabnya untuk menjadi hambanya dan memikul tugas mentadbir muka bumi ini. bukan kejadian kita ini sia-sia dan tidak ada erti apa-apa. sekali terfikir jika diimbau sejarah silam mesti kita tersenyum dan menangis pengalaman itu semua mengajar arti hidup dan bertindak dengan lebih matang dari terjerumus ke arah yang terlarang.

subhanallah

Allah menciptakan kita sebaik-baik penciptaannya. syukur perlu dibasahi selalu di lidah kita jika kita lihat alam sekeliling pokok-pokok binatang-binatang dan semua disekeliling kita memuju Allah. Allahdulillah Allah masih memberi nafas kepadaku secara percuma, kerdipan mata yang tak terhingga nikmatnya. pendengaran yang baik pergerakkan seluruh anggota badan kita masih boleh bergerak semua merupakan nikmat yang paling istimewa dan paling berharga hadiah Allah pada hambanya yang mana kita selalu tercicir mengingati nikmat itu dari ingatan dan benak pemikiran kita.


aku mengkagumi mereka

dalam kehidupanku jiwa ini amat suka berkhayal ketika membaca buku-buku, selalu tergerak di hati mengkagumi bagaimana penulis menghasilkan kerja penulisannya kadang-kadang terasa teramat sangat teringin nak jadi seorang penulis. Ulama agung seperti syeikh yusuf qaradawi, syeikh abu fattah abu ghuddah, syeikh abul hasan ali annadwi, syeikh ali jumaah dan yang mengkagumkan aku Al-Imam Annawawi dan beratus-ratus ulama yang mencurahkan ilmu dalam karya penulisan mereka sehingga ke tahap dunia mengiktiraf nilaian pemikiran mereka.

aku berdoa pada Allah supaya pintu rahmatnya terbuka untuk aku menjadi seorang yang kuat membaca, beramal, menulis dan berdakwah dijalan Allah. berilah taufiq dan inayahmu ya Allah amin..

Muhammad Abdul Hadi Ishak
manthiqah8,19'imaroh,syaqqah31
Mahatta Toob El-ramly Medina nasr

Selasa, 14 Disember 2010

Antara Sejuk, ikan dan bingkas




Suasana Kaherah

Hembusan angin yang bertiup hari demi hari yang dirasai, semakin menusuk ke tulang belulang, kesejukan setiap kali mausimu syitaa menyapa saban tahun beginilah perjalanannya, hhssss angin bertiup ditambah ribut pasir cuaca merubah alam, dari suasana harian biasa kepada suram, mendung dan hembusan menggetarkan gigi dan seluruh badan.

Perbualan Dengan Penjual Ikan

Sambil menggigil aku terus berjalan menghampiri mahattah utubis toob elramly berhampiran rumahku untuk dapatkan ikan segar, 'sungguh sejuk hari ni' kata hatiku. ada tamu dari tanta dan ghamra bakal tiba. setiap bas yang lalu ku jenguk ke dalam bas mengintai mereka jika ada. setelah sampai di kedai ikan, aku memilih ikan yang hendak dibeli hmm.. ikan syaramiit, buty dan makaril, tak banyak pilihan disini, kalau ke souq thamin mungkin berpuluh jenis ikan boleh dilihat dan pelbagai barangan lagi. kawasannya hanya sekangkang kera tidak semua yang terjual disini, apa pun tempat yang sekecil ini ada jual ikan, sayur dan sedikit keperluan yang lain syukur, ini sudah memadai . ya amm bikkam makaril da? asyan khatrik enta ithna syar wa nus kilo le12.50 sekilo, lau musy ana kaaam? khamas tosh genieh kilo le15 sekilo.. mahal jugak kat ammu ni.. tak pa lah haat kilo ya amm.. mesyi2.. bi kis wala misywi .. law misywi bikam? le15 ... aiwah , misywi alaa tool.. tahta amr(mengikut perintah).

Kebiasaan Dan Janggal

Selalunya hari biasa tidak semendung ini, angin yang bertiup kencang, redup dan hujan renyai telah mengubah keadaan biasa. mesir salah sebuah negara yang bukan turun salji walaupun musim sejuk kunjung tiba dan pergi dengan musim-musim yang lain, kerana suhu kesejukan tidak mencapai tahap bawah negatif darjah kesejukan. Mesir masih sejuk dengan angin ribut pasir. kalau naik motor mesti mengenakan sarung tangan kalau tidak boleh krem jari jemari terkena angin. baju tiga lapis keatas dan dua helai lebih seluar. baju jaket pula mesti kulit untuk mengelak dari angin masuk ke dada yang membahayakan.


Kawan Dan Cerita

Sambil menunggu ikan di bakar, aku membuka ym di hanphone. nampak amin kawan aku dari bumi badawi online lama tak sembang hampir 2bulan, dia menceritakan apa yang diberitahu rakannya yang berada di iskandariah tentang hujan batu, banyak cermin kereta pecah dek hujan tersebut dengan ribut, banggunan runtuh dan lain-lain lagi yang mengakibatkan ramai tekorban dan menjadi mangsa (klik).

Perbezaan Kucing Kesejukan Dan Cacing Kepanasan

Uud ya sadiik.. labaksa ya am.. asyan bard musy mutmain albi.. pakcik jual ikan suruh aku duduk tapi mana boleh duduk diam dalam kesejukan ini, kita bersahaja dengan membekukan diri, maka bertambah-tambah sejuklah seperti kucing kesejukan, boleh ker perumpamaan sebegini mungkin ini contoh yang sesuai sebab yang selalu dengar cacing kepanasan yang sinonim pribahasa dengan tempat kita, oleh kerana itulah kerusi menunggu dibiar begitu saja, aku lebih selesa untuk panaskan diri berjalan tanpa henti, melihat gelagat ammu potong ikan, tengok-tengok ikan dan berbual.

Resepi Dan Bangun

Best juga tengok ammu ni pesiang ikan, setelah selesai dicuci terus diletakan atas pembakar, setelah masak bahagian bawah dimasukkan pula kedalam pembakar tersebut untuk bahagian atas. setelah masak barulah diletakan tomato,bawang, air carrot dicurahkan dan ditabur sedikit garam. mudah, senang dan sedap. aku mengambil bungkusan dan pergi. nak tunggu tamu, tamu tak kunjung tiba. harap-harap mereka tahu jalan menuju ke rumah. aku pun membelah jalan menuju ke rumahku di tingkat tiga. diketika aku menulis artikel ini sejuknya telah berkuangan tapi untuk kesejukkan seperti apa pada keesokan harinya itu aku tidak tahu. kerana Dialah Maha Pengatur segala sesuatu dan aku berdoa padaNya agar kesejukan ini tidak menjadi penghalang untuk aku terus berusaha mentelaah kitab. bingkas bangun dan terus bangun !

Cerita BersahajaKu

Muhammad Abdul Hadi Ishak
manthiqah8,19'imaroh,syaqqah31
Mahatta Toob El-ramly Medina nasr

Ahad, 14 November 2010

Sejarah Menyeru Pengorbanan Ummah




Senandung bicara

Segala puji bagi allah tuhan semesta alam. selawat dan salam pada junjungan keluarga dan sahabat dan pengikut kebenaran hingga hari kiamat.

Setelah itu,

Seluruh individu muslim akur pengorbanan umat islam setelah rebah dan jatuh menyusuri risalah islam yang dilakarkan oleh sejarah itu, sebenarnya memainkan peranan yang penting di dalam membina kembali keperibadian jatidiri ummah. jika kita membahaskan tentang pengorbanan ummah dengan teliti setelah rebah dan jatuh, kita akan dapati ianya terbentuk adalah kerana penghayatan atau kita sebutkan sebagai 'ruh' umat islam tipis didalam dada umat islam itu sendiri, ini membolehkaan golongan lain mengalahkan dengan mudah disebalik perancangan dan strategi yang jitu oleh pihak luar sebagai mana kalam Saidina Ali Karramallahu Wajhah maksudnya : kebenaran tanpa sistem akan dikalahkan dengan kebatilan bersistem. jelaslah bahawa kesedaran setiap individu muslim merupakan satu marhalah yang penting ke arah menguatkan kembali ummah dan ianya memerlukan penghayatan dan pengorbanan yang kuat.

kejatuhan tamadun islam


Setelah wafatnya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, maka tampuk pemerintahan umat islam diambil alih oleh khalifah arrasyidin dan corak ketamadunan dunia berubah mendadak kepada sinaran kegemilangan pebentukan manusia yang di mulakan asas prinsipnya ditanam oleh baginda sallallahu alaihi wasallam sebagai rahmat ke seluruh alam. kemudian transaksi ini diteruskan oleh kerajaan bani umayyah dan disambung oleh kerajaan bani abbasiah yang membawa tamadun islam ini sampai ke kemuncak, pada masa itu dunia islam mengalami kemajuan yang pesat dalam bidang ilmu islam lahirlah tokoh-tokoh cendekiawan besar islam seperti :

Imam abu hanifah lahir pada 80 hijrah dan wafat 150 hijrah
Imam malik bin anas lahir pada 95 hijrah dan wafat 179 hijrah
Imam Muhammad bin Idris assyafie lahir pada 150H dan wafat 204H
Imam ahmad bin muhammad alhanbali lahir pada 164H dan wafat 241H

Prasarana Yang Dilakukan

Usaha pemerintahan islam ketika itu ialah melahirkan madrasah-madrasah dengan begitu pesat antara salah satu usaha yang dilakukan mereka adalah menterjemah karya-karya yunani,parsi dan hindi ke bahasa arab. maka lahirlah cendekiawan islam pelpagai bidang pada masa itu seperti :

Alfazari dalam bidang astronomi yang terkenal dengan nama Al-faragnus,arrazi dan ibn sina dalam bidang kedoktoran, abu ali alhasan ibn alhaythami yang terkenal dengan nama alhazen dalam bidang optik, jabir bin hayyam terkenal dalam bidang kimia,muhammad ibn musa alkhawarizmi terkenal dengan matematik yang menciptakan ilmu aljebra, almas'udi dalam bidang sejarah dan juga ahli geografi, dalam bidang falsafah pula tokoh-tokoh terkenal seperti alfarabi, ibn sina dan ibnu rusd.

Di baghdad sebagai pusat kerajaan islam abbasiyyah khususnya terdapat bergedung-gedung karya yang dihasilkan oleh para ulama telah dibukukan. maka semasa tentera monggol yang diketuai oleh hulagu khan menakluk baghdad, ramai dikalangan ulama dan cendekiawan islam dibunuh. hasil karya mereka dibakar, dibuang ke dalam sungai dan dijadikan jambatan sehingga air sungai dajlah menjadi hitam. semua kemajuan yang dibangunkan oleh bani abbasiyah hilang dan lenyap.bermula dari saat dan ketika itu, bermulalah zaman kemunduran dan kejatuhan tamadun umat islam.


kejatuhan khalifah islam

Menyingkapi pemerintahan islam mengikut kalender islam mulai diasaskan oleh baginda nabi muhammad 1H hingga 11H setelah itu diambil alih oleh khalifah arrasyidin sehingga 54H disambung dengan pemerintahan kerajaan bani umayyah hingga 132H disambung lagi oleh kerajaan bani abbasiyyah sehingga 656H kemudian pemerintahan khalifah islam diteruskan oleh kerajaan turki usthmaniah bermula pada 699 hinggalah berakhir pada 1343H.

kita dapat merasai kedukaan dengan satu penyaksian peristiwa besar yang memadamkan dari dada nurani umat islam di seluruh dunia iaitu dengan keruntuhan dan kejatuhan khalifah yang diagungkan pada tanggal 2 mac 1924 .Selepas lebih 600 tahun memakmurkan tiga benua dengan Islam, khalifah usthmaniah akhirnya runtuh oleh pertemuan 1001 sebab yang membawa kepada kemusnahannya. Mustafa Kemal Pasha (yang kemudiannya dikenali sebagai Ataturk – Bapa Turki) telah membubarkan Khilafah secara rasmi di Ankara. Pada masa itu, seluruh dunia melahirkan tindak balas yang mengejutkan kerana pertama kali dalam sejarah kaum muslimin tidak mempunyai khalifah dan hidup tanpa pemerintahan dan ditambah lagi derita umat islam dengan menyaksikan gelombang perpecahan kaum muslimin.

Akibat perpecahan

ketika itu perpecahan berlaku kebanyakkannya berputar disekitar isu khilafiah mazhab yang mengakibatkan pertumbahan darah yang paling teruk dirakamkan antara tahun 1905 - 1910, perang saudara antara negara-negara,peniupan semangat perkauman yang buat oleh musuh, pemecahan negara-negara oleh pihak luar, penjajahan negara-negara eropah terhadap negara-negara islam.

malaysia dan khalifah ustmaniah


Malaysia yang dikenali sebagai kepulauan melayu ketika itu tidak terkecuali, apabila penjajahan memasuki tanah melayu. sebelum penjajahan, kita dapati adanya hubungan kuat antara khalifah ustmaniah dengan tanah melayu yang kita ertikan daulah ustmaniah sebagai simbol kepada penyatuan ummah. pada suasana politik ketika itu , kuasa dan pengaruh othmaniah terus bertambah. walau pun apa yang berlaku diturki pada ketika itu tidak memungkinkannya untuk berhadapan dengan kuasa penjajahan yang mencengkam masyarakat Muslim di Kepulauan Melayu.

Di Kepulauan Melayu sendiri, kesan Revolusi Ataturk lahir di dalam pelbagai bentuk mengikut bacaan masing-masing.Secara umumnya umat Islam di Malaysia melahirkan rasa simpati mereka terhadap pembubaran Daulah uthmaniah. Bahkan setiap peristiwa yang berturutan ketika itu mendapat perhatian dan simpati umum masyarakat seperti Perang Turki – Rusia pada tahun 1877, Turki – Greece pada tahun 1897, Perang Balkan, Kempen Itali di Libya, Perang Dunia Pertama dan sebagainya.

Perjuangan Kaum Tua

Kaum Tua yang terdiri dari kalangan ulama di Tanah Melayu menganggap Ataturk sebagai pengkhianat agama. Tetapi dari sudut yang lain, pemikiran dan ideologinya telah dimanfaatkan oleh segolongan yang lain di Alam Melayu. Ramai pemimpin Malaya dan Indonesia seperti Sukarno telah mengkaji gerakan Kemalisma dan dasar reformasi sekularnya lantas mencorakkan kegiatan politik mereka berdasarkan corak Mustafa Kemal Ataturk. Sepanjang tahun 1920an dan 30an, beberapa buah buku di Malaya telah diterbitkan khusus membicarakan tentang Revolusi Ataturk.

ini amat meruncingkan keadaan umat islam di tanah air kita, penentangan demi penentangan dilakukan contohnya lahir pejuang melawan penjajahan dari Negeri Pahang dengan Pahlawan Mat Kilau,Melaka dengan Dol Said, Sarawak dengan Rentap, Johor dengan Si Bongkok Tanjung Puteri, Negeri Sembilan dengan Pendekar Siamang Gagap.perak dato maharaja lela.terengganu dengan Tokku Paloh dan Kelantan dengan Tok Janggut.

Prinsip Tok Janggut

Sebagai mana sejarah tok janggut yang dilakarkan dalam sejarah setelah Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya perang dunia pertama pada Ogos 1914 yang mana British berperang dengan Turki Uthmaniyyah. Kerajaan Kelantan berada dalam keadaan tersepit akibat perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dan dipaksa menyatakan sokongan mereka kepada British dalam peperangan itu.

Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya. Penindasan menerusi kutipan cukai yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan penduduk Kelantan.

Kesan Kepada Malaysia

Walau bagaimanapun kita membaca kesan ini dengan kaca mata yang berbeza. Agak menyedihkan apabila fahaman sekular menutup pertimbangan kebanyakan umat Islam ketika itu. Gerakan menentang penjajahan kuasa luar tidak digerakkan secara sihat dan apa yang berlaku hanyalah kemusnahan roh Islam di kalangan umat Islam yang lupa kepada agamanya. Sebagaimana yang telah disebutkan sebentar tadi, Revolusi Ataturk telah membungakan semangat nasionalisma di kalangan orang Melayu – Turki.

Turutan daripada itu, pada tahun 1946, pengaruh ini telah mendorong kepada pembentukan sebuah ‘parti sekular dan progresif’ yang bersifat ala-Turki iaitu UMNO di bawah kepimpinan Dato’ Onn yang juga berketurunan Turki(Lihat Milner, A.C. (1986) m.s 124 - 127 ).Peranan yang dimainkan oleh kepimpinan Dato’ Onn di dalam gerakan nasionalisma Malaya telah membuka satu lagi lembaran baru kepada hubungan Melayu – Turki. Seperti yang kita sedia maklum, Sultan-sultan di Tanah Melayu mempunyai hubungan yang tersendiri dengan khilafah usthmaniah. Akan tetapi, pertalian yang ditunjukkan oleh gerakan nasionalisma Malaya lebih menonjol dan meninggalkan kesan hingga ke hari ini.

Pertembungan Dua Agenda

Setelah kejatuhan khalifah, umat islam diserapkan dengan pelbagai pemikiran yang bukan dari islam. golongan eropah telah melancarkan serangan dengan pelbagai stategi secara habis-habisan untuk mengkedepankan agenda mereka dan Ancaman utama yang dihadapi ialah pemindahan budaya daripada Barat,sekularisme, budaya hedonisme, Islam liberal, pluralisme dan lain-lain lagi.

mereka berusaha memasukkan pemikiran ini dalam dada umat islam dan kita lihat Sekularisme sebagaimana yang kita tahu ianya merupakan konsep untuk memisahkan manusia dengan agama kita lihat hari ini telah berjaya.kita perlu menghadapi agenda humanisme ianya merupakan satu agenda yang berasal dari Eropah. Ia mula berkembang pada zaman Renaissance pada abad ke-15 dan 16 Masihi -Harun Yahya-. dengan terlaksana agenda ini maka Baratlahyang sedang menguasai dunia hingga ke hari ini.

Agenda Barat

agenda barat berdasarkan kepada ideologi HUMANISME atau MATERIALISME yang mana meletakkan kehendak manusia sebagai matlamat dan pusat kehidupan antaranya ialah 1.Masonary 2.Liberalisme 3.Demokrasi 4.Kapitalisme : Riba dan monopoli menjadi asas yang tidak boleh ditolak oleh dunia 5.Sosialisme 6.Pluralisasi 7.Globalisasi : Ia membawa maksud dunia tanpa sempadan,Globalisasi telah mencabul kedaulatan sesebuah negara dan bangsa baik dari segi bahasa,budaya, undang-undang, tanah air dan agamanya. (Ghazali 1998). Bukan itu sahaja, globalisasi mengakibatkan masyarakat Islam hanyut dalam kehendak diri 8.Sekularisme 9.Saintisme 10.Pragmatisme.

Menghidupkan Kembali Ruh Yang Hilang

jika dinilai atas nurani jiwa pada pembawakan kita dapati bahawa adanya Perbezaan antara perasaan yang dibawa oleh Islam dengan perasaan yang dibawa oleh Barat ialah perasaan seorang Muslim tinggi sehingga bersambung dengan Allah s.w.t. sedangkan perasaan orang lain setakat percakapan sahaja. Dari aspek yang lain Islam menetapkan tujuan daripada penciptaan perasaan ini dan mengikatnya dengan batasan, bukan sekadar menerangkan bahawa ia bukan asobiah bangsa atau kebanggaan palsu sebaliknya memimpin dunia ke arah kebaikan dan jauh merentasi kehidupan selepas kematian.

oleh kerana itu peranan setiap jiwa muslim perlu mencari kembali intipati agama Islam, dengan satu formula, bagaimana dengan formula tersebut kita dapat mengembalikan kehidupan kepada jasad ummah yang sedang lumpuh. oleh itu Sesungguhnya perkara pertama yang perlu ditujui pendakwah ialah mentarbiah jiwa, memperbaharui ruh, memperkuatkan akhlak, membangunkan al-rujulah (kejantanan) yang betul pada diri umat. Mereka menganggap ia adalah asas pertama kepada kebangkitan mana-mana umat dan bangsa. Mereka perlulah membentangkan semua wasilah dan jalan untuk sampai kepadanya, mereka tidak boleh temui jalan yang paling hampir dengan mudah dan berkesan selain dari fikrah agama dan berpegang dengan prinsip-prinsipnya.

Masyarakat kita berhadapan dengan krisis ekonomi dan sosial.para pemimpin bangsa Timur pula menyimpang daripada Islam dan memilih untuk meniru Barat ialah hasil kajian yang dibuat oleh pemimpin mereka terhadap kemajuan Barat dan menganggap ianya sebagai kemajuan yang hakiki. Masalah ini berpunca daripada kepincangan akhlak, kehilangan role-model, mengutamakan kepentingan peribadi lebih daripada kepentingan umum, takut untuk berhadapan dengan kenyataandan tidak mahu memikul tanggungjawab. Bagi mengatasi masalah ini, para pendakwah perlu menggesa agar diri supaya kerosakan itu perlu dirawat dan berusaha membetulkan akhlak masyarakat.

Agenda Islam

oleh kerana itu kita perlulah mempunyai Model addin Islam yang Syumul 1. Akidah dan ibadat 2.Akhlak dan kekuatan 3.Jihad dan dakwah 4.Pendapatan dan kekayaan5.Ilmu dan kehakiman6.Rahmat dan keadilan 7.Pengetahuan dan undang-undang8.Tentera dan gagasan9.Benda dan harta 10.Negara dan tanah air 11.Kerajaan dan rakyat

kerana kita dapati bahawa : 'Ad-Din menghidupkan hati, membangkitkan perasaan. Ad-Din mengumpulkan nilai-nilai tinggi dan mulia. Ad-Din menyeru kepada pengorbanan demi kebenaran dan bermatian dalam memberi petunjuk kepada manusia. Ad-Din membeli dari seseorang habuan dunia dan kebendaan dengan kebahagian yang memenuhi hati dan jiwanya. Ad-Din dengan kesuciannya mengangkat seseorang menjadi lebih tinggi mengatasi semua jiwa, segala kepala dan bersih dari kepura-puraan dan ikut-ikut, lalu dengan itu ia menyatukan hati-hati. Ad-Din mengangkat kesetiaan sehingga ke peringkat mati syahid. Ad-Din adalah tempat bertemu segala idea yang benar, segala cabang harapan dan simbol aspirasi individu, masyarakat, bangsa dan dunia” (Hal Nahnu Qaumun Amaliyyun: 95).

Oleh itu perasaan ketuanan ini yang ada pada diri generasi awal Islam membawa kepada kemuncak keadilan dan kerahmatan. Padahal konsep ketuanan bangsa Barat tidak tertentu tujuannya selain asobiah yang palsu.Ini zaman multiracial dan kesamarataan mutlak, oleh itu kita tidak bolehbercakap atas nama Melayu. Lebih malang lagi ada juga yang cuba mengatakan bahawa jika di laksanakan perundangan islam maka umat islam akan mundur. oleh itu kita tegaskan bahawa Orang islam hanya ada dua pilihan; samada bangkit bersatu atas agenda sendiri atau terus berpecah dengan menlaksanakan agenda orang lain.

islam dan bangsa

Kita tahu allah menjadikan umat yang berbangsa-bangsa ini adalah untuk manusia itu saling kenal antara satu sama lain. dan disana kita dapati adanya kepentingan bangsa itu sendiri tentang keWujudan ini. untuk melahirkan satu bangsa yang kuat perlu ada pada satu bangsa yang kuat itu iaitu beriman dengan risalahnya dan ia merupakan langkah utama ke arah penegakan agenda Islam secara menyeluruh.

sejarah menunjukkan bahawa kuasa-kuasa islam ditunjangi oleh sebuah bangsa yang kuat pegangannya Tanpa bangsa yang kuat yang mendokong risalah Islam, agenda umat tidak mungkin akan dapat ditegakkan. pengajaran yang kita dapati apabila islam lemah adalah kerana bangsa itu sendiri yang lemah sejarah membuktikan bahawa :

Islam lemah di tanah Arab kerana Arab lemah.
Islam lemah di Turki kerana bangsa Turki lemah.
Islam lemah di tanah Melayu kerana Melayu lemah.
Dan begitulah seterusnya...

Islam kuat dengan penganut yang kuat

Sebelum kebangkitan Nabi Mohamad s.a.w. Allah s.w.t. telah memilih Bani Israel
sebagai kaum yang membawa risalah Islam. Kemudian Arab menjadi lemah, kepimpinan Islam beralih kepadabangsa Turki/Saljuk. kita tahu bahawa Bangsa Melayu pernah memimpin Islam di rantau ini selama 200 tahun sehingga merekadikalahkan oleh penjajah Portugis dan menerima untuk bernaung di bawah kuasa penjajah Barat.



Surah Muhammad: 38
(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian - kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.

Imam Hasan Rahimahullah menjelaskan pendirian terhadap nilai kebangsaan. Beliau membahagikan perkauman kepada beberapa jenis.

1. Perkauman yang berbangga dengan kehebatan dan keagungan datuk nenek
2. Perkauman umat yang setiap orang mengutamakan keluarga dan umatnya dalamkebajikan dan kebaikannya dan lebih berhak terhadap jihad dan ihsannya,
3. Perkauman tanzimi (organisasi) di mana semua orang merasai tanggunjawab
untuk beramal dan berjihad, maka setiap jamaah berjuang melaksanakan matlamat
bagi pihaknya sehingga Insya Allah kita bertemu di medan kemenangan, maka itu
adalah sebaik-baik semangat kebangsaan (qaumiyyah).

Ada pun qaumiyah yang menghidupkan nilai jahiliah, menghidupkan upacara-upacara yang dah lapuk atau luput, dan qaumiyyah yang menyalakan api permusuhan, satu kaum memandang rendah kepada kaum yang lain, maka itu konsep yang tercela dan tiada kebaikan untuk manusia (Dakwatuna: 138-139).

Ibn khaldun (1406) dalam Muqadimahnya menamakan tajuk untuk fasal ke-6 sebagai Dakwah agama tanpa asobiah tidak sempurna. Beliau berhujah dengan sebuah hadis sahih yang bermaksud Allah s.w.t tidak membangkitkan seorang nabi kecuali didokong oleh kaumnya.

Menurut beliau lagi, jika ini keadaan para Nabi a.s. yang merupakan manusia yang mendapat kedudukan khusus di sisi Allah s.w.t, maka lebih-lebih lagilah kita orang biasa. Dalam hadis yang bermaksud, “Barang siapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangan, jika ia tidak mampu maka dengan lisan dan jika ia tidak mampu maka dengan hatinya”. Menurut Ibn Khaldun : Nabi s.a.w mengaitkan mengubah kemungkaran dengan kemampuan. Oleh itu, untuk mengubah kerajaan yang kukuh tidak mungkin berlaku kecuali dengan satu tuntutan yang kuat yang dilindungi oleh asobiah (Mukaddimah 105).

Asobiah diterjemahkan kepada kekuatan untuk memaksa kehendak. Menurut Imam al-Juwaini dalam Ghiyathul Umam, mandat semata-mata tidak cukup untuk memberi keabsahan kepada kepimpinan Islam tanpa disokong oleh kekuatan.

Ibn Khaldun mentafsirkan syarat keturunan Quraisy pada seorang imam yang sah sebagai asobiah. Hukum syara’ seluruhnya mesti mengandungi maqasid dan hikmah, Kami mengkaji apakah hikmah disebalik pensyaratan keturunan Quraisy. Setelah memeriksa kaedah sabru wa taqsim segala andaian kami mendapati tiada maksud lain kecuali perkiraan asobiah yang dengan itu wujudnya dokongan dan perlindungan (Mukaddimah 195). Oleh itu kami syaratkan atas mereka yang menjalankan urusan muslimin, hendaklah daripada kaum yang memiliki asobiah yang kuat dan dominan (Mukaddimah: 197)

jika kita membuka mata pada sejarah maka kita akan mengenali bahawasanya Sejarah menunjukkan mana-mana bangsa di dunia berjuang demi pempertahankan;

1- Hak mereka untuk wujud (ithbat zati)
2- Hak mereka untuk survival (tahqiq zati)
3- Hak mereka untuk membuat keputusan terhadap masa depan

Bangsa yang merdeka memiliki hak-hak asasi ini tanpa boleh diganggu gugat atau di ancam oleh orang lain. Inilah juga tujuan yang dikehendaki oleh Islam. Kita menjadi bangsa yang memiliki kebebasan kehendak yang dapat melaksanakan tujuan hidupnyasebagai seorang Muslim.

jelaslah bahawa jika islam menjadi matlamat maka sesuatu bangsa akan menjadi kuat. generasi islam perlu Bersatu atas satu agenda yang berlunaskan islam dan Mebawa agenda Islam itu menyusuri umatnya secara menyeluruh bagi mendidik manusia.

Kesedaran Dan Pengorbanan

Kita harus memiliki keazaman untuk berkorban samada harta mahupun jiwa di jalan Allah. Dia juga mendatangani kontrak perjanjian yang menguntungkan dan Allah berfirman :



“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. “
(At-Taubah :111)

Hari ini semua manusia menyaksikan bagaimana rakyat Palestin sanggup mengorbankan anakanak, suami-suami, isteri-isteri dan saudara mara mereka untuk mempertahankan masjid Al-Aqsa dan bumimereka dari dirampas oleh bangsa yahudi dan sekutu-sekutunya.umat Islam di sana mengikut jejak langkah Khalid alwalid, Salahudin alayyubi, Tariq bin ziad dan ramai lagi tokoh yang berkorban seluruh keringat dan tenaga untuk berjuang di jalan Allah.

Sedangkan kita di negara ini hanya perlu pengorbanan dari sudut tenaga (fizikal dan intelektual), masa, material (wang). Berhati-hatilah dari menyerupai orang-orang yang melaungkan slogan-slogan palsu, dakwaan-dakwaan kosong dan suka berangan-angan. Renugilah satu syair Arab “Jangan kamu menjadi hamba angan-angan. Sesungguhnya angan-angan itu adalah modal orang yang muflis.”

kesedaran Islam !

kita boleh katakan sejarah akan berulang kembali kegemilangan akan menyinari jika semua rijal-rijalnya memainkan peranan. untuk menyingkapi pandangan sejarah telah membuktikan bahawa keutuhan seluruh ummat adalah bermula dari satu peringkat kelemahan. Mereka yang melihat kepada kesatuan ini. mengkhayalkan bahawa pencapaian matlamat dari kesatuan ini adalah suatu perkara yang mustahil. Tetapi di samping khayalan ini sejarah telah membuktikan bahawa kesabaran dan ketabahan hati telah dapat menyampaikan kesatuan yang lemah pergerakannya dan sedikit wasilahnya kepada mendekati kemuncak yang diharapkan oleh pejuang-pejuang kesatuan ini dengan beroleh taufiq dan kejayaan.

Pengorbanan Generasi Ulama

pengobanan ulama amat penting bagi meneruskan jenerasi yang berilmu untuk membangunkan ummah Imam al Qarrafi menyatakan bahwa ulama itu seperti doktor ia akan menyembuhkan penyakit yang paling membahayakan keselamatan jiwa, sebelum penyakit yang ringan-ringan yang lain. peranan ulama sangat penting dalam Pembentukan kesatuan ummat, pendidikan sesuatu bangsa, pencapaian cita-cita juga pendokongan perinsip islam sangatmemerlukan kekuatan jiwa yang besar dari kajian ulama yang iklas, para pemikir dan kefahaman pemuda dari sesuatu urnmat atau bangsa yang ingin mencapai cita-citanya.

Jiwa Yang Perlu Diperbaharui

1.Kekuatan jiwa yang terjelma dalam iradah yang kuat tidak mengenal lemah dapat menangkis anasir-anasir luar dari masuk mempengaruhi kesucian pegangan islam.

2.kesetiaan yang kompak, tidak mudah terpengaruh dan tidak mengenal uzur untuk melakukan pengorbanan.

3. pengorbanan yang tinggi tidak dihalang oleh perasaan tamak, mengenal, mengimani dan memandang tinggi prinsip yang dipegangnya hingga dengan itu kita akan dapat memeliharanya dari tersalah atau menyeleweng.

4.mengawasi diri dari bertolak ansur atau terpedaya dengan prinsip-prinsip yang lain.

Di atas rukun-rukun asasi yang menjadi ciri-ciri khusus kepada jiwa dan di atas kekuatan ruh yang tinggi inilah sahaja prinsip dapat dibina, ummat yang membangun dapat dididik, bangsa-bangsa baru dapat dibentuk dan mereka yang telah disekat untuk hidup akan menemui satu penghidupan baru.

Bangsa yang kehilangan keempat-empat sifat ini atau paling kurang bangsa yang kehilangan pemimpin dan penda'wah yang dapat membawa islah adalah satu bangsa yang tidak keruan, miskin dan tidak akan mencapai kebaikan serta cita-cita mereka,

"Sesungguhnya perasangka itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran”.

Penutup

Saudaraku se-aqidah Mari kita mulai berfikir tentang umat dan masa depan Islam. kita perlu pengorbanan dari jiwa-jiwa generasi Islam dengan Dakwah.sejarah mengajar kita jatuh bangunnya islam dengan jiwa-jiwa yang mempunyai ruh dan kesedaran yang tinggi seruan ini untuk seluruhnya tanpa kecuali mari kita berjalan bersama, duduk bersama, membicarakan hal-hal yang diperlukan oleh ummah. Dakwah profesi harus mulai kita pelajari hari ini, karena memang itulah dunia yang sebenarnya hakikat dan realiti. Dimana islam harus membuktikan dirinya untuk menjadi rahmatin lil ‘alamin dipraktikkan pada seluruh sudut kehidupan.

Saudaraku, Ibnu Umar pernah marah kepada pemuda yang bertanya apa hukum membunuh lalat, padahal di negeri pemuda itu Husein cucu nabi dipenggal kepalanya? Artinya, ada masalah besar di depan pemuda itu justru tidak ditanyakan, sementara lalat dibunuh malah ditanya. Wajar Ibnu Umar marah.kita perlu peka dengan keadaan semasa dan perlu tolak ansur sesama kita sebagaimana Jika dinilai pada umat islam sekarang khususnya di Malaysia,kita sangat memerlukan rajulun mutamayyizun yang berilmu dan faqih dengan reality semasa. tidak tasarru’ fil fatwa dan beraklak tolerensi jika ada khilaf yang berlaku.

Disana ada satu qaedah yang dikenali dengan nama (Qaedah AlManaar AzZahabiyyah) yang diungkapkan oleh AsSayyid Rasyid Ridha rahimahullah, merupakan mesej yang amat penting bagi menerajui kesatuan islam ini iaitu ;

"نتعاون فيما اتفقنا عليه ويعذر بعضنا بعضا فيما اختلفنا فيه"
“Bekerjasama pada perkara yang disepakati dan menjauhi antara satu sama lain terhadap perbezaan yang berlaku”

Ini merupakan perkara yang wajib menjadi syiar setiap amilin islam masa kini dan akan datang. moga peranan yang dilakukan setiap generasi islam menyinari zaman.

abdul hadi ishak

siap : 4.46pm hari ahad 14.11.2010

Catatan : Ini merupakan edaran pada tazkirah subuh surau rumah kedah 2 asyier pada 15.11.2010. 9 zulhijjah 1431. Program Qiamullail dan Sahur Jamae ahli kedah sempena Hari Raya Qurban 1431H.
kritikkan sendiri : banyak sangat kelemahan bahasa penulis yang perlu penulis belajar lagi.
bagi yang tau kesalan tang mana tu : pakat gelak je lah penulis sengaja membiarkan pada teksnya yang asal supaya ada yang mengkritik.
terim kasih : semua yang hadir terikasih terutama ketua badan dakwah ustaz syahir yang sudi menjemput. YDP ustaz zubair exco mkkk dan sahabat-sahabat yang ada pada pagi itu.

Rujukan

1. Al-quran Al-karim
2. Hubungan Alam Melayu – Turki Merentasi Sejarah ustaz hasrizal
3. كيف ندعو الناس ustaz hasan
4.Pertembungan Dua Agenda Rusydi Alias2 & Nor Saleha Mohd. Salleh
5.dakwatuna ustaz hasan
6.khalifah-khalifah yang benar. abdul latip talib
8.harakah islam malaysia. ustaz nuri amin
7.muzakaraat sultan abdul hamid atthani Surat Sultan Abdul-Hamid ke2 Untuk Syeikh Tarekat Darqawi ShaziliNya Syeikh Muhammad Efendi Abu Shamat.oleh muhammad harb.
8.كيف سقطت الدولة العثمانية ustaz sulaiman soleh
10.tokoh-tokoh islam yang terkemuka. said abdul hadi
11. sejarah keagungan kerajaan islam. mokhtar syafei
12.Mukaddimah Ibn Khaldun

Wallhu a'lam bissowaab

Muhammad Abdul Hadi Ishak
manthiqah8,19'imaroh,syaqqah31
Mahatta Toob El-ramly Medina nasr

Rabu, 10 November 2010

Ke Sana Ke Sini Mencari Erti




Kalut sungguh

Dalam samarnya laluan pintas Negara kita nak maju, pelbagai persiapan prasarana yang pesat disiapkan oleh pemerintah, selepas satu projek siap ada lagi yang baru diluluskan dan bakal dibina, oh ! begini yang dikatakan maju , memang maju sungguh la pertunjukan islamik fesyen yang diadakan baru-baru ni pun boleh tahan sangat la moden sehingga terlupakan islam tu apa.disebalik sesuatu pasti ada sesuatu.

Kot-kot Pelik

Yang peliknya Negara kita yang tercinta ini ada kes yang menggemparkan, boleh dikatakan sinonim dengan muda-mudi termasuk makcik- makcik diluar sana kerana ada negara yang runsingkan makanan tak cukup kita pula fikir macamana nak lansingkan badan.heran rasanya walau bagaimana pun mungkin bila kurus mudah buat ibadah mungkin la. Kenyataan akan tertegak dan keraguan akan musnah.

Otai bohong

Bohonglah ! jika kita kata susah tetapi kita sanggup habis duit untuk kuruskan badan dan semestinya mereka yang susahlah tiada duit terdiri dari mereka yang tak cukup makan, bersedekahlah moga saham diakhirat kita bertambah.jika sebut tentang bohong ni teringat ada ungkapan pembohongan yang menarik khabarnya ada 3 pembohongan besar 1.peniaga kata peniagaannya hadapi kerugian.2.anak dara kata tak ingin berkahwin.3 org tua kata ingin mati awal : pepatah korea.boleh percaya ka! kajilah sendiri. Percaya itu dari diri pembelok itu nafsu.

Mungkin terlalu takut

Mungkin orang muda yang berada nun di Malaysia sana nak sangat kelihatan cantik.cantik dimata jatuh ke hati.tapi kalau hati itu indah macam taman, ya taman! Pokoknya disiran dengan nur iman dan dibajai dengan taqwa dan kasih sayang tak mengapa, tapi kalau loji kumbahan ? sedarlah sebab apa? kamu telah tersalah jalan. Carilah hati yang ada taman jika ada masa lapang boleh menikmati keindahan dan cuti-cuti Malaysia yang kerajaan kita anjurkan.kalau loji, kompom hujung bulan nak pergi restoran menjamu selera pun tak boleh, semua tenggelam dalam loji buat macamana kesian, dah nasib badan. dalam explore race hidupku susah nak dapat budak comel dan cantik sebab kata pepatah inggeris ‘Org berani akan mendapat kekasih cantik’ sebab aku bukan dari kalangan yang berani ! tapi Alhamdulillah dapat juga walaupun tak berani dah rezeki tapi rasanya kena tambah sikit lagi ‘kalau dapat kekasih cantik kena berani tempuh cabaran’ pergi ke mana pun ada mata yang menjeling menjuling. Kekurangan tak akan hilang selamanya. puji memuji hanya pada yang Maha Esa.

Kejatuhan kerajaan

Jatuh bangun sebuah kerajaan itu bergantung kuat kepada ‘cara kerajaan mendidik rakyat secara betul bukan seperti mangajar anak ketam berjalan lurus ! pendidikan apa yang diserapkan kepada rakyat? itu yang menjadi persoalnnya. jika dunia yang dididik maka kita dapat merasai rakyat mengamalkan aklak dunia jadi tatapan dan dunia akan fana (tidak kekal) tetapi jika islam yang dijadikan nasihat dan pedoman maka kekuatan dan kemakmuran akan dinikmati bersama selagi ada pemimpin berjiwa hamba, inilah yang sepatutnya muda mudi jadikan anjakan paradikma semaksima mungkin bagi mencapai hala tuju kita yang sebenar mengejar mimpi yang nyata sebagai pemimpin Negara kelak. Kepada peneraju Negara sekarang jika ditanya adakah kamu mahukan syurga? Pasti ia mengiakannya dan jika ditanya adakah kamu tahu jalan pintas kesyurga? jika mereka memberikan jawapan tidak tahu ! kita katakan begini iaitu jika setelahmana kamu tahu bagaimana turunnya ke neraka. Kesedaran itu lebih susah jika kejahatan yang membelenggu itu terlalu banyak. tetapi ia tidak mustahil.

Kera dan monyet masih dihutan

Pada saudara saudari dan para pemimpin diluar sana mari kita lakukan perubahan kepada Negara kita yang tercinta, dari tidak baik kepada baik dan dari baik kepada lebih baik dan kita sumbangkan tenaga kita pada generasi Negara kita dan kita perlu ingat bahawa Jangan takut ! yakinlah untuk berubah ! kerana suatu hari nanti 'luka boleh tukar menjadi kenangan' yang terindah sepanjang hidup kita.

Jika Allah dan Rasul tersemat di jiwamu, pencarianmu akan tenang...... '


Muhammad Abdul Hadi Ishak
manthiqah8,19'imaroh,syaqqah31
Mahatta Toob El-ramly Medina nasr

Sabtu, 30 Oktober 2010

Keperluan Pemimpin Pergerakkan Pemuda Islam




Ijtihad merupakan perkara penting dan sangat dituntut hari ini.jika kita lihat
keberadaan dan kesedaran pemuda islam sangat meningkat dari hari- ke hari . adakah kita lihat orang-orang yang menerajui kepimpinan pemuda ini memerlukan satu penilaian disudut kemampuan terhadap ijtihad dan tarjih?

Ijtihad dan Tarjih

Kalau kita dapat perhatikan, inilah perkara pokok dalam pebentukan kepimpinan pemuda, mereka perlu ada kemampuan yang cukup dari segi fiqh dan ilmu, disamping itu mereka perlu mengenali pemikiran-pemikiran yang baik dan tidak baik dan perbuatan yang harus dan tidak harus dilakukan. Tanpa perkara ini, mereka akan terbawa-bawa dalam kefahaman islam bersambung ke barat atau timur tanpa mereka sedari, dan boleh juga mereka akan terjerumus muda mereka kedalam perkara yang tidak disangka-sangka bila afkar mereka menyimpang kearah yang salah.kerana itulah ini merupakan kefarduan yang wajib bagi pemimpin pebentukan pemuda tersebut berkeseimbangan sesuatu perkara dengan neraca syarak.

Mesej yang jelas

Jika kita lihat sesetengah pimpinan persatuan-persatuan mereka melaksanakan gambaran dan system dengan nama islam dibidang politik, ekonomi dan kehakiman tetapi mereka masih lagi mengamalkan pelaksanaan yang tidak reality dan beku tanpa mengambil pencairan pendapat yang dikeluarkan oleh ulama semasa dari kalangan fuqaha mazhab yang senantiasa mulim dengan zaman, suasana dan keadaan mereka, tetapi malangnya kita tidak dengan mana-mana penyelesaian yang baik bahkan lebih ketat dari sebelumnya, mereka juga melupakan bahawa fatwa itu berubah-rubah dengan peredaran masa, tempat, suasana, uruf dan keadaan.

Fiqh Alaulawiyyaat

Dan juga kita lihat mereka kurang dari segi ‘fiqh maratibul ‘amal’ dan meletakkan setiap perkara dengan susunan yang terpenting mengikut linas syariat sehingga tidak memperbesarkan hal-hal yang kecil, tidak meremahkan hal-hal yang besar, tidak mendahulukan selain perkara dari haknya atau mengkemudiankan perkara yang haknya yang kena didahulukan, tidak mendahulukan furuk daripada usul, tidak yang sunat dari yang wajib dan tidak bercanggah pada sesuatu perkara yang telah sepakat.

Bekerjasama

Jika dinilai pergerakkan pemuda islam sekarang khususnya di Malaysia,kita sangat memerlukan rajulun mutamayyizun yang berilmu dan faqih dengan reality semasa.tidak tasarru’ fil fatwa dan beraklak tolerensi jika ada khilaf yang berlaku. Disana ada satu qaedah yang dikenali dengan nama (Qaedah AlManaar AzZahabiyyah) yang diungkapkan oleh AsSayyid Rasyid Ridha rahimahullah yang dibina asasnya oleh AsSyahid Hasan AlBanna , merupakan mesej yang amat penting bagi menerajui pergerakkan islam semasa iaitu ;

"نتعاون فيما اتفقنا عليه ويعذر بعضنا بعضا فيما اختلفنا فيه"

“Bekerjasama pada perkara yang disepakati dan menjauhi antara satu sama lain terhadap perbezaan yang berlaku”

Ini merupakan perkara yang wajib menjadi syiar setiap amilin islam masa kini dan akan datang.moga peranan yang dilakukan setiap generasi islam, terutama assyabab dapat bertindak dengan matang dan tidak terburu-buru mengejar kemenangan dengan mengenepikan faktor ubudiyyah beribadah mencari keredhaan Allah, kerana jika diamati dengan jelas banyak dikalangan mutasaqitin fi tariq addakwah -orang yang gugur dari medan dakwah- mereka mengambil ringan terhadap perkara ini dan bermasaalah pada intimak mereka.

Wallhu a'lam bissowaab

Muhammad Abdul Hadi Ishak
manthiqah8,19'imaroh,syaqqah31
Mahatta Toob El-ramly Medina nasr

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails